Skip to main content

Kota Kinabalu Part 4

Turun dari Kundasang, kami mula mencari apartment kami dengan bantuan Mr GPS yang suka membebel. Hiks.
Kami memilih untuk stay di Promenade Apartment. Sebenarnya Promanade ni ada apartment dan hotel jadi jangan tersilap pergi ya...
Bayaran semalam adalah RM 50 semalam. Puh sangat berbaloi-baloi wei. Bahagi dua baru RM 25 seorang. Paling berbaloi-baloi ialah disini disediakan pantry dan boleh memasak. Ala-ala service apartment. Tapi harga yang kami dapat tu harga promotion ya. So kalau nak stay disini, kena selalulah buka laman web dia.   boleh click link promenade apartments. Apartment ni juga dekat dengan main attractions termasuk The Hard Rock Cafe. Kira boleh jalan kaki jerlah.

Keesokan harinya kami ke Muzium Sabah. Laila membebel ntah-ntah orang Sabah pun tak kesini. Aku pulak fikir, aku taknak membazir RM50++ semata-mata nak masuk Monsopiad Cultural Village atau Mari-Mari Cultural Village. Sebab bila baca macam lebih kurang sama jer cuma harga dia beza memang berbeza. Hiks. Tapi nak merasa boleh saja. Cuma untuk kami yang kurang bajet, terpaksa skip yang tu.









Info muzium sabah dan rumah budaya Sabah

Dengan bayaran RM 3, kami masuk ke Muzium. Seluruh pelusuk muzium kami jelajah. Setiap info kami baca sampaikan info tentang Kesultanan Sulu pun ada disana. Turun je dari muzium, aku terus ke kaunter pertanyaan. Aku sebenarnya tak puas hati sebab aku dapat info lain tapi kenapa hanya muzium dan artifak saja menunggu kami?? Macam-macam soalan aku tanyakan tapi jawapannya mendukacitakan sehinggalah soalan terakhir aku.

"Dik boleh bagi map muzium ni tak"

Dapat jer map, memang muka aku berubah 360 darjah la. Sebab apa yang dicita-cita dapat. Wah! Sebab aku dapat map menuju ke rumah budaya. Kedudukan rumah budaya ni agak tersembunyi dari pandangan luar dan pelancong perlu explore sendiri
 
Titi gantung lagi... Wahaha (TT)
Sampai di rumah budaya, mata aku terbuka besar sebab terdapat banyak rumah tradisional seperti Rumah Panjang Rungus, Rumah Bajau, Rumah Brunei, Perahu Lipa Pasil, Rumah Pekebun Cina, Rumah Suluk, Rumah Lotud, Rumah Panjang Murut, Rumah Bisaya dan sebagainya. Berbaloi-baloi beb..









Banyak lagi rumah yang kami skip sebab penat dan kaki dah mula terasa lenguh. Hiks... Tapi memang berbaloilah datang kesini cuma ada sesetengah rumah perlu dibaik pulih dan dipelihara oleh pihak Muzium. Macam yang aku sebutkan tadi semua kita perlu explore sendiri sebab tiada orang menyambut kita.

Oleh kerana kami capek, kami skip Taman Tamadun Islam, Taman Bunga dll..


Ada padi lagi.. Boleh berjalan tau dia atas batas dia





Penat ke Muzium kami ke Universiti Malaysia Sabah. Cadangnya nak melawat cik sengal  tapi dah alang-alang kesana kami ke Aquarium & Marine Museum. Info disini  untuk memberi peluang si kecil pula merehatkan minda dia. Malangnya masa kami sampai muzium tutup dan akan dibuka selepas lunch hour. Kami ke penghujung (rasanyalah) UMS dan dapat lihat pemandangan macam ni. Wah beruntungnya warga UMS dapat lihat laut sepanjang masa. 



 Mula-mula aku dan Laila malas nak masuk sebab rasa ala biasa-biasa jer akuarium ni dah tu mahal pulak. Hihi untuk orang-orang kedekut macam kami. Lepas tu sajalah parking kereta tertiber sampai di kaunter pertanyaan. Tanya harga tiket berapa. Guess what?? Dorang tanya pelajar ker? Hihihi muka kiteorang macam pelajarlah! Senyum jerlahkan. Ok last-last kiteorang masuk dengan harga pelajar. Kikiki..




Bagi pandangan aku, not badlah akuarium ni. Boleh merasa pengalaman baru.

Okeh dah menjamu sikecil dengan aquarium, giliran kami pula menjamu mater di Pasar Filipina... Wah! wah! wah lagi. Membeli tak ingat dunia gitu.



Comments

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...