Skip to main content

Surabaya - Kami datang, kami sentuh dan kami rasa keindahannya - Hari kedua (petang)

Lepas dah check out mulalah operasi mencari air terjun Madakaripura. Aku pula memulakan operasi apa yang tertunggak. Yolah ngantuk kot bangun pukul 3 pagi. Route kami hari ni ialah Bromo -Madakaripura - Malang. Owh apa yang best di Madakaripura? Hehehe..
Sebenarnya Surabaya ni kurang info dan setiap pengunjung perlu explore/cari sendiri tempat menarik disana. Patutlah bila jiranku katakan yang Surabaya ni bandar kedua terbesar selepas Jakarta aku macam tenganga sikit. Hehe...Okeh info tentang air terjun ni aku dapat dari FB super duper senior aku MR Wong Kong. Dia kerja di Surabaya dan buat part time travel agent. Leh add dia untuk info mengenai Surabaya.. :)

 Setiba di kawasan air terjun Madakaripura kami disambut oleh pengemudi jalan. Oh ya kalau nak pakai mereka pun boleh kalau taknak pakai pun boleh tapi tanggung sendiri sebarang risiko. Lagipun mereka cari makan dengan cara begitu jadi tak salah rasanya beri sedikit sumbangan atas titik peluh mereka. Mula-mula kami sangka air terjun Madakaripura tu dekat jer. Bila disoal selidik rupanya hampir 1 km berjalan barulah kami akan berjumpa dengan air terjun yang bersembunyi itu. Bukan senang nak lihat keindahan air terjun Madakaripura yang bersembunyi tu. Kami terpaksa melintas hampir/lebih enam anak sungai ( maksudnya bila jalan mati didepan maka kami terpaksa melintas anak sungai diseberang lepas tu bila jumpa jalan mati diseberang kami kena melintas lagi). Batu-batuan yang kami lintas tu bukanlah macam bertrek bagai tapi batu sungai yang kadang kala besar dan kadang kala kecil. Silap langkah mau jatuh dalam air. Hah inilah gunanya pengemudi jalan yang aku maksudkan tadi. Mereka akan tunjukkan jalan, tolong kami melintas dan pegangkan bag kami.

Oh ya sebelum aku lupa. Kalau nak ke sini adalah lebih baik berpakaian sports dan kasut pun pakailah yang jenis grip. Aku tak pakai kasut sukan pun tapi aku pakai kasut crocs. Senang, ringan dan cepat kering.

aku punya design warna biru tu.. pic pacik gugel

 Okeh cerita banyak nanti penat lak korang nak baca.. Moh layan gambar.. Err saya bukan photographer profesional.. hehehe

hah inilah gunanya pengemudi ni.. hehehe.. setiap kali melintas anak sungai

 Adoi tak sampai lagi. Mau semput kiteorang.. Sebab tak dengar pun deruan air terjun yang kami cari....

kita jalan lagi


hah lintas lagi



kedai ditengah hutan. Siap ada pisang goreng



adik ni penjual plastik dan baju hujan
 Disini kami bertransformers. Hehehe. Kiteorang mula pakai baju hujan yang dah dibawa siap-siap dari Malaysia. Baju hujan saya warna pink u. Hoho takde dalam gambar. Kamera dslr saya sembunyikan dalam baju hujan. Tapi kadang-kadang saya keluarkan jugak. Meh layan gambor lagi...

hah.. dah jumpa sikit.. Subhanallah..

masuk dalam sikit. Subhanallah. Indahnya ciptaanNya



Yeay dah sampai

Tengok airnya.. Cantikkan

Okeh nak ke sini perlukan kita meniti tepian lereng bukit yang berbatu. Kami perlu berhati-hati dan perlu pegang pengemudi.. Hasillnya.. Lihatlah sendiri. (^^)
Menurut pengemudi tu katanya air ni tingginya sedalam 8 meter dan tidak dibenarkan bermandi manda disini. Dan bahaya jika kepala air datang. Lihat tepi gambar tu.. Tu semua ranting, dahan dan ada batang balak ditepi kolam tu. Oh ya sebenarnya kolam  ni penghujung jalan. Tepi kiri kanannya dikelilingi oleh batuan.. Meh tengok  lagi

teringat sama gunung kidul



Okeh jom balik. Hari daha petang sangat ni.





Gadjamada.. Owh aku dah lupa pasal sejarah ni


Info mengenai air terjun Madakaripura
Air Terjun Madakaripura adalah salah satu air terjun di kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru.  Air terjun ini memiliki ketinggian sekitar 200 m dan berbentuk ceruk yang dikelilingi tebing-tebing yang menjulang tinggi yang meneteskan air membentuk tirai pada seluruh bidang tebingnya seperti layaknya sedang hujan, 3 di antaranya bahkan mengucur deras membentuk air terjun lagi. Ada sekitar lima terjunan air di lokasi ini dengan air terjun utama berada di ujung sebuah ruangan berbentuk lingkaran berdiameter sekitar 25 m.

Di balik air terjun utama terdapat sebuah goa dimana untuk mencapainya sangat sulit karena harus melewati kolam air seluas 25 m2 yang ada tepat di bawah air terjun tersebut.  Kedalaman kolam ini sekitar 7 m dan memiliki arus air yang sangat deras.

Menurut penduduk setempat nama Madakaripura berarti ‘tempat terakhir’ yang diambil dari cerita pada jaman dahulu, konon Patih Gajah Mada menghabiskan akhir hayatnya dengan bersemedi di lokasi air terjun ini (di sebuah goa di air terjun utama tersebut).  Cerita ini didukung dengan adanya arca Gajah Mada di tempat parkir area tersebut

Okeh kita jumpa di Malang pula lepas ni...

Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...