Skip to main content

Birthday di Kota Kinabalu 13 Jun 2013

Flight kami berlepas dalam pukul 7. Aku tiba dalam pukul 5, Laila jadi makguard di LCCT sebab tiba pukul 12 dari Ipoh, Kak Teh dan anaknya sampai lebih kurang pukul 6. Setel check in luggage untuk kak Teh. Oh ya check in luggage ni dibuat oleh suami kak Teh sebab Laila beli luggage dibawah namanya tapi dia tak dapat ikut sebab tuntutan kerja.

Kalau tak silap aku yang selalu ambil tiket flight awal pagi sebab murah, Air Asia selalu mempercepatkan panggilan penumpangnya. Macam aku di Surabaya dan ke Kota Kinabalu pun sama. Berlepas dalam pukul 7 tapi dalam pukul 6.30 macam tu dah panggilan akhir. Waaa... cepat..cepat..

Tapi sampai pukul 7.30 pagi, kapal terbang masih tidak mahu terbang. Why??! Dah eksaited nih nak ke tempat idaman hati.

Kami touch down Kota Kinabalu agak lewat sikit. Ntahlah tak tahu kenapa. Isk..isk... Sampaikan owner kereta sewa tanya kenapa flight delay. Laila dan kakaknya pula sibuk menguruskan bag mereka.

Laila sampai kepadaku dengan muka pucat
"Wei, bag takde"
"Dah tanya dekat kaunter"
"Dah. Katanya bag dihantar balik ke KL"
"Kenapa?"
"Alasan dorang sebab dekat penumpang tak ada tapi bag ada!!" 
"Erk!!, habis macam mana?
"Nak buat macam mana lagi, kena beli baju baru lah!

Rupanya flight delay disebabkan oleh KAMI

Akhirnya kami singgah di Center Point Kota Kinabalu untuk membeli belah. Aku dan Laila bernasib baik sebab backpack. Cuma Kak Teh dan anaknya jer kena beli baju baru. Isk spoil mood. Kesian kak Teh. Kikiki. Benornya, kami sudah sedia maklum dengan masalah tu tapi buat-buat tak tahu sebab tak nak add on bag lagi dengan harapan mereka takkan turunkan bag sebab . Hahahaha memang berisiko. Dan Air Asia dah suruh suami kak Teh ambil bag di airport.

Perjalananan kami bermula!! Kundasang we're comin'.   Weehhooo!!

Rumah Terbalik, Ranau














 Masya Allah di Rumah Terbalik ni panas ya amat. Bikin pening kepala sebab tengok semua terbalik.

Lepas tu kami ke Pekan Nabalu

Sebelum tu, keadaan jalan ke Kundasang agak teruk sikit. Bukan aku tak pernah jumpa jalan yang teruk tapi hanya ingatan untuk korang yang selalu ikut highway. Hihihi.. Jalan ke Kundasang jalannya dua hala dan banyak kenderaan besar dan kadangkala jalannya luka sedikit.

Satu lagi pesananku kalau ke Kundasang baiklah ambil kenderaan seperti MPV atau kenderaan besar sikit kerana kereta sewaku, Viva bagaikan tak lalu nak mendaki. Sampaikan kak Teh cakap "nak kak teh tolak ker? kui kui.. Mungkin juga kenderaan kami sudah lama tak diservis siapa tahu..

Sepanjang perjalanan kami dihiasi pemandangan Gunung Kinabalu. Kata kawanku kalau nampak puncak Kinabalu terus snap gambar dia sebab lepas tu dia akan bersembunyi dibalik awan. Malu yer.. Hah betul tak? Cer tengok gambar ni.. Terus berkabus tau untuk gambar yang last tu.

 
Tengok nampak puncak

hah 'dia' datang

hah..'dia' sudah membelit Gunung Kinabalu

Belit lagi.. kikiki

Sudah ditakluk..
BERSAMBUNG






















Comments

  1. Jauhnya sambut besday...ahaha..bila tgk semua terbalik..JM pun penig kepala..tp mmg keratif kann..jd tarikan pelancong tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. x jauh mana pun.. n tak de pun kek2 bagai. Saja nak bertukar angin jer..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Menjejak bunga matahari di Lopburi, Thailand

Bangun tidur kami bergegas ke kaunter tiket kereta api ke Lopburi (28 baht-RM2.80). Kalau nak tahu station Hua Lamphong ni ibarat penghubung train ke semua lokasi di Thailand tau macam KL Sentral tapi ia lagi besar platformnya.. Seperti biasa kena tahulah laluan dia dan masa dia jika mahu perjalanan smooth n clear.  Aku nampak persamaan stesen Hua Lamphong dan stesen Jakarta Kota di Indonesia Disebabkan angin sejuk mencengkam kulit diawal pagi, maka aktiviti membuter adalah keutamaan walaupun seat keras dan berpaksikan 90 darjah. Lena jugalah tidur sampailah satu tempat bila pelajar-pelajar sekolah naik. Rasanya aku bangun sekejab untuk melihat sunrise lepas tu lelap balik. Itulah yang aku tahu dalam tempoh 4 jam tu. Hihihi.. Sedar-sedar dah sampai ke Lopburi. Lopburi ni merupakan stesen paling last tau. Lepas tu kereta api ni pusing balik ke Hua Lamphong. Okey kalau naik kereta api, jangan anggap yang kereta api macam STAR LRT, Putra LRT, ETS atau monorail. Takdenya ...