Skip to main content

Kembara Poket Nipis Bersidang kembali :P - Part 2

Wah!! Alhamdulillah akhirnya kami sampai juga penghujung selatan benua Asia. Hah kat mana tu? Jangan risau ia ada dalam negara kita saja.. iaitu di Tanjung Piai Johor.


Secara tepatnya Tanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `Utara dan longitud 103.30.46 ` Timur . Sebuah mercu tanda telah dibina di sini bagi menandakan 'Tanah Terselatan Benua Asia' yang dibina pada 2001. Gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar ini dibina oleh kerajaan negeri Johor. Warna kelabu pada mecu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpurnya-sumber google

Sebenarnya kami tiba dalam pukul 11 pagi camtu di pintu masuk Tanjung Piai tapi kami diberitahu bahawa air sedang pasang masa tu dan hanya akan dibuka dalam pukul 3 petang. Jadi untuk tidak membuang masa kami ke Kukup. Apa yang ada di Kukup? Entah, kami ikut saja mana Awa bawa. Asalkan best. Hahaha... Sungguh aku tak berapa study pasal percutian ni kecuali Bintan...

Kami ke Kukup tanpa tujuan dan akhirnya dijemput oleh orang disana untuk ke jeti. Eh untuk apa? Ada apa? Rupanya jetty itu untuk ke negara jiran Indonesia dan ada feri untuk membawa kami bersiar-siar sekitar perairan Kukup dan tujuannya adalah Taman Negara Kukup.  

Kukup merupakan sebuah mukim yang terletak di selatan negeri Johor, di dalam daerah Pontian berhampiran Pontian Kecil, Tanjung Piai

Taman negara Kukup merupakan salah satu tapak Ramsar iaitu tapak pemeliharaan hutan paya bakau. Pulau Kukup ialah salah sebuah kawasan paya bakau tidak berhabitat terbesar di dunia. Ia juga satu-satunya yang terletak di perairan Johor.

Hari ini, Pulau Kukup telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, diberikan status 'Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa' (tapak RAMSAR) oleh Biro Persidangan Geneva-berdasarkan Ramsar.
Hari ini, Pulau Kukup telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, diberikan status 'Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa' (tapak RAMSAR) oleh Biro Persidangan Geneva-berdasarkan Ramsar.

 

Untuk ke Pulau Kukup ini, kita perlu menaiki bot besar (RM 5/pax). Sebenarnya pulau Kukup ni kecil saja. Pusing 1/2 jam pun dah habis tapi keasyikan melihat pokok-pokok yang jarang dijumpai dan info mengenainya membuatkan masa terasa pantas berlalu. Ecece..Yelah, binaan yang ada disana cuma jambatan gantung, jeti, menara tinjau dan tandas awam. Tapi cukuplah ia banyak memberi info bagi kami

Okeh moh layan gambor.
 


Mesti ramai tertanya-tanya kenapa ada terminal feri antarabangsa disini.. Ha dekat sini merupakan salah satu tempat menghubungkan dengan kepulauan Riau, Indonesia iaitu Tanjung Balai, Pulau Karimun.  
Eh boleh try lain kali ni.




 
 Bot nilah yang akan membawa kami ke Pulau Kukup





jeti Pulau Kukup


Ha.. Kalau tengok pada peta ini bolehlah disimpulkan Pulau Kukup ni besar mana. Hehehe. Tapi okey apa untuk pengalaman lain dari yang lain.


















Sebelum pulang, bot kami sempat singgah di kelong diatas. Pelbagai hasil laut dijual dan diternak disini. Harga boleh tahan.



Kemudian kami ke Tanjung Piai semula. Ya ampun, ramainya umat manusia dikawasan yang terhujung
ini. Majoriti ialah pelajar dari Jepun. Great Teacher Onizuka (GTO) hihihi sibuk melayan aksi pelajarnya yang ingin bergambar. Semua aksi ada. Kami biarkan dulu mereka bergambar puas-puas lepas tu tapak ni kami punya. Hah! semua aksi terkeluar. Sampai ada yang masuk dalamgelung besi tu untuk bergambar. Kikiki..Harus diingatkan cuaca disitu agak panas jadi pakailah pakaian yang bersesuaian. Kalau pakai pakaian pengantin tu mohon bertabah yer..


 Moh layan gambar lagi













Ramai betul pelajar dari Jepun. tetiba jem dalam  hutan bakau ni


ramai tak? huhuhu






-Info - Bayaran masuk RM 5/pax
-Saya kesini menggunakan kenderaan Awa jadi tidak tahu ada atau tidak pengangkutan awam kesini.

Comments

  1. Best pulak tgk lokasi ni dgn keindshan alam semulajadi tip dek kerana klau x ada public transport prob gak tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa ada cuma saya tak sempat nak tengok betul2 dan kebetulan gunakan transport member disana :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Menjejak bunga matahari di Lopburi, Thailand

Bangun tidur kami bergegas ke kaunter tiket kereta api ke Lopburi (28 baht-RM2.80). Kalau nak tahu station Hua Lamphong ni ibarat penghubung train ke semua lokasi di Thailand tau macam KL Sentral tapi ia lagi besar platformnya.. Seperti biasa kena tahulah laluan dia dan masa dia jika mahu perjalanan smooth n clear.  Aku nampak persamaan stesen Hua Lamphong dan stesen Jakarta Kota di Indonesia Disebabkan angin sejuk mencengkam kulit diawal pagi, maka aktiviti membuter adalah keutamaan walaupun seat keras dan berpaksikan 90 darjah. Lena jugalah tidur sampailah satu tempat bila pelajar-pelajar sekolah naik. Rasanya aku bangun sekejab untuk melihat sunrise lepas tu lelap balik. Itulah yang aku tahu dalam tempoh 4 jam tu. Hihihi.. Sedar-sedar dah sampai ke Lopburi. Lopburi ni merupakan stesen paling last tau. Lepas tu kereta api ni pusing balik ke Hua Lamphong. Okey kalau naik kereta api, jangan anggap yang kereta api macam STAR LRT, Putra LRT, ETS atau monorail. Takdenya ...