Skip to main content

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks

Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat membantu juga.

Tulisan. Sila bertabah dengan tulisan cacing kerawit mereka. Mereka sangat mengagungkan tulisan mereka dan ringankan mulut untuk bertanya. Malu bertanya sesat jalan kawan-kawan.

Okey berbalik pada topik yang aku cuba highlightkan. Meh highlight sikit

Duit/Matawang/Currency
Baht merupakan matawang/currency bagi negara Thailand.
Meh tengok gambor. Korang click setiap gambor untuk pencerahan yer.
Ekceli matawang mereka lebih kurang sama je dengan kita cuma lebih satu kosong cuma matawang mereka lebih tinggi sikit bergantung korang tukar wang dimana. Aku biasa dapat tukar RM 1.30 untuk 10 baht.
So kalau nak senang dan tak payah bawak currency table, convert macam ni saja. Terkurang terlebih tu aku biasanya lebih kurang halal camtu. Hihihihi

0.5 baht bersamaan RM 0.50
1 baht bersamaan RM 0.10
10 baht bersamaan RM 1
100 baht bersamaan RM 10
1000 baht bersamaan RM 100

syiling 0.5 baht dan 1 baht
2 baht dan 1 0 baht
   
rupa paras duit syiling demer
sori..sori.. duit syiling 5 baht takde untuk dishare...

 















 belakang duit 1000 baht aku lupa nak snap. Kikiki


Airport Don Mueang (DMK)
Melalui pembacaan aku, airport ni dulu digunakan untuk semua flight tapi bila Suvarnabhumi Airport dibuka, makanya ia lebih digunakan oleh airline tambang murah seperti Lion, Tiger Airways, Airasia dan sebagainya. Ha sebab tu aku nak highlight airport ni sebab airline/kapal terbang Everyone Can Fly tu landing disini. Terminal disini hanya ada satu dan bergabung dengan penerbangan antarabangsa/international dan tempatan/domestik. 
Jika korang sampai ke Arrival Hall belah kanan korang lebih kepada ketibaan antarabangsa dan kiri korang lebih kepada ketibaan tempatan. Untuk aku yang fefeeling baru sampai penerbangan domestik. Aku terus belok kiri.


sumber google
Apa yang aku nak highlightkan ialah korang tengok gambar ada aku lukiskan empat segi berwarna. Ni boleh dijadikan rujukan untuk memahami dalam airport tu.

-Boleh tidur di airport sini. Kerusi kosong banyak dan kebanyakannya selesa.  Sama ada bahagian ketibaan antarabangsa, ketibaan tempatan atau di balai berlepas. Kalau refer gambar, yang ada segi empat warna kelabu tu adalah kawasan berkerusi. Ramai boleh tidur disitu. 

-Soket-soket untuk korang. nak charge handphone disini pun banyak boleh dikatakan setiap tiang seri ada. Sediakan charger dan hand phone saja.
-Tak macam airport lain yang tak pernah tidur macam LCCT, kebanyakan kedai-kedai dan information kaunter disini biasanya akan ditutup bila tengah malam menjelang tiba.

-Surau/prayer room disini ada ya. Besar dan sejuk. Kalau dari arrival hall tu korang masuk kiri (ketibaan domestik) dan naik ke tingkat dua. Belah kiri korang akan nampak prayer room. Besar signboardnya. Jangan naik ditingkat tiga sebab disana ada kedai-kedai makan saja. Cuma surau akan dikunci selepas jam 12.30 malam. Mereka tidak membenarkan sesiapa tidur disana. 

-Kalau korang tiada supir/driver atau membooking mana-mana travel agent, korang boleh naik teksi. Cara nak kesana. Dari balai ketibaan tu korang belok kiri (domestik) jalan terus selepas kedai dan money changer korang akan nampak kaunter teksi. Sila beratur ya kawan-kawan. Buat baik di negara orang tak salahkan. Hihihi.. Ini disuggestkan kalau korang tiba lewat malam atau berkeluarga.

-Kalau nak naik train/ MTR. Sama juga korang pergi kebahagian domestik dan perhatikan belah kanan korang ada jalan connection ke Don Mueang Railway Station. Korang kena berjalan dalam 5-10 minit dari airport. Dan waktu beroperasinya dari jam 6 pagi ke 8 malam.  

-Kalau nak naik bas. Di Bangkok ada dua jenis bas sama ada bas beraircond dan tiada aircond.  Berikut aku listkan beberapa info yang aku dapat. Apa yang penting ialah korang mesti tahu ke mana lokasi yang korang mahu pergi.

   Air Conditioned Bus dan Non Air Conditioned Bus
   -Bus 4 Don Mueang - Silom Rd.
   -Bus 29 Don Mueang - Laksi - Mo Chit -  Victory Monument - Sam Yan - Bangkok Railway   
   Station (Hua Lumpong) 24 jam
   -Bus 10  Don Mueang- Victory Monument - Southern Region Bus Terminal
   -Bus 13 Don Mueang - Sukhumvit Rd. - Eastern Region Bus    Terminal
   -Bus 59 : Don Mueang – Bangkhen – Kasetsart University – Central Lad Phrao – Chatuchak – Saphan
     Khwai – Victor Monument – Ratchadamnern Sanamlung (Khao San Road)
   -Bus 95 Don Mueang - Ram-intra Rd.-Ram Khamhang Rd
   -Bus 187 : Don Mueang – Din Daeng – Ratwiti – Victory Monument – Charoenkrung – Thanam Sipraya
   -Bus 504 : Don Mueang – Din Daeng – Pratunam – Silom – Saphan Krung Thep
   -Bus 510 : Don Mueang – Laksi – Mo Chit – Saphan Khwai – Victory Monument
   -Bus 538 : Don Mueang – Din Daeng – Victory Monument – Rama Hospital
   -Bus 554 : Don Mueang – Laksi – Ramintra – Suvarnabhumi
   -Bus 555 Don Mueang - Suvarnabhumi    Airport 
   
 Hah, shuttle bas dari airport Don Mueang ke Mo chit (BTS) pun ada. Korang boleh naik bas bernombor

 -A 1 : Don Mueang Airport – BTS station (Mo Chit)/MRT station (Chatuchak)- Bangkok Bus Station (Mo Chit)- return to Don Mueang Airport

info 

Kebanyakan bas ni last trip dalam pukul 10 malam kecuali bas bernombor 29 ( beroperasi 24 jam). Dan kebanyakan bas yang ni lalu di Mo Chit station iaitu stesen BTS terakhir sebelum ke Don Mueang. 




Comments

  1. haha...teringat memori kat Don Mueang...
    tambahan : ada keretapi dari Hua Lumphong ke Don Mueang, tambang THB 20....berangkat tiap 1/2-1 jam...
    yang perlu hati-hati, sila perhatikan stasiunnya..silap-silap terbawa terus sampai ke Chiang Mai...(pengalaman pribadi, untung saya tanya sama orang di gerabak tu...)

    ReplyDelete
  2. memori di Don Mueang tu penting Irdhi. Hehe.. Thanks Irdhi share info ni. Memang nak try naik keretapi ni tapi nak try naik bas dari Mo Chit dulu..=)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hi Izza,
    terserempak dgn blog awak sebab cari pasal Don Mueang Airport. Bus no.29 tuh mmg 24 hours eyh? Mana tau 24 hours eyh? tanya utk confirmation.
    Thanks.
    -Ziqah Idris-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi ziqah.. Yerp 24 jam dan bas tulah yang bawa kami ke Hua Lamphong pada pukul 3 pagi... awak cuba tgk gambar yang saya attach. Kat situ ada saya tulis bus stop terdekat dengan epot Don Mueang.

      Delete
  5. 0.50baht tu kan patutnye 5sen je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf typpo.. thanks sbb membetulkan..
      salam kenal

      Delete
  6. MAta wang kita gan thailand. Mna lagi tinggi atau pon dua dua nya sama jr. Akn dtng ingt nk pi thailand. So klau bolh nk tau tau sikit psl duit ni. Penyediaan bajet.

    ReplyDelete
  7. macam mana nak kira duit thailand? agak agak berapa duit ringgit malaysia patut kita simpan utuk travel ke thailand?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan