Skip to main content

Trip Sempoi Ke Ganu Kite - Mencandat Sotong

Sorry dah terlalu lama post ni dalam draft. Aduh lepas ni segerombolan post akan dikeluarkan... Banyak ni entry tertunggak...

Pulang ke rumah Mummy Nani (hihihi) kami pun sepantas kilat bersiap untuk ke lokasi seterusnya iaitu mencandat sotong!!! Yeah ini yang dinanti. Ini yang ditunggu.. Sebelum ni kan aku ada cakap harap-harap dapat 100kg sotong. Yeah kita tunggu dan lihat.. Hahaha
 

petang di jeti Losong.
 Losong ni antara tempat yang terkenal dengan keropok lekor. Tapi aku tak pasti dimana gerai yang populer itu. Masa ni rombongan mencandat bertambah dari 10 orang kepada 14 orang (adik Nani, Cik Mie, Adik Anne dan kawan Nani) dan 4 orang anak kapal.

Menurut Nani, sewa bot dalam RM 600-RM 700 (aku tak berapa ingat) tapi bot dia besar dan kami pandai-pandai membahagikan diri dimana ada yang duduk bahaggian di kemudi (depan) bot dan aku pilih duduk dibahagian belakang bot. Sebab?? Hehehe.. Hanya aku jer yang tahu,... Hehehe

Kami bertolak lambat sebab beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Takpe Nani, kami tak kisah yang penting dapat rasa pengalaman mencandat sotong. Yippieee!!!



Geng pengembaraan bermula!!



Hah sebab nilah aku pilih duduk kat belakang. Sebab nak tengok macam mana dorang memasak? Erm...

Masjid Kristal

 
ICT di Terengganu

Bulan sudah mula menyinari bumi Terengganu


Selepas hampir 45 minit perjalanan, akhirnya kami sampai di perairan Pulau Kapas. Aduyai kamera pula dah hilang kuasanya. Charge pakai power bank pun tak jalan. So terpaksa bertabah dengan apa yang ada. Sekeliling kami dipenuhi dengan bot-bot mencandat yang lain. Mereka lengkap dengan spot light. Wow nampak gah dari kejauhan. Hehehe. Tekong boat mula mengedarkan joran/umpan candat sotong.


nilah rupanya joran kami - gambar ikhsan Ankel Gugel
 Hah jangan tengok joran ni sebelah mata ya kenkawan. Tangan aku luka disebabkan olehnya. Huhuhu.. Adeh pedih, nyilu dan sewaktu dengannya. Mencandat ni ibarat main layang-layang di laut. Kita perlu sentap, tarik lepas bila dirasakan perlu. Suasana bertambah meriah bila tengok Kava dapat hasilnya. Lepas sorang-sorang dapat hasil. Aku tengok dengan perasan jeles.. Hahaha sebab tak achieve the given target. Wohoho..

tengok eksaited dorang. hasil tangkapan pertama
Kenkawan di bahagian depan bot maybe dah banyak hasilnya. Kami dibahagian belakang masih ketinggalan. Tetiba anak kapal menghidupkan gas memasak. Wahaha ini yang den tunggu. Nak tengok macam mana dorang memasak dalam bot. Yerlah dengan tiupan angin, tempat memasak yang terbuka mesti susah nak memasak. Apa yang dorang masak? Wah nasi dan hasil tangkapan kami.

Serius sangat-sangat sedap. Sotong goreng tepung dengan nasi cicah sos cili je pun tapi sangat sedap. Sotong tu rasa manis sangat. Inilah untungnya hidup dibelakang boat. Hikhik.. Semua kami bedal dulu pastu baru mengajak/jemput orang depan. Hikhik..

Dalam pukul 1, aku masih belum mendapat hasil lagi. Sedih woo sambil tarik umpan. Pastu ketua boat tu nak ke kawasan lain sebab hasil semakin sikit dan banyak bot lain datang mencuba nasib. Aku amik keputusan tidur di bahagian hadapan bot sementara ke kawasan lain dan kemudiannya sambung semula mencandat.

Sampai dikawasan lain, aku cepat-cepat baling kail. Tetiba yeay!! Dapat!! Cepat-cepat Remy Ishak (copy paste remi ishak, dark, tall but not too hensem) ayat Nani nak bergambar dengan aku. Wah!! Dia ni lah paling banyak hasil tangkapan dia. Dengan hasilnya kami kekenyangan... Kikiki

Peratikan mataku.. Sepet sebab dah mengantuk sangat

Hah dapat lagi
Besar tak? besar tak? Hahaha siler jeles.

Gambar sotong yang sudah dimasak? Sori takde sebab kami dah makan dengan rakus lepas tu baru teringat nak ambil gambar. Hehehe

Lebih kurang pukul 5 pagi kami pun kembali ke daratan. Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik. Semua dah berbau sotong. Hihihi...Sampai rumah mak Nani, kami terus disajikan dengan nasi lemak dan sambal sotong hasil tangkapan kami. Perghh marveles.

Ok hari ni hari last kami di bumi Terengganu. Sebelum pulang kami sempat ke Desa Murni (tempat jual kain-kain batik) dan singgah beli keropok lekor Mak Adik Beradik. Pergh dekat 1 jam jugak beratur. Hasilnya tak mengecewakan.


Kalau pergi aku bertolak dengan Anne, balik pula aku tumpang Ita (housemate Nani) bersama kak Sham dan Fathi. Aku jadi penidur yang setia. Wah sori kenkawan. Memang mata ni bersalah sangat-sangat. Sila hukum dia :)

Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...