Skip to main content

Kota Kinabalu part 5

Hari ni kami pulangkan kembali kereta sewa kami. Sebabnya kerana nak menjimatkan perbelanjaan dan kami akan menghabiskan satu hari di Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Jadi rugi rasanya menggunakan kereta.

Kereta kami tinggalkan di tempat parking kereta Jeselton Point. Semalam kami sudah beli pakej ke pulau pilihan kami iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan dan melakukan parasailing. Beli tiket di kaunter dan kalau taknak buang masa, tak payahla survey harga setiap kaunter, semua sama tapi ada juga bagi diskaun hebat.Harga pakej yang kami perolehi dalam RM 150/pax untuk yang ambil parasailing dan RM 70/pax yang ambil pulau saja. Set snoorkeling kami sewa 2 set saja. Kami akan share set tu nanti. Kira oklah kot.
Dekat jer pun daratan dengan Taman Laut Tunku Abdul Rahman ni dalam 20 minit dah sampai

Buat pertama kali aku naik bot, aku rasa nak muntah... Hehehe
 Pulau Sapi
Overall aku lebih sukakan pulau Sapi berbanding pulau Manukan sebab lebih bersih berbanding Manukan cuma sama ramai orang.












Aktiviti parasailing yang aku sempat buat di Pulau Sapi. Cantik jer belon dia dan langit sangat-sangat membantu bersinar dengan cantik. Alhamdulillah tercapai hajat yang ni.. Member kat sebelah pulak dah pening lalat.. :P













Pulau Manukan
Manukan agak kotor dan aku pernah melabelkan laut dia macam pasaraya sebab dasar air penuh dengan sampah sarap. Dan paling best...hihi aku jumpa duit RM 20. Agak-agak korang kalau aku tanggalkan life jacket tu dapat tak duit tu? Hahahaha memang taklah aku nak buat. Tak pasal-pasal masuk dalam Borneo Post pasal aku lemas sebab nak dapatkan duit RM 20.





disebalik keburukan tersembunyi kebaikan Pulau Manukan ni dimana disini lebih banyak fasiliti berbanding pulau Sapi. Ada restoren, bilik mandi besar dan sebagainya...

Kami balik ke apartment dengan menaiki teksi dan kemudian bergegas ke airport dengan menaiki shuttle hotel. Aku tak ingat berapa perlu dibayar untuk menaiki shuttle ini. Selamat tinggal Kota Kinabalu. Aku pasti akan datang semula ke sini untuk mengutip apa yang tertinggal disana...............








Comments

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...