Skip to main content

Sesuatu yang menarik di Kanchanaburi (part 1)

Usai mengisi perut kami ke Hua Lamphong semula dan ambil
MRT (Hua Lomphong -->Silom 28 baht) Apa tu MRT? The Metropolitan Rapid Transit or MRT is a rapid transit system serving the Bangkok Metropolitan Region in Thailand
interchange-->
BTS (Sala Daeng --> Victory Monument 50 baht). Apa tu BTS? it is commonly referred to, the Sky Trains. Ibarat macam LRT, Star dan Monorail di Malaysia tapi aku rasa lagi besar laluannya tapi ia lebih mahal berbanding pengangkutan lain di Thailand.

Tujuan kami ke Victory Monument adalah untuk ke terminal van disana. Ha kalau nak tahu di sana ada van yang boleh membawa kita ke pelbagai destinasi, Puh berinfo betul geng-geng kali ini. Jimat duit, jimat masa dan paling penting dapat eksplore Thailand dengan cara kami.

Van kami ke Kanchanaburi 120 baht (RM 12) mengambil masa 3 jam lebih bergantung pada keadaan trafik. Psst membuter adalah aktiviti aku kalau naik mana-mana transport. Kikiki.. Sampai sana ada orang tolong ambil kami FOC jer tapi seperti biasa masalah bahasa menjadi igauan ngeri kami disini. Hahaha.

Sebenarnya jauh juga terminal van dengan penginapan kami iaitu VN Guesthouse (RM 28/pernight/perpax) yang floating ala-ala rumah rakit atas Sungai Kwai. Kalau bot lalu, bilik kami bergegar juga tapi bestlah juga duduk disini sebab lengkap serba serbi. Aku berkongsi bilik dengan Nani dan Nik.  

River Kwai

VN Guesthouse. Rafting guesthouse. Bilik aku paling hujung kanan sekali

Aktiviti malam ni ialah mengisi perut. Duduk diam-diam di guesthouse dan  masak/panaskan bekalan masing-masing. Sambil tu, Zilla dok memilih pakej ke Erawan. Berbaloi juga pakejnya dari terjah sendiri melalui info yang mereka dapat. So kami sepakat ambil pakej yang ditawarkan (790 baht-RM79.00). Transport, guide, makan 1 kali,entrance fee dan naik train melintasi Death Railway. Apa Death Railway? Tunggu!! hehehe
 



Comments

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...