Skip to main content

Posts

Sesuatu yang menarik di Kanchanaburi (part 1)

Usai mengisi perut kami ke Hua Lamphong semula dan ambil MRT ( Hua Lomphong -->Silom 28 baht ) Apa tu MRT? The Metropolitan Rapid Transit or MRT is a rapid transit system serving the Bangkok Metropolitan Region in Thailand interchange--> BTS ( Sala Daeng --> Victory Monument 50 baht ). Apa tu BTS? it is commonly referred to, the Sky Trains. Ibarat macam LRT, Star dan Monorail di Malaysia tapi aku rasa lagi besar laluannya tapi ia lebih mahal berbanding pengangkutan lain di Thailand. Tujuan kami ke Victory Monument adalah untuk ke terminal van disana. Ha kalau nak tahu di sana ada van yang boleh membawa kita ke pelbagai destinasi, Puh berinfo betul geng-geng kali ini. Jimat duit, jimat masa dan paling penting dapat eksplore Thailand dengan cara kami. Van kami ke Kanchanaburi 120 baht (RM 12) mengambil masa 3 jam lebih bergantung pada keadaan trafik. Psst membuter adalah aktiviti aku kalau naik mana-mana transport. Kikiki.. Sampai sana ada orang tolong ambil kami FOC ...

Menjejak bunga matahari di Lopburi, Thailand

Bangun tidur kami bergegas ke kaunter tiket kereta api ke Lopburi (28 baht-RM2.80). Kalau nak tahu station Hua Lamphong ni ibarat penghubung train ke semua lokasi di Thailand tau macam KL Sentral tapi ia lagi besar platformnya.. Seperti biasa kena tahulah laluan dia dan masa dia jika mahu perjalanan smooth n clear.  Aku nampak persamaan stesen Hua Lamphong dan stesen Jakarta Kota di Indonesia Disebabkan angin sejuk mencengkam kulit diawal pagi, maka aktiviti membuter adalah keutamaan walaupun seat keras dan berpaksikan 90 darjah. Lena jugalah tidur sampailah satu tempat bila pelajar-pelajar sekolah naik. Rasanya aku bangun sekejab untuk melihat sunrise lepas tu lelap balik. Itulah yang aku tahu dalam tempoh 4 jam tu. Hihihi.. Sedar-sedar dah sampai ke Lopburi. Lopburi ni merupakan stesen paling last tau. Lepas tu kereta api ni pusing balik ke Hua Lamphong. Okey kalau naik kereta api, jangan anggap yang kereta api macam STAR LRT, Putra LRT, ETS atau monorail. Takdenya ...

Al-Fatihah

Al-Fatihah Aku mengenalinya hanya melalui satu forum yang terkenal di Malaysia. Melalui info-info arwah aku mempunyai sedikit keberanian ke BukitTinggi, Indonesia dan Ho Chi Minh City Vietnam tanpa mengunakan khidmat tour agent dari Malaysia. Arwah seorang yang tidak lokek bercerita tentang ilmu perlancongan yang beliau ada. Malah boleh berkongsi tentang langit yang cantik jika dalam satu-satu flight. Kadang kadang arwah menyanyi lagu ayam den lopeh dan macam-macam info arwah sharekan. Selama ni aku tercari-cari mana dia pergi? Kenapa tidak lagi ada post dari dia. Rupanya dia menjadi mangsa pembunuhan suami sendiri. Ada beritanya dua-tiga bulan lepas. Aku tidak mahu tahu tentang kenapa, bagaimana, atau apa sebab beliau dibunuh. Biarlah undang-undang menyelesaikannya. Cuma mahu mengajak korang diluar sana menyedekahkan sedikit al-fatihah untuk arwah dan suaminya. Semoga rohnya dan roh suaminya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Bangkok, Siam - Part 1 (beginning)

Hehehe.. gelak jahat! Baru nak hapdate blog ni pasal Bangkok padahal aku pergi ke sana hujung bulan 12 iaitu 18/12/2013. Ok back to topic... Sebenarnya Bangkok ni dah lama aku teringin nak pergi tapi takde kawan nak kesana. Antara wishlist aku kalau pergi sana ialah Maeklong Market. Dalam aku tercari-cari teman kesana tertiba anne ada cakap dia dah sambar tiket kesana. Hua..hua nak ikut! nak ikut! Lompat bintang jab.. Ekceli big thanks untuk anne, zilla , PM , irdhi , pijah pelangi, meda, nik (rasanya yang lain tak ada blog) yang sudi menerima diri ini seadanya. Hiks..  TAPI bila study pasal Bangkok rupa-rupanya banyak betul tempat menarik. Bila dah menarik, baca banyak-banyak lepas tu aku lupa (salah satu penyakit aku TT). Pelbagai masalah peribadi aku hadapi dan Thailand sendiri masa tu dalam tempoh berdemonstrasi dan rally. Kami cuba dapatkan pelbagai pendapat untuk ke Bangkok ini tapi biasalah degilkan. Pergi jugalah. Berbalik pada topik aku ke Siam (18/12/2013) mela...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Kembara poket nipis kembali bersidang part 5

Ekceli plan asal kami ke Bintan hari ni. Tapi kekangan masa dan uang memaksa kami kami stay di Batam saja dan pulang waktu petang nanti. Tiket ferry pula open ticket so no hal kami nak balik pukul berapa. Yerp open ticket yang membuatkan kami tidak berhati-hati dan masing-masing yang tidak peka dengan masa pulang. Apa susah tiketkan sudah ada..  Hihihi Dalam pukul 9 pagi kami check out, letak beg di kaunter dan cari kedai makan sekitar hotel namun semuanya masih belum buka dan was-was. So menerusi  pertolongan ankle gugel, Mentari Shopping Complex khabarnya ada telekung-telekung Indonesia so bolehlah kami membunuh masa. Hah, mulalah aksi menahan angkutan yang sanggup membawa kami ke Mentari Shopping Complex di Jodoh Satu (err kalau x silap). Bayaran dikenakan 2000 rp/pax. Sampai-sampai jer disana sedeh sebab nampaknya kami orang terawal nak buka kedai. Lepaklah kejab depan main entrance dia dalam setengah jam. Bukak-buka jer pintu terus kami serbu kedai...

Kembara poket nipis kembali bersidang part 4 - Ke Batam kite

Seperti biasa kami memulakan langkah kaki di awal pagi. Ambil berkat pagi. Lepas sarapan, Awa terus bawa kami ke Jetty berhampiran hotel The Zon di Johor Bharu. Sinilah jetty yang menghubungkan Malaysia dan Batam. Korang boleh parking kereta dekat parking lot yang disediakan. Okey sebelum ke Batam. Jom study dulu tentang Batam. Kota Batam adalah kota terbesar di Kepulauan Riau dan merupakan kota dengan populasi terbesar ke tiga di wilayah Sumatra setelah Medan dan Palembang , Menurut Dinas Kependudukan dan Catatan Sipil Kota Batam Per April 2012 jumlah penduduk Batam mencapai 1.153.860 jiwa. Metropolitan Batam terdiri dari tiga pulau, yaitu Batam , Rempang dan Galang yang dihubungkan oleh Jembatan Barelang . Batam merupakan sebuah kota dengan letak sangat strategis. Selain berada di jalur pelayaran internasional, kota ini memiliki jarak yang cukup dekat dengan Singapura dan Malaysia . Batam merupakan salah satu kota dengan pertumbuhan terpesat di Indonesia. Ketika diban...