Skip to main content

Aktiviti Awal Tahun 2014 :P

Sebelum balik dari Bangkok hari tu lagi pelbagai aktiviti telah dirancang tapi ada yang jadi ada yang tak. No hallah sebab tak melibatkan proses booking atau tempat jauh-jauh. Kebanyakan aktiviti santai kami dibuat sekitar Kuala Lumpur dan pinggir Kuala Lumpur.

1 Januari 2014 (New year starter)
Berpiknik di Taman Tasik Perdana dan jalan-jalan tengok 3D mural di Seri Kembangan





harap korang tak kisah letak gambor ni




5/1/2014
Misi menjejak Tasik Biru di Bukit Puchong
Aktiviti ni memerlukan mereka yang berstamina tinggi untuk mendaki bukit ni. Disebabkan aku yang pancits ni ikut perjalanan yang makan masa 1 jam 1/2 jadi 2 jam 1/2 sebab aku kene berhenti-henti. Trail dia agak disaster (kikiki) bagi aku yang tak berstamina dan dinasihatkan pakai kasut yang grip sebab ada bahagian yang licin.

Kami memilih untuk ambil jalan jauh sebab lebih landai semasa mendaki dan ambil jalan dekat untuk turun. Jalan dekat ni agak curam ya kawan-kawan. Jadi berhati-hati. Patutlah ramai pendaki membawa tongkat bila mendaki.

Bila sampai tengah-tengah rasa macam nak guling-guling turun sebab sesak nafas rasanya tapi demi Tasik Biru yang cantik kuturutkan juga. Satu jer pesanku jika sampai di Tasik Biru ni jagalah keindahannya. Jangan tinggalkan sampah sarap disana dan jangan rosakkan tumbuh-tumbuhannya.

Masa perjalanan pergi ialah 2 jam 1/2 dan balik ialah 2 jam..




Inilah dia tasik biru yang diberi nama. Nama lain aku pun tak tau. Tempatnya kecil je ibarat swimming pool tapi menarik sebab airnya berwarna coklat, biru dan biru kehijauan. Dekat air terjun tu korang boleh terjun tiruk sebab situ dalam. Tapi hati-hati ye sebab disitu khabarnya ada gua. Bahaya




Kami tak berani berhampiran air biru kehijauan tu sebab ia sangat-sangat dalam. Kami hanya mampu berenang di kawasan tepi-tepi air saja. Haha



12/1/2014
Misi menjejak Canopy Walk di FRIM, Selayang. Idea tercetus sebab nak train untuk mendaki gunung pula. Gunung apa? dimana? bila? Kita tunggu...
Bagi aku yang tak pernah sampai ke FRIM..Sorok kepala jab...
Kira best juga aktiviti disini. Macam-macam ada cuma tak sempat nak eksplore semua.

Oh ya bayaran masuk
-sebuah kereta RM 5
-canopy walk RM 5/pax













Alah salah angle la pulok.. Huhu




Comments

  1. semua aktiviti menarik...yeay...tasik biru tu JM pernah pergi bersama salah sorang rakan blogger dalam gambar tu heee..SHHsssshhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM kite tau siapa.. hehehe.. si dia pernah cerita yang JM fit juga.. Ermm bilalah kita pula nak bercuti sama-sama.. hehehe

      Delete
    2. ahakss...fit lah sgt kan..masih lom leh compare ngan yg mudo2 ni heee

      Trip cuti sama2..yg tu JM nk dengar tu heee..mesti best join korang kan hiksss

      Delete
  2. eh, tak sangka gambar ai pun ada kat sini, hahaha... lawak je...

    *erk, kat tasik biru tu kita berenang ke berendam? kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne bukan yu bt kuak lentang ke? siap buat kelas giteww.. Hiks..

      Delete
    2. kuak lentang tu orang lain.. ai kuak meniarap je.. jenuh dorang ajar pun tak pass jugak... hahaha

      Delete
  3. Phewittt...gambar kite pung ader!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh ade eh.. eh...
      Hi niL.. suka baca blog awok

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan