Skip to main content

Kembara poket nipis kembali bersidang part 4 - Ke Batam kite

Seperti biasa kami memulakan langkah kaki di awal pagi. Ambil berkat pagi. Lepas sarapan, Awa terus bawa kami ke Jetty berhampiran hotel The Zon di Johor Bharu. Sinilah jetty yang menghubungkan Malaysia dan Batam. Korang boleh parking kereta dekat parking lot yang disediakan.
Okey sebelum ke Batam. Jom study dulu tentang Batam.

Kota Batam adalah kota terbesar di Kepulauan Riau dan merupakan kota dengan populasi terbesar ke tiga di wilayah Sumatra setelah Medan dan Palembang, Menurut Dinas Kependudukan dan Catatan Sipil Kota Batam Per April 2012 jumlah penduduk Batam mencapai 1.153.860 jiwa. Metropolitan Batam terdiri dari tiga pulau, yaitu Batam, Rempang dan Galang yang dihubungkan oleh Jembatan Barelang. Batam merupakan sebuah kota dengan letak sangat strategis. Selain berada di jalur pelayaran internasional, kota ini memiliki jarak yang cukup dekat dengan Singapura dan Malaysia. Batam merupakan salah satu kota dengan pertumbuhan terpesat di Indonesia. Ketika dibangun pada tahun 1970-an awal kota ini hanya dihuni sekitar 6.000 penduduk dan dalam tempo 40 tahun penduduk Batam bertumbuh hingga 158 kali lipat. - Sumber Wikipedia
Lagi info BATAM.

Okeh kami hari ini akan meredah samudra dengan menaiki ferry Pintas Samudra. Kami sepakat untuk membeli tiket pergi dan balik dengan harga RM 144. Lebih jimat beli pergi dan balik berbanding beli tiket asing-asing. Ironinya entry part 5 akan aku ceritakan. Macam biasa untuk ke negara lain, kita perlu menyerahkan passport untuk dicheck dan sebagainya.



Naik saja feri, aku rasa macam pelik. Maybe sebab berprasangka tinggi tentang rakyat negaranya. Anak kapal pandang semacam dan penumpang yang ada dalam 10 orang kebanyakannya Indonesia memandang dua macam pada kami. Hehehe perasaan aku kot. Untuk mengelakkan prasangka lebih buruk aku isikan masa dengan membuter disaat ferry elok membelah lautan.

 Bangun-bangun kami dah sampai. Seperti biasa kami perlu menjalani proses verifikasi dokumen aka passport. Keluar jer dari kawasan jetty kami blur. Blur nak kemana.. Pemandu-pemandu teksi dan ojek sibuk mengerumuni kami. Aduh jadi seram dibuatnya. Kami pura-pura tahu kemana nak dituju walaupun masing-masing blur. Kali ni kami redah sampai sudah sebab tak study apa-apa mengenai Batam.

 Kami keseberang jetty dan tahan angkutan untuk ke Nagoya Hills. Oleh kerana angkutan tu khas untuk kami kesana, pemandunya mengenakan charge sebanyak RM 40 (kalau tak silap). Okelah kot sebab sorang jatuh dalam RM 8. Oh ya kami kesini 5 orang saja iaitu Awa, Kak Rin, Nori, Razat dan aku. Yatt tak dapat follow sebab ada hal keluarga. Nagoya Hills tu agak jauh juga dengan jetty. Dalam 1/2 jam juga perjalanan ditambah dengan macet.

Sampai-sampai jer di area Nagoya Hills, kami terus mencari hotel murah. Sebenarnya disini banyak hotel murah berbanding hotel berbintang-bintang. So korang kalau kesini jangan susah hati nak membooking hotel bagai.

Lepas proses check in kami terus ke Nagoya Hills untuk bersantap. Ekceli kami ke Batam tanpa tujuan. Redah sampai sudah kaedahnya. Meneliti food court dan kedai-kedai makanan disini aku jadi sedikit selective (aku memang memilih bab makanan) sebab kebanyakan kedai makannya seperti milik non muslim. Jadi aku pilih kedai yang ada logo halal saja.


 
Kalau ditanya angkel gugel pasal Batam, ramai yang mencadangkan ke Nagoya Hills. Katanya tempatnya best dan syurga beli belah. Cukuplah aku katakan setiap orang lain pandangannya. Habis satu bangunan kami tawaf untuk membunuh masa. Siap berdengkot-dengkot sebab cik kaki dah penat asyik berjalan jer.


Di Batam terkenal dengan barangan branded gred A sampailah AAA. Kalau pandai pilih memang cantik tapi kami lebih membunuh masa di supermarketnya. Hehehe... Erm FM, key chain dan seangkatan dengannya kalau dalam Nagoya Hills ni hanya ada di beberapa kedai di belakang-belakang dan di kedai duty free berhadapan A&W. Tempat lain susah nak jumpa. Banyak kedai urut rupanya disini :P

Malam, disebabkan kami dah kehausan tenaga nak berjalan lagi kami memutuskan untuk memanjakan diri di Spa. Hah! sudah ni bukan poket nipis dah ni. Ni poket tebal. Eh mana ada tebal kalau pergi spa untuk rawatan kaki saja dalam RM 15. Kira oklah kan? Rasanya pilihan kami untuk urut kaki pilihan bijak sebab kami betul-betul sakit kaki dan Batam merupakan salah satu tempat yang terkenal dengan urutan. Hahaha....

Terkejut spa tu bila menerima kunjungan muslimah-muslimah ini. Siap request nak pengurut perempuan saja. Kikiki





Comments

  1. Batam? Pernah gak dgr pasal tempat ni yg mana ada org msia lari ikut lelaki batam itu je yg jm tahu tp x tahu aps yg meneik d sana so perku tggu next enri lah ye sbb nk tahu apa yg ada kt batam tu

    Mmmg nk ke sana naik feri dr johor lah eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm Batam oklah nak pergi untuk melawat negara jiran. Hiks..
      Ke Batam boleh melalui flight dan feri. JM maybe sebab kami pergi dalam waktu yang singkat jadi tak banyak explore sangat.

      Delete
  2. seberang samudera? seberang selat jer pon....

    ReplyDelete
  3. parking kereta tu sehari berapa ringgit yerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tak pasti sebab kami parking di kawasan perumahan.. Sori yer

      Delete
  4. salam, miss batam hotel murah area mane eak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.. kalau ikutkan pengalaman kami.. di area nagoya hills tu banyak hotel murah2.. tapi bukan hotel berbintang-bintang tau. Ia lebih pada hotel rumah kedai cmtu.. semoga membantu :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Menjejak bunga matahari di Lopburi, Thailand

Bangun tidur kami bergegas ke kaunter tiket kereta api ke Lopburi (28 baht-RM2.80). Kalau nak tahu station Hua Lamphong ni ibarat penghubung train ke semua lokasi di Thailand tau macam KL Sentral tapi ia lagi besar platformnya.. Seperti biasa kena tahulah laluan dia dan masa dia jika mahu perjalanan smooth n clear.  Aku nampak persamaan stesen Hua Lamphong dan stesen Jakarta Kota di Indonesia Disebabkan angin sejuk mencengkam kulit diawal pagi, maka aktiviti membuter adalah keutamaan walaupun seat keras dan berpaksikan 90 darjah. Lena jugalah tidur sampailah satu tempat bila pelajar-pelajar sekolah naik. Rasanya aku bangun sekejab untuk melihat sunrise lepas tu lelap balik. Itulah yang aku tahu dalam tempoh 4 jam tu. Hihihi.. Sedar-sedar dah sampai ke Lopburi. Lopburi ni merupakan stesen paling last tau. Lepas tu kereta api ni pusing balik ke Hua Lamphong. Okey kalau naik kereta api, jangan anggap yang kereta api macam STAR LRT, Putra LRT, ETS atau monorail. Takdenya ...