Skip to main content

Posts

Showing posts with the label langkawi

Short Trip - Langkawi

Dah lama masuk draft, aku keluarkan sikit-sikit yer Betul-betul short trip.. Rasanya trip yang makan masa 24 jam jer aku berada di Langkawi. Aku kesana temankan pengerusi tetap tidak berpencen komputer rumah (adik aku). Tarikh bolehlah korang tengok di tiket feri aku tu. Semua dah detail dah.  Aku sampai ke Pulau Langkawi dalam pukul 11 pagi gitu. Aktiviti pertama mestilah mencari hote l/chalet/rumah tumpangan atau resort   untuk tumpang berteduh aku sekeluarga. Sungguh aku tak sangka kebanyakannya full. Ah lupa pula Malaysia juga salah satu negara yang jadi tumpuan pelancong asing (mat salleh) nek bercuti sebab negara mereka super duper sejuk. Jadi kami bertabah tidur di hotel erm...erm...alamak lupa namanya di pekan Kuah. Aku sampai di Langkawi, Anne dah whatsapp aku tanya aku dimana. Oh ya Anne pun bercuti di Langkawi cuma beza cuti aku dengannya aku mengejut dia berplan. Hihihi.. Tempat pertama kami terokai bersama ialah Mardi Agro Technolo...

Gambar-gambar Langkawi

Sila muntah ijo tengok gambar yang banyak tak banyak ni.. Padang Matsirat... Di Langkawi sudah Aku lak wat aktiviti sendiri di sini sebab malas nak menyopink Esoknya ni lak aktiviti aku.. Island Hopping Pulau Dayang Bunting Eagle feeding Pulau Beras Basah Gunung Raya yang kukatakan dalam post sebelum ni

Langkawi-2nd day

Hari kedua sayatidak mahu terbuang seperti semalam. Saya memasak spagetthi daging dan selepas sarapan, saya,mak,izat,makcikku dan sepupuku bergegas ke Porto Malai di pantai Cenang untuk aktiviti Island Hopping. Island hopping ni berharga RM35/pax dimana kita akan dibawa ke Pulau Dayang bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Island Hopping ni memang dalam agenda aku sementelah aku tidak puas dengan aktiviti di Pulau Dayang Bunting sebelum ini, manakala sepupuku ada agendanya sendiri disini. Jikalau ada yang terbaca keramat air di pulau ini mesti dapat mengagak apakah agendanya.. Kami beruntung mendapat jurubot yang mesra alam dan tidak berkira masa disini. Kesimpulannya aku puas dengan aktiviti di pulau dayang bunting ini. Aku dapat meluangkan masa menjelajah keindahan alam Pulau Dayang Bunting ini dan berenang-renang di Tasik Dayang Bunting yang indah teramat. Cerita banyak boring lak korang baca.. jom layan gambar.. Pulau dayang Bunting Pulau Beras Basah Eagle Feeding ...

Langkawi - 1st Day

Sebenarnya entry ini dah lama kutaip tapi terbiar menjadi darft dan bila buka balik semua entry yang ditaip sudah terdelete.....Jadi terpaksa saya menaip semula entry yang sudah dikarang macam batu karang... Saya dan keluarga bertolak dari rumah KL pada pukul 2 pagi dan sampai ke Ipoh pada pukul 5 pagi.. Dari sini kami akan berkonvoi (konvoi ker) sebanyak dua kereta..hehe.. ke Pulau Lagenda Pulau Langkawi... Oleh kerana saya memangku tugas membawa kereta Sang Kancil sepupu saya, saya terpaksa membawa dengan kadar yang perlahan kerana risaukan keadaan keretanya... Oleh itu kami hanya tiba ke Kuala Perlis pada pukul 9 pagi. Pergh lambat rasanya.. Banyak perkara yang dirancang akan tergendala... Sesampainya kami di jeti Kuala Perlis, mata kami disajikan dengan jutaan ribuan pengunjung yang sedang beratur membeli tiket feri. Almaklumla cuti sekolah.. Sebenarnya inilah salah satu sebab kenapa saya tidak suka bercuti semasa musim cuti sekolah. Tapi apakan daya ini saja masa yang boleh ...