Skip to main content

Hong Kong - Mampukah handle 20 orang - Part 2


Topik sebelum ni korang boleh rujuk di sini
Sebelum nak membebel, aku terajin hari ni nak update sebab ramai blogger travel (blog yang aku selalu baca) macam berehat dari berblog. Ngapain kamu semua? Daku pinginkan info dan gambar dari kamu..

Okeh berbalik pada topik kami bertolak ke Hong Kong pada 4 Jun 2014 pada pukul 4 petang macam tu. Aku berjumpa dengan Laila dalam pukul 11 pagi dan kami bertolak dengan menaiki bas dari KL Sentral. Trip kali ni pelik bin ajaib sebab smooth padahal kalau trip aku dan Laila mesti ada drama tapi hari ni takde. Dan yang paling best ialah Laila membawa berita gumbira yang dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa tak sampai 2 bulan. Sobs aku tumpang gumbira dengan berita tu sebab pelbagai halangan yang dihadapi mereka sampaikan kadang-kadang rasa macam cerita hindustan gitu.  Details? Tak perlulah aku ceritakan. Ye dak... :)

Tahniah!
Tahniah!

Ok berbalik pada trip kali ni. Aku macam eksaited sikit sebab penerbangan kali ni akan menggunakan KLIA2. Kire kami perasmi-perasmi KLIA2. Ceh padahal dah sebulan kot KLIA2 beroperasi.

Disebabkan eksaited hah hambik semua tempat kami tangkap gambar. Bilik air, tempat baring-baring di KLIA 2, aerobridge, kedai-kedai. Perghh dah macam hotel ku lihat. Tapi perjalanan bertambah jauh rasanya. Naik lenguh bahu mengendong anak panda dibahu.

Owh sebelum terlupa, sebenarnya ada beberapa orang dah selamat tiba di Hong Kong. Aku sempat menyerahkan tourbook guide yang dibuat dan beberapa bekalan makanan kepada Razat sebelum mereka ke Hong Kong.


Pergi

LCCT
04/06/2014 (4.40 pm) – Hong Kong Airport (20.35/8.35pm)


Touch down di bumi Hong Kong dalam pukul 8.35 malam. Airport Hong Kong ni lain dari yang lain dari airport yang pernah aku pergi. Sebab airportnya menggunakan train untuk ke arrival hall dan kami kena naik train untuk mengambil luggage dan ke imigresen hall, tapi sekejap jak lah dalam train tu, senang aja ikut ja orang-orang yang sama flight dengan kita tadi. Psst masa ni aku blur kejab sebab macam tak pernah berjumpa pasal train ni. 

Settle urusan imigresen dan amik luggage (bagi yang berkenaan), aku mula mencari kaunter menjual octopus card. So aku beli octopus card (min HKD 150= RM 65) dan mula mengumpulkan brochure-brochure mengenai Hong Kong. 

Antara brochure penting yang aku ambil ialah

Map - MTR (ini merupakan pengangkutan utama kami nanti)
Map Disneyland 
Route map ferry Hong Kong (aku tak sure kenapa aku ambil brochure ni)
Route map tram (bas dua tingkat)

Kami book bilik di Lucky Hostel. 

Hotel Details

Lucky Hostel
731, Floor 13, Chun Yee Building, No.31, Nathan Road, Mong Kok
852-51172162, 852-23900287



Kami mengambil bas Airport A21 (33 HKD) untuk ke area Mong Kok dan turun di Argyle Centre di Mong Kok. Jangan risau dalam bas tu ada tulis Argyle Centre dan tempat-tempat lain. apa yang penting perlu peka keadaan sekeliling. Oh ya masa ni kami ber9 tau. Mula-mula aku memilih option naik MTR tapi harganya 88HKD dan ambil masa lebih lama berbanding airport bus. 

Info yang aku dapat dari pemilik Lucky Hostel...Korang baca lah eh...

When you get off at bus then then bus is go front but you walk back then across the road then you will see Rolex watch sign then walk straight then you will see our hostel sign at the main  road! No.731 Nathan Road ,Chun Yee Building, then walk up to 13 floor by lift
No need to get MTR from airport just airport bus
Coz it is cheaper and faster
MTR need 1hr 40 min and Airport bus just 45 min
And only 33per person for airport bus
But MTR need 88hk per person




Hah nampak senangkan? Tapi kalau baru sampai sesat barat tu adalah salah satu cabaran yang perlu dilalui setiap traveller. Nak senang? Amik tour. Hikss

Review tentang Lucky  Hostel
Opss tak bergambar

1)Hostelnya kecik dan private bathroom
Takde ruang bergerak pun. Jadi sesiapa yang book bilik untuk 2 orang tapi nak sumbat 3 orang terpaksa upgrade bilik kepada 3 orang. Hehehe

2)Hostel lama dengan semua kelengkapan adalah lama

3)Dekat dengan MTR. 
Kalau refer gambar di atas , warna merah tu adalah MTR exit

4)Agak dekat dengan Ladies Nite Market dan Temple Nite Market

5)Access transport dan convient shop senang

6)Harga boleh tahan mahal dan boleh tahan murah jika dibandingkan dengan hostel lain di Hong Kong




Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...