Skip to main content

White Water Rafting di Sedim Kedah

Masa ke Bangkok, Nani ada menyuarkan ingin membuat White Water Rafting dan ia dikira menjadi bila ramai yang bersetuju.Tapi macam biasa kita hanya merancang Tuhan yang menentukan. Nani tak dapat ikut disebabkan perlu memberi sepenuh komitmen dengan cita-citanya. Nani kita doakan awak lulus! Amin!

Rancangan awal lebih kurang 11 orang akan ikut tapi disebabkan pelbagai komitmen hanya kami bertujuh saja dapat join WWR kali ini. Kami diberitahu kos untuk rafting (2km), night walk, abseiling, jungle trekking, makan 4 kali dan camping adalah RM180/per pax minimum 12 orang tapi nasib baik menyebelahi kami bila harga pakej tetap sama walaupun kekurangan ahli. Terima kasih team WWR Arus Deras Sedim pak long, Nazirul, Chery dan lain-lain.. Tak lupa juga kumpulan kayak dari Langkawi yang join kami berafting. Korang memang terbaik.





Walaupun Sedim merupakan arus deras tapi dimusim kemarau ni, air jadi cetek. Kurang tiga kaki. Maka kederasannya kurang kick. TAPI kami tetap enjoy tau.



Masa di level 4 pada ketinggian 90 darjah, kami naik boat yang akhirnya boat tu menjadi pancake/sandwich (skipper cherry cakap). Boat kami terlipat dua. Hua hua.. Habis semua yang dalam boat tu (rasanya kesemua kecuali Tasha) fobia air tenggelam.
"Ha amik ko,takut lagi dengan aku", kata air..
Nasib baiklah juga tiada kejadian tidak diingini terjadi.

credit to Anne
 
credit to Anne
Selepas berrafting, kami makan tengah hari dan kemudiannya dibawa ke jungle trekking. Dimana air terjun aku tak tahu namanya . Cantik siap ada orang berkhemah disekitar air terjun tu. Cuma persekitarannya kurang memang tak terjaga. Aku sedih dengan keadaan ni.




Aku skip dari pergi ke Tree Top Walk (RM10). Kamera ku pass pada Zilla. Hehehe.. Rupanya Tree Top Walk ditutup selepas pukul 5 petang. Merek yang ke Tree Top Walk memang tak dapat masuk. Aku cuma menunggu nak buat abseiling. Tapi bila melihat keadaan masing-masing yang keletihan, semua sepakat nak skip dari buat abseiling. So plan bertukar kembali. Dan paling best ialah kami sepakat nak tidur di Penang.





Penang kami datang!!



Mulalah pencarian hostel di Penang. Bila Zilla mencadangkan tidur di hostel Jalan Love Lane. Aku jadi kaget. Biar betul!! Sepanjang aku belajar di USM tempat tu merupakan tempat 'ayam-ayam berkokok'. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. Cepat betul Penang berubah. Jalan Love Lane sudah bertukar pada jalan backpacker menetap.  Banyak hostel-hostel didirikan daripada tinggalan bangunan lama. Beza memang berbeza. Kami tinggal di Red Inn Penang (RIP) RM 28-RM30 perpax semalam dengan breakfast. Dan parking kereta di Reggae Hostel (RM12)

Sedikit saja aku kurang gemar dengan hostel ini kerana bilik airnya sedikit berbau. Mungkin sistem saliran dia kurang elok. Yang lain aku rasanya boleh terima.

Malam itu kami makan di Hammer Bay dan esokknya kami makan Nasi Kandar DEEN. Nyum..Nyum...




aku tak tahu nama pulau ni. Masa belajar dulu kalau tak silap ada pasir timbul dalam sekangkang kera jer..tapi sekarang dah jadi pulau


Comments

  1. Wowwww hebatlah korang jm respect bila tgk boat jatuh dn terbalik tu seram plak, nani ada gak ajak jm ri tu tp x dpt join rupanya dia pun x leh join ehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hebat mana pun JM.. Skipper cakap tak pernah berlaku selama ni. Yerp nani tak boleh join sebab ada agenda yang perlu diutamakan :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan