Inilah hotel yang kami tidur di Malang. Err sebenarnya aku n the gang agak konpius perbezaan antara Malang dan Batu.
Pasar Ahad. Ini special request dari Awa. Katanya untuk memahami penduduk setempat tempat paling cocok adalah dengan ke pasar mereka. Wah, saya suka..saya suka... Tapi sayangnya pasar ahad ini telah dinaik tarafnya. Tiada lagi istilah wet pasar atau jual barang-barang yang pelik. Bagi ku ia ibarat pasar tani/pasar pagi saja yang jual lebih kurang sama barangnya. So layankan jerlah. Tiada apa yang menarik dipasar ini cuma kami sempat ke stadium berhampiran untuk melihat persembahan gamelan disana. Boleh tahan bagiku. Kami sempat juga mencuba pelbagai makanan disana. Oh ya, ada sesetengah gerai ada meletakkan tanda halal. Makanan halal adalah pilihan kami. (^^).
Kami tak habis meround keseluruhan pasar sebab kebanyakannya sama. Jadi kami balik ke mobil untuk ke destinasi seterusnya. Hoho tiada gambar untuk dikongsi dipasar ini.
Lepas tu kami bertungkus lumus pula baca peta untuk ke rumah kawan Awa. Hahaha inilah gunanya google map dan internet. Untuk mencari jalan yang lurus. Aku tersilap bagi direction kerana salah baca dalam gogel map mujur adanya Yatt untuk menunjukkan jalan sebenar. Alhamdulillah kami tiba dirumah kawan Awa setelah sesat selama 2 jam (kot).
Kemudian kami ke destinasi seterusnya iaitu ke ladang Apel (Epal). Yeay!! Destinasi ini pun kurang dikunjungi oleh pengunjung dari Malaysia. Mungkin kurang info atau tidak menarik (errr menarik apa epal kt kawasan khatulistiwa).. hehehe
Sebenarnya dalam perjalanan kami ke ladang epal tu kami dihiasi dengan pemandangan Gunung Arjuno. Wah mulalah nak menyanyi lagu Dewa ni.
Akulah arjuna...
yang mencari cinta...
Wahai wanita...
Cintailah aku...
Erkk!! agak-agak siapalah yang sudi menyanyikan lagu ni pada aku.. Errr takperlah nyanyi sendiri-sendiri jerlah (TT)
gunung Arjuno yang sering diselubungi awan |
Okeh kiteorang dah sampai ke ladang epal. Untuk pengetahuan semua, di Malang/Batu (err sy konpius-nilah natijahnya kalau asyik tido dan tido dalam mobil..hehehe) banyak menghasilkan epal/apel. Sempat juga aku menginterview pemilik kebun apel tu sama ada apel ini untuk dieksport ke atau kegunaan penduduk setempat? Jawapannya untuk kegunaan penduduk dalam Indonesia saja.Wow, ladang-ladang banyak ni pun tak mampu menampung keperluan rakyat Indonesia. Ini yang menyebabkan aku nak balik kampung tanam pokok-pokok senang nak jual.. Untuk kegunaan rakyat Malaysia pula.
epal Ana. Rasanya lemak masam. Ada lagi satu jenis epal namanya aku lupa tapi rasanya manis sangat |
err ni bukan epal tapi jambu. sedap juga jambu ni. |
pemilik kebun epal ni. besarkan? saujana mata memandang |
zoom masjid. Cantik viewnya.. |
Bayaran masuk ke Kebun Epal ni dalam 6,000 Rp makan sampai kembung
Sekilo epal 10,000 Rp
Next ke Coban Rondo pula.. hehehe
Apa yang ada di sana... sama-sama kita tunggu...
Masa ke sana, tak sempat masuk ke Kebun Epal and Jambu tue. We reached there, tapi tinggal 30 minit nak tutup. We managed to catch a short visit to Coban Rondo before gelap. The waterfall, magnificient. Kena banyak keseluruhannya. Tak tau samaada mitos/ lagenda atau realiti.
ReplyDeletezaraab... takper nanti bole ke Surabaya lagi.. mesti teruja sebab dpt tgk kebun epal di Indonesia..
ReplyDeletesaya suke epal MANA LAGI... sedapnya.. terbayang2 sampai sekarang.. mana nak cari epal ni.. sobss..
ReplyDeletetq CS sebab ingatkan nama epal iteeew..epal yang warna hijau tu kan... Apalagi jom kiter pegi lagi.. hehehe
ReplyDelete