Skip to main content

Kembara poket nipis kembali bersidang part 3 :P

Salam semua. Hari ni rajin so buatlah beberapa entry yang mungkin akan termasuk bahagian draft.. Maksudnya buat banyak-banyak entry pastu internet problem so terpaksa masuk dalam draft dulu. Eh apa aku merepeks ni.. Hahaha saja buat mukadimah panjang lebor dulu.

Hari ni kami keluar awal dari rumah Awa sebab hari ni nak mencemar passport. Alah ke negara jiran je iaitu Singapore. Kami berenam seperti semalam untuk mencemar passport yang banyak helaian kosong.. Pasport aku lah tu.. Kikiki

Macam biasa disebabkan masing-masing berpoket nipis, kami memilih untuk ke Singapura dengan menaiki bas. Bas kuning kalau tak silap. Biasanya bas ini ada di Stesen Bas Larkin.  Tambangnya dalam 1.30 dollar Singapura (RM 2.50). Sampai di imigresen Malaysia turun bas untuk check passport. Senang dan mudah. Kemudian berlari-lari anak kejar bas kuning untuk ke Singapura.

Sampai di imigresen Singpura turun lagi kami untuk verify passport. Owh ya, prosedur nak melawat tight country ni (Singapore lert) macam biasa lah macam-macam tak boleh bawa dan paling penting kena bawa kad pengenalan terutama pada passport baru atau dah lama tak melawat Singapura. Aku? Demer minta juga IC sebab katanya dah lama tak masuk Singapura. Dush!! Dush!! padahal tahun lepas (September 2012) aku baru masuk Singapura. Owh cerita ini berlaku November 2013. Tak lama sangatkan. Dush!! Tapi dia dah minta so bagi jerlah demer tengok. Hahaha. So IC jangan dilupakan yer. Hah! kad putih aka kad arrival jangan lupa diisi yer. Kad ni boleh diminta pada driver bas di Larkin.

Selepas selesai urusan imigresen, apa lagi berlari-lari anak kejar bas kuning. Siapa terlepas kena tunggu bas kuning lain.

Kami turun di stesen bas area MRT Bugis street (kalau tak silap). Ampun kalau silap. Hehehe... Biasanya kalau naik bas atau teksi dari Larkin memang turun disini. Lepas tu kene berjalan dalam 2-3 minit untuk ke MRT terdekat iaitu Bugis Street.

Kemudian bermulalah episode memerah otak untuk ke destinasi yang kami mahu. Hahaha takdelah perah otak sangat sebab Yatt yang akan mengemudi kami. Kami follow saje. :P.. Anak pak Daut ni nampaknya sudah hafal setiap ceruk Singapura. Jadinya setiap main attraction Singapura (yang free jerlah) kami pergi dengan berjalan kaki.

Satu yang aku suka pasal Singapura ni. Kebanyakan tempat tumpuan pelancong FOC. Contoh macam Merlion, bangunan macam Kapal Nabi Nuh dan sebagainya. Tandas pun sama FOC.

Moh layan gambar aku yang tak seberapa...
Dalam trip ni kami tak pergi banyak tempat tapi cukuplah nak merasa ke tempat-tempat tumpuan orang ramai di Singapura.



Kenderaan utama kami disini

Jalan-jalan cari gambar

Meneliti patung-patung ni nampaknya bangsa Inggeris dipandang tinggi berbanding bangsa yang lain. Itu pandangan aku.

Pokcik jula sekerim. 1 SGD jer.  Boleh pilih nak wafer,roti atau kon.. Aku pilih wafer. Perisa pun boleh pilih.



Sekitar Merlion. Punyalah ramai orang disini. Macam-macam aksi boleh dilihat bergantung pada kreativiti masing-masing.

Bangunan ni ada infinity swimming pool. Nak masuk ke swimming pool tu dalam 15 SGD. Kami cuma touch n go jer..  

KAMI!!.. Ini adalah salah satu escalator tertinggi di Singapura. Puh mocik gayat..


Sekitar Marina Bay Sands
Ekceli entrance disini tak perlu dibayar. Tangkaplah gambar sebanyak mungkin, masuklah mana-mana tempat-tempat menarik disini. Tak perlu dibayar. 
Err tapi kenapa ada gambar tiket masuk ek?
Ha..tiket bernilai 5 SGD yang aku tunjukkan tu sebenarnya dibayar untuk melalui jambatan Garden By The Bay. Kalau nak merasa bolehlah naik. Kalau tak mau naik, tunggu dibawah saja. 
Perasaan naik benda tu serupa macam naik canopy walk atau jambatan gantung di Gunung Mat Cincang, Langkawi... Hehehe

 

 







Bunga kebangsaan Singapura banyak ditanam disini. Dimana? Disekitar tiang-tiang Garden By The Bay.

Kami kepenatan untuk kembali kepangkal jalan. Yelah cuaca boleh tahan panas dan ditambah dengan Razat yang tak berapa sihat. Jadi kami sepakat menaiki shuttle ni untuk kembali ke arah MRT Marina Bay. Bayarannya dalam 2 SGD tapi alhamdulillah kami tak perlu bayar apa-apa. Maybe sebab mamat tu kesian dengan kami. Kikiki



Kemudian kami berpisah kepada dua group. Satu kumpulan ke pameran dan kami ke Arab Street untuk makan. Hahaha.. Jauh tak kami makan? Yelah sebab disini dengarnya ada Murtabak Zam-zam yang sedap tu. Kami juga sempat ke kawasan sekitar untuk menunaikan apa yang sepatutnya. 

Masjid Sultan






Arab Street. Disini FM murah-murah



Disebabkan ada info mengenai Garden By The Bay malam lagi cantik. Memang cantik tempat ni dan lampunya bersinar mengikut alunan muzik yang dimainkan. Adalah member mengeluh bila terlupa bawa tripod. Mesti cantik gambar bila ada tripod. Maka dengan ketiadaanya habis semua port dicari untuk meletakkan kamera.







Info
-Disebabkan kami hanya sehari disini, malas untuk buat roaming atau beli sim kad. Jadinya belia-belia seperti kami ini mana boleh hidup tanpa internet (ye ker?) Gigihlah kami mencari WiFi yang ada untuk update status. Kikiki. Awa nampaknya faham kekusutan kami.. Gelak lagi. Dibawanya kami ke area Marina Bay Sands Hotel. Kalau naik MRT, turun distesen Marina Bays, jumpa 7 Eleven.. Hah!! Area-area situ ada WiFI dan kami berhenti untuk update status. Kata poket nipiskan. Kikiki

-Tandas berpaip diMarina Bay. Satu lagi, kalau exit nak ke Hotel Marina Bay Sands tu, naik ke atas akan jumpa tangga dan pusing kiri (ada tangga lagi ke bawah), kalau tak silap ke pusat convention camtu, pintu pertama belah kiri korang akan nampak tandas. Situlah satu-satunya tandas berpaip yang aku jumpa.  Sharing is caring. 

Cara balik pun sama macam cara pergi. Senang dan jimat cuma memenatkan..





Comments

  1. miss my moment @ singapore...tapi, tak payah pun ke sana lagi...mahal...:p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btl2.. tambahan pula budaya disana semua berkejaran ke satu2 tempat..Lelah jadinya melihat mereka.. :P

      Delete
  2. 0.50baht kan patutnye 5sen je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...