Skip to main content

Deactivate Facebook??

Aku sudah meng'deactivate' facebook ku. Bukan sebab lari, bukan sebab nak biar orang tercari-cari dan bukan sebab nak biar orang merindui aku. Cewah! Macam ada jer orang nak merindu.. :P

Aku deactivate facebook sebab aku baru terperasan sesuatu dekat ruangan search. Kalau click kat ruangan search tu lepas tu type nama yang ingin dicari. Lepas tu kita click sebelah kiri sekali nama yang kita search. Ruangan search tu akan appear macam ni.

Pinjam FB orang lain

Lepas tu kita click di photo of ....... (yang kita type tu). Magic, magic and magic bila orang yang privatekan gambar dia (yang ditag yea)  pun kita boleh tengok. Owh no.... Maksudnya orang ramai boleh tahu apa aktiviti kita. Dan paling magic walaupun kita bukan kawan still si dia boleh mengakses aktiviti kita.

Ini tidak bagus sebab kita kan dah setting private tapi orang luar boleh mengakses gambar kita dengan mudah. Orang luar tu mungkin pakwe lame, musuh kita dulu ler atau orang yang suka stalk kite.

Pilhan aku?? Deactivate jerlah FB sebelum jumpa penyelesaian dia. Wah!!! Terputus sudah aku dengan dunia FB... Okey FBians, pilihan ditangan anda.... Kikiki

Don wori aku masih boleh dihubungi melalui
email - izza_dude06@yahoo.com


Comments

  1. fuhh memang beranilah, izza publish no phone hehehe...

    sebut pasal fb, akaun saya tu pun dah macam 'hidup mati segan tak mau...' dah takde hati nak masuk situ huhuhu

    ReplyDelete
  2. Bkn sbb apa zilla. Sy risau org ckp sy deactivate sbb lari lak. Sbb sy pun meniaga online gak... Insya Allah takde pape..

    ReplyDelete
  3. saya tak berani nak deactivate FB time dok sensorang ni.. mengade tak..hahahaha

    ReplyDelete
  4. Zette.. dok sengsorang? awak sekarang kt mana? saya suka dengan trip Tioman awak.. eh tertiber..
    yerp saya pun tak berani deactivate FB kalau berjalan keluar negara sebab FB ni penghubung kepada semua ahli keluarga. Tapi nak buat camno setting FB menggeramkan hati dan jiwa.. hehehe
    p/s sekarang FB ada setting baru lagi.. eiiiii

    ReplyDelete
  5. JM pun dah lama tak active dalam FB tapi masih belum deactivate..kekadang cam tak privacy pulak kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl JM.. sekarang dh tak privacy. bukan nak berahsia bagai tapi sepatutnya FB kene 'ikhlas' dalam menetapkan setting dia. kenkadang terfikir pula yang ada betulnya FB ni ada kaitan dgn agent FBI, CIA dll yang pernah dikaitkan dulu.. hihihihi..

      Delete
  6. ai tak kisah dgn FB tu, ada ke tak ke, sama je.. gambor2 mmg takde, status hanya sesekali.. nak komen sana sini, jauh sekali.. hikhikhik..
    takde FB pun kita still boleh berhubung, no hal punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Anne.. sebelum ni pun kita kenal bukan melalui FB tapi melalui blogkan.. so takde fb ai, yu dan semua masih boleh idup.. kikiki

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...