Skip to main content

Land Of Persia Aka Iran


Walaupun banyak cerita buruk kudengari. Entah kenapa hati aku meronta-ronta nak kesana. Jadi bila dapat tiket final call bernilai RM580 peluang yang kudapat tentulah takku lepaskan. Nasibku bertambah baik bila ada buddy nak ikut tapi mengikut cutinya. Kami sepakat ke Iran selama 4hari saja. Apa 4 hari??? Huhuhu Untuk yang tak tahu tiket final call ni meh aku terangkan sikit-sikit. Tiket ni dijual dua atau sebulan sebelum. Tiket ni terbahagi kepada dua tiket final call iaitu tiket sekitar Asia dan perjalanan lebih jauh (AAX). Ramai penjual tiket ni kerana ia menggunakan point yang mereka ada. Ada penjual menjualnya dengan harga murah dan ada yang harga potong kepala. Pendek kata kene pandai survey-survey. Aku lak main gamble beli dengan seorang penjual tiket final call yang murah. Korang kalau nak beli, kene cari yang boleh dipercayai. Aku beli dengan Umar Zaidi. Ramai menyuarakan nak mengikut aku tapi disebabkan ia tiket last minit, ramai juga bising tidak sempat menabung. Jadi bermulalah kisah aku menstudy dan study pasal Iran. Tanya sana sini tentang Iran. Dah tentulah orang yang sering kukacau ialah Ariep. Route kami tak sama tapi bolehla dijadikan panduan. Hahaha.. Dua minggu sebelum ke Iran, buddy aku terpaksa menarik diri. Maknya sakit teruk. Aku kalau melibatkan keluarga, memang takkan memaksa jadi kusuruh buddyku menangguhkan perjalanan ini. Tapi dalam masa yang sama aku mencari jugak orang lain untuk aku slot in. Taaa berani weh nak menerjah Iran keseorangan. Masalah Syiah, bahasa, transport dan lain-lain ku ambil kira. Apa yang mampu dilakukan dalam masa 4hari?? Err tolak hari perjalanan yer kenkawan Aku mula giat.. kekeke giat la konon.. mencari kawan travel dalam beberapa travel group, ku tanya kenkawan travel sama ada mereka ada kawan nak ke Iran dan ku tanya wasap group travel. Kawan-kawan sealiran turut sama membantu aku mencari travelmate. Hahahah.. 

Namun jawapan menghampakan dan aku hampir-hampir mengalah. Dah redha dah melepaskan Land Of Persia dan mula mencari tiket lain. Hahaha... Dan dalam masa yang sama aku sibuk dengan plan ke Koh Lipe. Tapi dalam masa sama aku tetap study dan buat insuran. Hihihi.. Gigih pulak aku buat insuran travel di company Longpac di Jalan Kampung Attap. Apakah aku dapat pergi? Atau bye-bye Land of Persia? Bye-bye negara 1001 malam? Bye-bye negara yang dikatakan dajjal akan keluar? Bye-bye negara Syiah?

Aku meronta-ronta nak pergi kerana tiket murah, kerana ingin mengetahui seberapa esktrim mereka tentang syiah, ingin mengetahui kenapa mereka disekat ekonominya dan pelbagai soalan lahir dari benakku. Orang kata hasil google saja boleh membuat kita mengembara. Ya tapi pengalaman sebenar dah tentu lain dari hasil google. Meh kita google gambar dulu. Sobss


Hasil pencarian google... Huwaaaaaa... Sobs















Comments

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...