Skip to main content

Bangkok, Siam - Part 1 (beginning)

Hehehe.. gelak jahat! Baru nak hapdate blog ni pasal Bangkok padahal aku pergi ke sana hujung bulan 12 iaitu 18/12/2013. Ok back to topic...

Sebenarnya Bangkok ni dah lama aku teringin nak pergi tapi takde kawan nak kesana. Antara wishlist aku kalau pergi sana ialah Maeklong Market. Dalam aku tercari-cari teman kesana tertiba anne ada cakap dia dah sambar tiket kesana. Hua..hua nak ikut! nak ikut! Lompat bintang jab..

Ekceli big thanks untuk anne, zilla, PM, irdhi, pijah pelangi, meda, nik (rasanya yang lain tak ada blog) yang sudi menerima diri ini seadanya. Hiks.. 

TAPI bila study pasal Bangkok rupa-rupanya banyak betul tempat menarik. Bila dah menarik, baca banyak-banyak lepas tu aku lupa (salah satu penyakit aku TT). Pelbagai masalah peribadi aku hadapi dan Thailand sendiri masa tu dalam tempoh berdemonstrasi dan rally. Kami cuba dapatkan pelbagai pendapat untuk ke Bangkok ini tapi biasalah degilkan. Pergi jugalah.

Berbalik pada topik aku ke Siam (18/12/2013) melalui flight Everyone Can Fly pada jam 6 petang camtu tapi macam biasa bila petang-petang ni demer suka delay tapi takpe aku ok jer. Buat permulaan ni aku keseorangan nanti akan bergabung dengan mereka di Don Mueang dan Hua Lomphong Train Station.

Macam pengalaman keseorangan naik flight di Surabaya, macam nilah yang aku rasakan masa naik flight ni. Sorang orang Melayu pun aku tak nampak. Wah wah pengsan. Duduk di seat dan buat bodoh sampailah partner sebelah tegur. Sorang jer ker? Hah!! aku pandang atas bawah atas bawah. Melayu rupanya... Senyum sampai ke telinga. Aku fikirkan orang Thailand. Kikiki puaslah kami berborak sampai terbongkar cerita yang dia sama belajar di USM. Wah senior ker junior? Apa sama year?? Nampak sangat aku tak amik port pasal lelaki-lelaki yang wujud disana =P See kalau pergi Thailand mesti aku terserempak dengan orang yang aku kenal. Hihihi. Aku sampai dalam pukul 10 malam gitu. Sempatlah aku menjelajah airport ni.

Dalam pukul 11.30 camtu zilla, meda, pijah dan irdhi sampai. Malam ni aku merasa pengalaman baru iaitu tidur di airport. Aku jenis tak kisah tidur dimana-mana asalkan selamat. Tapi aku tak sempat nak membuter. Belum sampai mood gitu. Dalam pukul 3 pagi kami bergerak keluar dari terminal menuju ke bus stop terdekat (ada aku tandakan dalam entry sebelum ini).

Wow!!! Bukan setakat angin sepoi-sepoi bahasa menampar pipi tapi angin sejuk ni. Masing-masing tarik jaket/baju sejuk dan cardigan masing-masing. Oleh kerana kami bergerak jam 3 pagi, Last option kami hanyalah bas bernombor 29 ini (RM0.80-tidak beraircond). Maaf tiada gambar untuk dishare. Nak naik teksi memang taklahkan sebab harga dia boleh tahan mahal tambah tengah malam. Kredit kepada Irdhi untuk info bas ini.

Kami selamat tiba di stesen kereta api Hua Lamphong lebih kurang 3.30 pagi. Apa nak buat tengah malam buter ni selain membuterkan kenkawan. Hah! cari port jom membuter. Hehehe.. Tapi ade sorang pakcik Thai ni (mabuk agaknya) terlebih mesra alam pula, sampai kami jadi takut. Hehehe.. Sambung tidur sampai digerakkan oleh pengawal bertugas. Owh jam pukul 4.00 pagi. Meh kita bergerak. Ke mana kawan-kawan?
TUNGGU!!......

Info
-Info tentang bas/pengangkutan/transport dari airport Don Mueang boleh dilihat pada entry sebelum ini
-Sila check forecast sebelum ke Bangkok


mimpi adalah kunci
untuk kita menakhlukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
Laskar Pelangi - Nidji 

Comments

  1. sama-sama kasih, izza... jangan serik ye... kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi Anne.. Xde maknanya nak serik.. Nak ikut lagi ni. Next ke mana kita? Hahaha

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Menjejak bunga matahari di Lopburi, Thailand

Bangun tidur kami bergegas ke kaunter tiket kereta api ke Lopburi (28 baht-RM2.80). Kalau nak tahu station Hua Lamphong ni ibarat penghubung train ke semua lokasi di Thailand tau macam KL Sentral tapi ia lagi besar platformnya.. Seperti biasa kena tahulah laluan dia dan masa dia jika mahu perjalanan smooth n clear.  Aku nampak persamaan stesen Hua Lamphong dan stesen Jakarta Kota di Indonesia Disebabkan angin sejuk mencengkam kulit diawal pagi, maka aktiviti membuter adalah keutamaan walaupun seat keras dan berpaksikan 90 darjah. Lena jugalah tidur sampailah satu tempat bila pelajar-pelajar sekolah naik. Rasanya aku bangun sekejab untuk melihat sunrise lepas tu lelap balik. Itulah yang aku tahu dalam tempoh 4 jam tu. Hihihi.. Sedar-sedar dah sampai ke Lopburi. Lopburi ni merupakan stesen paling last tau. Lepas tu kereta api ni pusing balik ke Hua Lamphong. Okey kalau naik kereta api, jangan anggap yang kereta api macam STAR LRT, Putra LRT, ETS atau monorail. Takdenya ...