Skip to main content

Trip Sempoi Ke Ganu Kite - Pulau Redang

Selepas sarapan dan menapau makanan dari rumah mak Nani, kami berkonvoi ke jeti Syahbandar Kuala Terengganu untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Redang. Wah memang pakej percutian kali ini memang best. Sebab kami cuma beria-ria mencandat sotong tapi Nani masukkan trip ke pulau Redang. Ini sudah menarik. 3 in 1 orang kata..

Kuala Terengganu menyambut kedatangan kami dengan hujan renyai tapi itu bukan masalah. Kami redah juga hujan renyai selepas parking kereta dan bila tiba di kaunter, tiba-tiba rasa down sebab tengok ramai sedang beratur membeli tiket feri. Adakah tempat untuk kita Nani?? Dah teruja ni. Tunggu Nani beli tiket lama juga. Hati dah berkata-kata janganlah tak jadi.. Sob, sob..

Rupanya Nani dengan temannya sedang beli tiket feri dibelakang kaunter. Hehehe.. Kes kiteorang special sikit dan harga pun special sikit. Alhamdulillah...
Harga tiket feri ialah :

Orang tempatan (orang Ganu) - RM35.00/sehala
Orang Malaysia (bkn orang Ganu) - RM55.00/sehala
Penduduk Redang/staff Taman Laut - RM25.00/sehala

Jadual feri ke Pulau Redang dari jeti ni cuma ada 3 kali sehari, 9.00 pagi, 10.30 pagi dan 12.30 tengah hari, bergantung pada keadaan cuaca. Dan pulang pula 2kali sehari iaitu 7.00 pagi dan 1.30 petang.

Untuk ke Pulau Redang, cuma ada dua jeti saja menawarkan feri kesana iaitu
* Feri ke Redang di jeti Syahbandar adalah di bawah kelolaan Taman Laut.
* Jeti Merang. Untuk bot ke Merang semua perkhidmatan bot adalah milik persendirian. Tambang bergantung pada jenis bot (average tambang ialah RM80.00/return/person) dan masa perjalanan bergantung pada penumpang itu sendiri. Group yang akan kami jumpa selepas ini terpaksa naik di Jeti Merang sebab kehabisan tiket kerana memberi laluan pada kami. Alhamdulillah..

Apa itu Taman Laut? 
Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah, kecuali Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh satu batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Boleh refer link ini untuk keterangan lanjut.

Feri tiba, kami naik dan aku terus lelapkan mata. Apa tidur lagi????  Makin enak tidur bila feri meredah laut China Selatan ini.. ZzZzZ



Kira-kira dua jam kemudian kami pun sampai ke Kampung Baru Pulau Redang. Ramai pemandu pelancong sedang tunggu customer mereka. Kami? Ntahlah ikut saja ibu (Nani) bawa kami ke mana. Nani bawa kami ke gerai makan berhampiran jeti. Aku dan Anne sempatlah mencapai beberapa fridge magnet dikedai sebelah. Lepas tu baru join mereka semua minum-minum sementara tunggu seseorang. Tahun 1999 dulu aku ingat lagi masa ke Pulau Perhentian. Makanannya bukan main mahal. Breakfast saja RM 15 tapi gerai disini charge harga standard tanah besar. Hmmm.. zaman sudah berubah nampaknya.





tengok ramai tak pengunjung? Sampai pakai lori angkut beg..

kenderaan kami tiba
Oleh kerana kami tidak menggunakan sebarang pakej di Pulau Redang, kami terpaksa menagih kasih pada yang sudi. Terima kasih pada Cik Umie (kawan Nani) sebab menyambut baik kehadiran kami. Kami kemudiannya dibawa ke Taman Laut Pulau Redang.



Bayaran masuk ke taman laut ialah RM 5 dan perlu dibayar semasa di jeti Syahbandar tapi kami tak dikenakan sebarang bayaran masuk sebabnya kami bersama 'orang penting'.. Hihihi.. Alhamdulillah.. 
Tiba saja di taman laut perkara pertama yang kami lakukan ialah makan. Puh dengan tiupan angin laut yang menampar-nampar pipi kami, makanan yang dibawa terasa bertambah sedap. Selepas tu kami apa lagi siap-siap nak meneroka laut yang terbentang luas ni. Jom tengok gambar yang tak seberapa ni..







jeti kami di Taman Laut Pulau Redang






KAMI...

 Okeh lepas tu kami pun apa lagi... Siap sedia nak bersnoorkel. Oleh kerana peralatan snoorkel tak cukup kami perlu bergilir-gilir menggunakan life jacket, google dan mask. Aku adalah antara yang terawal bersnoorkel padahal tak pandai berenang. Bukan apa, nak lepas gian sebab gagal di Krabi bulan dua lepas. Hehehehe..

Wow, marveles lah pemandangan dalam laut pulau redang ni. Dengan ikan-ikan yang berwarna warni dan batu karang yang cantik, aku terasa aku berada dalam aquarium tanpa sempadan. Lebih menarik lagi kata Nani kalau aku ke kapal yang senggaja dikaramkan untuk menjadi tukun/rumah ikan-ikan tapi apakan daya aku kurang mampu mengayuh kesana. Takpe nanti cuba lagi..  Eh... Ada niat nak merepeat paper Redanglah tu. Yer betul!!

MAAF TIADA GAMBAR DALAM LAUT UNTUK DIKONGSI KERANA TIADA KAMERA WATERPROOF (TT)


ok masuk wishlist - kamera waterproof







Comments

  1. Lama betul tak singgah sini...nak baca semua entry tertunggak..giteww..hhihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. siler2 JM.. Hehehe singgah blog JM baca pasal Vietnam. Adeh tak keruan tgk kain-kain dr Vietnam. Mampukah saya tahan napsu napsi jgn membeli? hahaha kita tgk nanti...

      Delete
  2. Besnta pergi pula redang...terign sgt nak pegi bial baca entry kawan2 yg dh sampai kat sana..tapi bila lah agaknya ye hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. Insya Allah nnti JM mesti sampai.. Mencandat pun JM dah kan.. =)

      Delete
  3. Kire blh g ondespot la amek feri tuu?? Blh bwk mknn sdri tkk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. better pergi awal pagi untuk elakkan kehabisan tiket dan tempah hotel siap-siap untuk ambil awak bila sampai disana nanti. Makanan boleh jer bawak.. jangan risau..

      Delete
  4. salam..untuk tiket taman laut,memang kena beli kat jeti syahbandar ke?camne pulak kalau nk naik dari jeti merang?still kena beli dekat syahbandar ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. tiket feri ke redang boleh dibeli di jeti syahbandar. Di Merang tu option kalau feri kehabisan tiket dan harganya lebih mahal sebab ia diuruskan oleh orang persendiriaan.. maaf kalau silap

      Delete
  5. Salam. hye izza..sya nak tanya dari jeti shahbandar ke pulau redang. resort yang mne terdekat dengan jeti pulau redang?..ini kali pertama sya nk ke sana.

    ReplyDelete
  6. wsalam
    hye saya abie.. erm saya kurang pasti sebab sy tak deal dgn mana-mana resort/chalet disana. kami ke lokasi lain..

    ReplyDelete
  7. Wsalam. Alamak kene gogel tu. Sy takde info dan semuanya disettlekan oleh kawan saya. Maaf tak dapat membantu.

    ReplyDelete
  8. Slm..sy seorg runner pekej bercuti bbrpe resort/chalet kt pulau redang..
    Kpd sesiape yg berminat nk ke sana boleh call/wasap kt no..
    0179799773 atau lawat fb page sy di..
    Blackyellowholiday

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad