Skip to main content

Surabaya - Kami datang, kami sentuh dan kami rasa keindahannya - Hari pertama

Pagi ni aku bertolak ke Surabaya dan seawal pukul 3.45 pagi aku dah tercongok di LCCT. Wah gigih nak berkembara sengsorang ke Surabaya. Travel buddies yang lain paling awal sampai dalam pukul 11 pagi.  
-Drama pagi hari ni ialah hampir ditipo (tersilap mungkin) oleh cashier di kedai serbanika
-Tengah-tengah sembahyang subuh dalam 5.45 pagi tertiber dah ada panggilan gate ke Surabaya dah buka... errrrrk!! Awalnya, patutnya 1 jam lagi..
-Tertiber perasaan takut menerjah bila melihat segerombolan 1 kapal terbang kot penumpang Indonesia untuk penerbangan ke Surabaya. Aku keseorangan.. Waaaaa .. Mulalah segala doa keluar.. Hehe
-Tenangkan diri dan terus tido dalam kapal. Terjaga sekejab2 bila rimas dengan orang sebelah yang tak reti dok diam. Rupanya dia tak tahu mengikat seat belt dan isi arrival card. Dari Malaysia juga rupanya.. Selepas tolong dia aku sambung tido balik.. 


Dan maybe trafik kapal terbang super duper clear hari ni so aku safely landing dalam pukul 8.10. Mak aiii awal giler.. Hahaha...
Sebenarnya agak cuak juga sampai sorang-sorang ke Surabaya tapi entah kenapa aku rasakan aku boleh. Dan alhamdulillah terbukti aku boleh..yeah Malaysia Boleh.. eh tertiber..
Dengan backpack 55 liter aku, aku mencari supir pegang nama kawanku. Ah takde! Nak cari sim kad tapi atas nasihat kawan yang bekerja di Surabaya, aku membatalkan niatku. Katanya mahal.. Tapi memang mahal pun.. hehehe
Cari punya rupanya supir tu dah lama berdiri disitu tapi salahnya tak pegang nama kawanku. Dilipat-lipat nama kawanku itu. Nasyid namanya. Beliau akan menjaga membawa kami sepanjang kami berada di Surabaya.
Segera kuminta menghantarku ke House Of Sempoerna. Cadangnya hari ni aku mahu ke House of Sempoerna, Pasar Arab Sunan Ampel dan Jambatan Merah Plaza.


Sebenarnya aku rasa bersalah kerana meminta Nasyid menghantarku ke House Of Sempoerna (HOS) kerana ia membazir masa perjalanan dari airport ke Bandar Surabaya memakan masa hampir 45 minit. Sepatutnya aku ambil taxi atau bas damri saja. Dan ke HOS aku boleh pakai becak. Tapi bila terfikirkan beban bag yang kubawa aku jadi lemah sikit.. Haha.. Sorryla Nasyid. Bag kutinggalkan dalan avanza dan dengan sebuah sling bag aku berjalan..........

Sampai di HOS, perkara yang pertama aku buat ialah mintak kebenaran bergambar.  Lantai ini dibenarkan tapi lantai atas tidak dibenarkan mbak..    
Ah tak kisahlah janji ade gambar.

HOS ni macam muzium tapi dikhaskan untuk rokok Sampoerna dan hal-hal berkaitan pemilik HOS saja.  Banyak juga penerangan tentang HOS aku dapat dari pekerja disana. Otakku bagaikan berlumba-lumba mencerna apa yang dikatakannya dahlah penerangannya laju. Jadi aku kurang hadam apa yang diceritakannya.









Di sebalik cermin tebal di lantai atas pula aku berpeluang melihat ratusan pekerja House Of Sempoerna sedang tekun menyiapkan tempahan rokok. Kesemua berpakaian seragam tapi ada yang berwarna biru dan kuning. Seingat aku bahagian baju biru menggulung rokok dan bahagian baju kuning membungkus rokok.

Dilantai atas ini juga menjual pelbagai produk cenderamata dari HOS seperti rokok, keychain, kain batik dan lain-lain.

Sekitar HOS





Ada sebuah cafe disini. Bolehlah melepaskan lelah sebentar selepas penat berjalan


Kalau tak silap aku inilah pintu masuk pekerja kilang...
Lepas dah puas pusing-pusing dalam HOS aku bercadang nak ke Sunan Ampel tapi mengenangkan kami akan ke sana nanti aku tangguhkan dulu ke Sunan Ampel. Dengan menggunakan becak (10,000rp) aku ke Jembatan Merah Plaza (JMP). Aku ke sekitar JMP sebelum masuk ke dalam plaza tapi disebabkan cuaca yang agak panas dalam pukul 11 aku tidak mengambil sebarang gambar. Hahaha.. Cukupla mataku merakamkan apa yang ada disitu dan kemudian disimpan dalam kotak ingatanku untuk simpanan hari tua nanti... CEHH!!! cakap jerlah ko malas nak kuarkan kamera kan senang.

Aku ke JMP. Perkara pertama ku buat beli sim kad. Update status diri dan calling orang di Malaysia barulah aku mengeksplore JMP. JMP ni ibarat Pasar Baru (Bandung), Pasar Atas (Bukit Tinggi), Tanah Abang (Jakarta), Masjid India (Kuala Lumpur).. hehe cuma kurang kain yang ditawarkan.
 
Sebenarnya jiran rumahku memberitahu bahawa disini ada kedai langsir yang boleh menyiapkan langsir dalam masa satu hari. Ya satu hari. Maka aku dengan gigihnya mencari kedai tu.. tapi hampa tidak ketemu. Aku tawaf tiga kali kot setiap kedai dan buat muka tak malu tanya setiap kedai langsir. Hahaha.. tapi harapan punah...
Sebenarnya aku ke Surabaya sama minggu dengannya cuma aku kesana awal sedikit darinya yang melawat anaknya yang belajar di Surabaya. Dan bila dia balik dia siap tunjuk kain langsir seharinya.. Huhuhu.. Ok tak sampai hajat yang satu tu. hehehehe

Ok sambung cerita...
Selepas penat menawaf dan menabur duit sikit, aku singgah ke McD. Pesan makanan dan minum air coffee latte. Baru ada kat Malaysia  rasanya.  Group yang kedua sampai dalam pukul 2 so kami terus menawaf lagi.




hasil tuaian kami...

 Hahaha.... Sampailah pukul 4 barulah kami ke airport mengambil Awa dan Ang Tomoko.

Lepas sessi bersuai kenal, kami singgah ke masjid berhampiran Juanda untuk menunaikan apa yang tertunggak
  

Group kali ni disertai oleh enam orang (aku kenal dari internet dan tak pernah bertemu semuanya dan kami boleh masuk antara satu sama lain) (^^)

kak rin
yatt
hawa
razat
Ang Tomoko

Lepas tu aktiviti tidur adalah main aktiviti aku sebab perjalanan nak ke Bromo tu pergggghhh lama.. sangat-sangat lama dalam 5 jam kerana jalan jem dan sempit.



Info
- House Of Sempoerna


Comments

  1. baru first day dah banyak hasil tuaian.. nak menunggu hari last ntah brapa byk lagi erk, haha..
    izza, patutnya mintak contact no kedai langsir sehari tu.. =)

    *bila sorang2 yg penting kena confident & alert dgn keadaan sekeliling

    ReplyDelete
  2. takdelah banyak sangat..sbb sorang 1 plastik.. bahagi 4 kire orait la kot.. hihihi..
    eh Anne sy rasa sy suka la Surabaya sebab dia lain dari Jakarta walaupun dia bandar ke 2 terbesar di Indonesia.. rasa selamat sangat :)

    ReplyDelete
  3. salam izzza,
    kalo pergi sorang ok tak??bajet blnja utk 7hari brp eaah??

    ReplyDelete
  4. salam izzza,
    kalo pergi sorang ok tak??bajet blnja utk 7hari brp eaah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam farah, pergi sorang? sy ada baca beberapa blogger yang pergi sorang dan masa naik 4wheel dorang akan campurkan dengan traveller lain dalam 4 wheel. Dan ada bas ke Bromo cuma kene cari info lebih. Saya pergi dgn supir jadi tak berapa study pasal bas dan lain-lain.
      7 hari berapa bajet? alamak tak pastilah tapi masa saya pergi saya hanya bawak dlm 2 juta rupiah jer...

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan