Skip to main content

Birthday di Kota Kinabalu part 2

Pekan Nabalu (sambungan dari kinabalu)

Sebelum sampai ke Kundasang, kita akan berjumpa Pekan Nabalu sebelah kanan kita. Pekan Nabalu ni sebenarnya macam RnR, tengok pemandangan Gunung Kinabalu dan tempat membeli belah. Walaupun aku selalu mengamalkan tidak membeli belah tapi aku tewas.. Pesanan aku, kalau kesini belilah banyak-banyak sebab FM, souvenir, baju dan lain-lain lebih murah berbanding tempat lain. Jangan balik nanti rasa rugi. Terkenang-kenang barang-barang di Pekan Nabalu. Nak patah balik? Jauh la pulakan. So belilah di Pekan Nabalu..




Kami sampai ke Kundasang lebih kurang 5.30 petang. Wah bertabah kami cari Desa Cattle Farm di area sana. Jalannya boleh tahan mencabar.. Maksud aku jalannya luka-luka sikit. Padanlah dengan kami yang bajet naik Viva. Mujur tak jadi apa-apa. Tapi berkat usaha ketabahan kami akhirnya kami sampai ke Desa Cattle Farm. Boleh baca info disini  dan disini. Bayaran masuk ke Desa Farm ni dalam RM 5. Dan kami dingatkan keluar dari ladang itu dalam pukul 6.30 petang.

Memasuki ke ladang ini walaupun hidung perit dengan bauan tahi lembu dan bau lembu, tapi kami disajikan dengan pemandangan yang sukar diungkapkan. Subhanallah. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, lembu berkeliaran dikawasan sekitar dan paling best berlatar belakangkan Gunung Kinabalu. Betul-betul mini New Zealand ada didepan kami. Tapi keterujaan itu kami tahan dulu. Kami mahu melawat ke kilang pemprosesan susu lembu disini.


Kilang Pemprosesan Susu Lembu
Dalam kilang ni kita boleh melihat pelbagai hasil makanan yang diperbuat dari susu lembu dihasilkan contohnya susu lembu dan ais krim. Kita boleh melihat betapa gigihnya lembu-lembu tu beratur untuk diperah susunya dan beratur mendapatkan makanan.


Antara barang yang dijual disini..



 

Di satu sudut pula, ada tempat bagi lembu dan kambing makan. Kalau nak bagi kambing dan lembu makan, bolehlah beli rumput disana.. Wah comeynya kambing-kambing ni... Fotogenik giteeew




Awok pun fotogenik jugak!!

Inilah New Zealand di Malaysia. Kalau banyak lembu lagi cantik kot. Tak perlah ini pun cantik. 
Gunung Kinabalu view dari Mensilau Highland

 
Lepas berfoto gedik kami berangkat menuj hotel. Masa kami menuruni jalan mencari hotel, angin bertiup sangat kencang sampaikan brek kereta tak makan. Tapi aku diamkan saja kerana tak mahu menakutkan mereka. Aku pakai gear neutral, tak tekan minyak, tekan brek sekuat mungkin dan brek tangan kunaikkan. Errr.. Mujur tak apa-apa..  Bau hangit kereta dah menusuk hidung tapi kudiamkan saja sehingga kami sampai ke Kundasang Inn. (TT)

    


Owh sebelum makan malam, pihak Air Asia ada menghubungi kak Teh mengatakan bag dah dihantar semula ke Kota Kinabalu. Errrr.... kenkadang rasa Airasia ni baiklah pulak. Sebab sanggup hantar balik bag yang memang terang-terang salah kami


Info
Desa Cattle Farm

Entrance fees for adult: RM 2.00











Comments

  1. wahh...cantiknya gunung kinabalu..time siang gini sy kat sana xleh nampak gunung kinabalu..nampak time lepas subuh jer..

    ReplyDelete
  2. zilla.. hai salam perkenalan.. selalu baca blog awak sebab blog awak banyak pasal tempat menarik dan makanan. Gmbr gunung tu dekat desa farm cattle petang dalam pukul 6 camtu. Hehehe. Saya terlepas tengok puncak lepas subuh padahal masa tu yang ramai blogger cakap view super duper cantik...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...