Habis mandi manda kami dibawa ke Pulau Mat Kepit.
Ikut planningnya kami akan menuju ke Pulau Mat Kepit. Sebelum ke Terengganu, aku sempat search dalam ankel gugel dimanalah pulau Mat Kepit ni tapi malangnya tak jumpa info mengenainya. Pulau ini seakan-akan tidak wujud dalam peta ankel gugel. Ini menyebabkan aku rasa terlebih eksaited.
Sampai jer di Pulau Mat Kepit rupanya nama pulau itu Mak Kepit. Ikut signboardnyalah. Aku sendiri tak pasti sama ada Pulau Mat Kepit atau Pulau Mak Kepit.
Yang aku pasti pulau ni merupakan salah satu pulau pendaratan penyu bertelur dan ia adalah pulau private (tidak dibuka kepada umum). Ini kerana pulau ni merupakan tempat pemeliharaan dan pemuliharaan penyu-penyu yang datang mendarat. Kita pun sedia maklumkan kalau dibiarkan penyu-penyu jatuh ke tangan tidak bertanggungjawab akibatnya pupuslah haiwan ini. Kami bernasib baik kerana terpilih ke pulau ini bersama ahli Kelab Pencinta Penyu (CITRA). Entry sebelum ni aku ada ceritakan yang ada group terpaksa naik di Jeti Merang sebab kehabisan tiket kerana beri laluan kepada kami. Hah merekalah.
Sampai di pulau ni, memang sempoi sebab hanya disediakan dua buah chalet (1 lelaki dan 1 perempuan) manakala bilik air pun basic saja. Aku kira keluasan bilik tu dalam 10 kaki x 10 kaki? Kami dahlah 12 orang campur lagi ahli perempuan Kelab Pencinta Penyu dalam 6 orang. Dengan bag kami lagi yang super duper banyak... So how?
Aku sempat berjalan-jalan sekitar kawasan pulau Mat Kepit sebelum matahari melabuhkan sinarnya
Pabila matahari sudah melabuhkan sinarnya aku dan yang lain-lain bersiap-siap untuk ke sesi taklimat.
Lepas dah bersiap-siap, renjer disini (opps aku lupa namanya) dan pengerusi kelab CITRA memberi taklimat ringkas yang perlu kami patuhi ialah :
Kami agak bertuah sebenarnya kerana malam itu kami berpeluang merasai pengalaman penyu menetas. Ada telur penyu yang matang (2 bulan) malam ini dan renjer membenarkan kami melihatnya. Hanya satu pesannya agar tidak terpijak anak penyu.
Renjer juga menunjukkan yang penyu memang diancam kepupusan. Ya ia berlaku didepan mata kami. Bila anak-anak penyu masuk dalam air, anak penyu yang tidak bernasib baik akan dimakan oleh ikan yu. Ya ikan yu. Kami nampak air bergelora dan sirip ikan yu berlegar-legar digigi pantai. Penyu bukan saja diancam oleh ikan-ikan besar dilautan sana, ia juga diancam oleh nelayan-nelayan eksotik dan juga telur penyu juga dijual. Errr sebenarnya sebelum ke Terengganu,aku teringin nak makan telur penyu tapi aku dah buang perasaan teringin jauh-jauh kerana tidak mahu menjadi penyumbang kepada kepupusan penyu.
Selepas tu kami dibawa ke area penyu bertelur. Errr maaf tiada gambar untuk dikongsi kerana sedih dengan hasilnya...(TT)
Info yang aku perolehi ialah
So kesimpulannya malam ni kami merasai pengalaman penyu menetas, penyu bertelur, penyu berkubang dan penyu membuat lubang.
Dalam pukul 11 malam, tengok-tengok ramai dah hampar sleeping bag dan tikar di atas pantai. Oh ya, oleh kerana chalet kami tidak mampu menampung kepadatan kami, jadi kami pilih untuk tidur diatas pantai. Ya berlantaikan pasir, berbumbungkan langit dan berkipaskan angin-angin sepoi bahasa. Mujur aku bawa sleeping bag kalau tidak memang kesejukanlah aku. Oleh kerana aku terlebih tidur pagi tadi maka mata ni masih segar. Aku dan Anne sepakat kembali ke chalet untuk menunaikan apa yang tertunggak. Sempat jugalah bersembang Fathi sampai pukul 1 sebelum kembali ke katil pasir kami. Hihihi.. Mula-mula susah juga mata ni nak lelap sebab sakit-sakit badan berenang pagi tadi namun dengan angin sepoi-sepoi bahasa... aku akhirnya terlelap... hihihi..
Dalam pukul 3 pagi, kami dikejutkan oleh makcik-makcik CITRA. Hujan!!!! Semua lari masuk ke chalet. Dalam chalet semua pening sebab tak tahu nak baring ke mana. Ahli yang tidur dalam chalet yang sedang enak buat kuak lentang di atas katil terpaksa mengecikkan badan seperti udang dibakar, yang sedang enak beradu diatas sofa terpaksa tidur duduk. Ada yang terpaksa tidur didepan pintu tandas, pintu depan dan ada yang terpaksa tidur diberanda chalet. Aku tidur dihujung-hujung katil bersama enam orang lagi. Kalau aku jatuh katil, Annelah kena. Hihihi kenangan sungguh.
Ikut planningnya kami akan menuju ke Pulau Mat Kepit. Sebelum ke Terengganu, aku sempat search dalam ankel gugel dimanalah pulau Mat Kepit ni tapi malangnya tak jumpa info mengenainya. Pulau ini seakan-akan tidak wujud dalam peta ankel gugel. Ini menyebabkan aku rasa terlebih eksaited.
Sampai jer di Pulau Mat Kepit rupanya nama pulau itu Mak Kepit. Ikut signboardnyalah. Aku sendiri tak pasti sama ada Pulau Mat Kepit atau Pulau Mak Kepit.
Yang aku pasti pulau ni merupakan salah satu pulau pendaratan penyu bertelur dan ia adalah pulau private (tidak dibuka kepada umum). Ini kerana pulau ni merupakan tempat pemeliharaan dan pemuliharaan penyu-penyu yang datang mendarat. Kita pun sedia maklumkan kalau dibiarkan penyu-penyu jatuh ke tangan tidak bertanggungjawab akibatnya pupuslah haiwan ini. Kami bernasib baik kerana terpilih ke pulau ini bersama ahli Kelab Pencinta Penyu (CITRA). Entry sebelum ni aku ada ceritakan yang ada group terpaksa naik di Jeti Merang sebab kehabisan tiket kerana beri laluan kepada kami. Hah merekalah.
Sampai di pulau ni, memang sempoi sebab hanya disediakan dua buah chalet (1 lelaki dan 1 perempuan) manakala bilik air pun basic saja. Aku kira keluasan bilik tu dalam 10 kaki x 10 kaki? Kami dahlah 12 orang campur lagi ahli perempuan Kelab Pencinta Penyu dalam 6 orang. Dengan bag kami lagi yang super duper banyak... So how?
Aku sempat berjalan-jalan sekitar kawasan pulau Mat Kepit sebelum matahari melabuhkan sinarnya
setiap batang kayu itu bermakna ada lebih kurang 100-200 biji telur penyu didalamnya |
Air terjun di Pulau Mat Kepit. Tingginya lebih kurang 3 ke 4 kaki. Dalamnya terdapat anak udang |
Antara makanan malam kami. Makcik tu salah seorang ahli kelab CITRA |
Pabila matahari sudah melabuhkan sinarnya aku dan yang lain-lain bersiap-siap untuk ke sesi taklimat.
Lepas dah bersiap-siap, renjer disini (opps aku lupa namanya) dan pengerusi kelab CITRA memberi taklimat ringkas yang perlu kami patuhi ialah :
- electricity akan dihentikan selepas 12 tengah malam - untuk merehatkan generator
- tidak boleh menggunakan lampu picit di malam hari - sebab lampu picit akan mengganggu penyu yang hendak naik bertelur,
- jika ingin ke tandas atau kemana-mana perlu berteman terutama bagi perempuan- bahaya
- dilarang bebas berjalan-jalan kerana dikhuatiri terpijak telur penyu atau anak penyu yang akan menetas.
- perlu pakai baju gelap - baju cerah akan menakutkan penyu (tapi malam tu bulan mengambang, jadi pakai baju cerah lebih sesuai daripada baju gelap
Kami agak bertuah sebenarnya kerana malam itu kami berpeluang merasai pengalaman penyu menetas. Ada telur penyu yang matang (2 bulan) malam ini dan renjer membenarkan kami melihatnya. Hanya satu pesannya agar tidak terpijak anak penyu.
menarikkan? anak-anak penyu baru menetas... err abaikan gambar yang super duper tak cantik tu |
ini saja yang kamera aku mampu lakukan.. (TT) |
Selepas tu kami dibawa ke area penyu bertelur. Errr maaf tiada gambar untuk dikongsi kerana sedih dengan hasilnya...(TT)
Info yang aku perolehi ialah
- Penyu ialah haiwan yang setia. Menurut renjer yang berpengalaman selama 20 tahun mengatakan bahawa penyu yang menetas kemudian ke berhijrah bertahun-tahun akan kembali semula untuk bertelur. Dan ia rahsia alam yang masih dikaji hingga ke hari ini
- Penyu tidak akan naik bertelur jika ia merasakan dirinya terancam dan akan kembali semula dalam masa 10 hari - Ini terbukti bila ada seekor penyu yang kelihatan ragu-ragu untuk naik atau tidak. Akhirnya ia turun semula kelautan
- Musim penyu bertelur ialah sekitar bulan Mac hingga September
- Kebiasaanya penyu yang akan memilih tempat bertelur dibawah pokok/tempat redup untuk bertelur anak betina dan tempat lapang bagi anak jantan (maafkan aku jika info ini salah kerana aku ingat-ingat lupa)
- Proses bertelur mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Proses ini bermula dengan penyu naik ke pantai, mencari lokasi bertelur, membuat jalan untuk mengelirukan pengemar-pengemar telur penyu, proses 'mandi pasir', bertelur hinggalah mengambus kembali sarangnya dan kembali ke pantai semula.
- Kami tidak boleh menganggu penyu-penyu yang sedang melalui proses ini tapi dibenarkan mendekati penyu semasa ia bertelur dan mengambus pasir. Proses sebelum itu tidak dibenarkan kerana penyu dikhuatiri akan kembali ke lautan semula. Penyu merupakan haiwan yang panas baran.
- Kedalaman sarang yang digali purata 60 cm dan seekor penyu mampu bertelur 70-120 biji dalam satu masa.
- Penyu yang sudah bertelur akan berkubang. Macam mandi la tapi mandi pasir sambil kambus lubangya
- Jika penyu naik dan cengkerangnya ada sisik. Pegawai bertugas perlu membuangnya kerana ia akan merosakkan cengkerangnya.
So kesimpulannya malam ni kami merasai pengalaman penyu menetas, penyu bertelur, penyu berkubang dan penyu membuat lubang.
Dalam pukul 11 malam, tengok-tengok ramai dah hampar sleeping bag dan tikar di atas pantai. Oh ya, oleh kerana chalet kami tidak mampu menampung kepadatan kami, jadi kami pilih untuk tidur diatas pantai. Ya berlantaikan pasir, berbumbungkan langit dan berkipaskan angin-angin sepoi bahasa. Mujur aku bawa sleeping bag kalau tidak memang kesejukanlah aku. Oleh kerana aku terlebih tidur pagi tadi maka mata ni masih segar. Aku dan Anne sepakat kembali ke chalet untuk menunaikan apa yang tertunggak. Sempat jugalah bersembang Fathi sampai pukul 1 sebelum kembali ke katil pasir kami. Hihihi.. Mula-mula susah juga mata ni nak lelap sebab sakit-sakit badan berenang pagi tadi namun dengan angin sepoi-sepoi bahasa... aku akhirnya terlelap... hihihi..
Dalam pukul 3 pagi, kami dikejutkan oleh makcik-makcik CITRA. Hujan!!!! Semua lari masuk ke chalet. Dalam chalet semua pening sebab tak tahu nak baring ke mana. Ahli yang tidur dalam chalet yang sedang enak buat kuak lentang di atas katil terpaksa mengecikkan badan seperti udang dibakar, yang sedang enak beradu diatas sofa terpaksa tidur duduk. Ada yang terpaksa tidur didepan pintu tandas, pintu depan dan ada yang terpaksa tidur diberanda chalet. Aku tidur dihujung-hujung katil bersama enam orang lagi. Kalau aku jatuh katil, Annelah kena. Hihihi kenangan sungguh.
Comments
Post a Comment