Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari aku bermula di Shiraz Iran. Ali Reza dah menunggu aku tapi aku nak ambil sweet time aku dulu. Aku masih jetlag weh ko dah nak bawak aku jenjalan dah. Hihihi.. Ok jom tengok sekitar airport Shiraz ni. Takdelah beria-ria aku nak ambil gambar sebab masih dalam mood menyesuaikan diri.
sunrise satu di Shiraz |
Dicicah bersama kuah dibawah ni/ Rasa ala-ala sup daging atau bubur lambuk berkacang hijau camtu yang pekat dan tekstur macam agar-agar keras. Err tryla bayangkan. Aku sukakan rasa dia. Hampir separuh juga aku habiskan. Kalau cair gerenti aku hirup habiskan.
ni kuahnya. |
Aku tak berhajat nak bercerita tentang sejarah-sejarah di Persepolis kerana aku telah sharekan dalam Instagram aku dd.izza (sila follow kalau nak baca sebab aku malas nak menaip balik) :P. Cukuplah aku share tiket masuk 200.000 Riyal Iran, tempat ni besar dan perlu hiking sedikit sebeberapa tempat termasuk ke area sebuah makam dan telaga. Tempat ni tinggalan sejarah dan merupakan salah satu tapak UNESCO di Iran. Aku rasa berbaloi masuk disini kerana ia beeesaar dan aku sendiri meluangkan masa hampir 2 jam disini. Kalau korang peminat sejarah terutama sejarah tingkatan enam, memang bestla nak mengrevisi balik buku-buku Sejarah yang setebal alam tu. Hahahaha.. Dan sejarah Tingkatan Enam juga punca aku kesini.
Ali tidak masuk bersama aku kerana dia terlupa nak bawa pas guidenya. Aku actually lebih senang keseorangan. Sebab aku boleh meneliti setiap ceruk dan setiap binaan dengan lebih tenang. Sebab tu panggilan telefonnya tidak kuendahkan. Asyik tanya dia perlu masuk ke tak temankan aku. Kekeke Korang rasa? Faham ke tak faham aku belakang kira sebab aku boleh dapat info nanti. Tangkap gambar? Jangan risau, bawak jelah tongkat selfie. Nak hidupkan... :P
Disini ada stadium. Masa aku naik disini aku teringatkan collusem di Rom. Aish.. |
Di Persepolis ni juga aku masih nampak proses eskavasi (excavation) masih dilakukan. Nak je aku join sekali. Mahu kene halau keluar Iran. Hehehe |
Kotak-kotak kecil tu dikatakan simpanan-simpanan kerajaan masa tu. Tapi dimusnahkan oleh Alexander The Great. |
Aku mendaki sendirian disini perlahan-lahan. Memerhatikan sekeliling. Sesekali aku dengar gelak ketawa orang Malaysia. Eh kenal pulak aku gelak ketawa orang Malaysia :P .Aku rasakan aku berhalusinasi sebab jetlag. Sebab aku tak nampak sorang pun dekat bawah tu. Rupanya memang orang Malaysia. Disini aku mengenali traveller idola seperti Pertualangan Senja, KD Konah dan Suhana. Perghhhhhh.. Terasa hina bila follow IG mereka sebab banyak tempat mereka dah terjah. Iolls bagaikan mentimun jer.
mujur ada pembantu peribadi bolehlah bergambar. |
Ni salah satu makam |
Adeh gaya maskulin pulak |
nilah Ali Reza. Somewhere antara Persepolis dan Necropolis |
Necropolis
Aku tak berniat nak masuk ke sini. Tapi Ali tetap bawa kerana ia dekat jer. Bayaran masuk sama seperti di Persepolis (200.000 Riyal Iran) dan ia hanyalah kuburan, Ada 4 kuburan disini dan ia ditempatkan di atas bukit. Ia dikatakan untuk memastikan mayat selamat dari banjir dan musuh. Ia juga diibaratkan 'jiwa' untuk membantu raja seterusnya menjaga bandar dengan selamat.
Quran Gate.
Aku tak sure apa yang ada disini. Cuma ia dikatakan lambang kita memasuki setiap bandar. Camtulah
Udara sedikit polluted.
Tasik Maharloo (Tasik Pink)
Kalau baca blog-blog tempatan takde yang share pasal tasik ni. Aku pun secara tak sengaja je terjumpa dalam hashtag di IG. Malangnya masa aku pergi, tasiknya kurang pink dan sedikit kering.Kalau pergi musim panas, haruslah cantik pinknya. Plankton-plankton dalam tasik timbul gamaknya. Tasik Pink ni antara punca aku terbang ke Shiraz. Yelah takkan nak tengok tasik pink di Australia atau Senegal pula. Hehehe
Gambar bawah ni ialah bukit garam. Aku tak nampak kilang pemprosesan garam disini. Hanya ada pejabat kecil jer disini.
Kering airnya.... Huhuhu |
Disini juga aku bertemu dengan beberapa group omputih dan Malaysia. Again pelbagai nasihat dititipkan padaku. Insya Allah aku akan cuba berhati-hati.
1. Tak perlu beria bawak wet tissue sebab setiap toilet mereka ada pili air.
2. Aku tak tukar banyak wang di airport. Aku tukar dengan Ali Reza jer. Tukaran dia mestilah menguntungkan aku. Kikiki
3. Sesuatu menarik disini, Kebanyakan kedai bayar pakai card jer. Walaupun beli air mineral. Dan boleh dibuat oleh pembeli sendiri. Yang penting jujur. Hehe
5. Post sebelum ini aku pernah share tentang group FB See You In Iran. Yerp itu salah satu bahan rujukan aku. Tapi antara rujukan utama aku ialah Instagram. Gunakan saja hashtag yang berkaitan dan korang akan jumpa info tak disangka. Aku suka guna Instagram sebab info tak terlalu bersepah dan ia lebih teratur. Nak screencapture pun senang. Hihihi.. Blog pula ada juga aku gunakan kalau nak tahu tentang detail tempat tu. Lepas tu pandai-pandailah gunakan ankel pengira jarak (google maps) untuk mengira jarak dari satu tempat ke satu tempat. Dan berikan jarak masa yang panjang untuk jarak yang korang dapat tu. Oleh sebab ankel pengira masa pun dah tua. Jaraknya nampak pendek tapi keadaan sebenar biasanya lain.
6. Orang Iran ni sangatlah caring dengan korang baik lelaki atau perempuan dan boleh menyebabkan korang salah faham. Namun itu budaya mereka dan tetapkanlah niat korang mengembara untuk apa, kenapa dan mengapa. Andai terjumpa jodoh tu salah satu bonuslah untuk korang. TAPI aku tak sanggup sebab taknak meredah beribu-ribu kilometer untuk balik ke kampung. Hahaha... Walaupun orang lelaki Malaysia kurang romantik dari orang lelaki negara lain. Jangan marah aaaaaa.... :P
Till Then
Comments
Post a Comment