gambar pacik gugel - Kaabah yang melambai-lambai diriku |
Inilah isu yang aku sedang fikirkan bila Kaabah melambai-lambai diriku. Perasaan sedih, hampa, kecewa dan pelbagai perasaan bermain difikiran aku selepas dapat tahu (aku mungkin baru tahu) yang kerajaan negara Arab tidak membenarkan perempuan yang tanpa mahram memasuki Kota Mekah.
Apa yang aku ketahui, hanya mahram yang sah seperti ayah, abang, adik lelaki, bapa saudara sebelah ayah atau suami yang boleh menjadi mahram aku. Ayah? Ayahku sudah lama meninggal. Adik? Adikku baru saja umrah baru-baru ini. Abang? Aku tiada abang. Bapa saudara? Bapa saudara sebelah ayah (wali emas) hanya tinggal seorang saja. Suami? Aku masih belum berumah tangga.
Sememangnya aku dah lama merancang untuk kesana tapi keadaan, masa dan wang kurang mengizinkan namun apabila semuanya dapat disediakan perkara sebaliknya berlaku.
Mahram? Inilah masalah utama aku kini. Kalau yang lain insya Allah aku cuba usahakan. Rasanya dah berhari-hari aku asyik fikirkan masalah ni.
Orang lain senang cakap, ah kahwinlah cepat. Boleh kahwin cepat tapi dengan siapa? Nak cari dimana?
Kadang-kadang aku rasa peraturan baru yang dibuat oleh kerajaan negara Arab tu tidak bersesuaian dengan keadaan sekarang. Sebab dalam zaman serba moden ni ramai yang masih menyolo
Namun semuanya ada hikmah disebaliknya. Aku pasrah dan redha dengan ketentuanNya.
ni info dari Andalusia
Semua jemaah wanita yang berumur kurang dari 45 tahun atau jemaah lelaki yang berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan visa umrah TETAPI TIDAK DITEMANI MAHRAM tidak akan diluluskan visa umrah oleh Kedutaan Arab Saudi lagi.
Contoh mahram yang dibenarkan dan dokumen diperlukan :-
1. Suami – surat nikah;
2. Bapa kandung – surat beranak;
3. Adik beradik lelaki kandung – surat beranak
4. Bapa saudara kandung – surat beranak wanita,surat beranak ibu/ bapa dan surat beranak bapa saudara
5. Datuk kandung - surat beranak wanita dan surat beranak ibu/ bapa
Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah wanita gagal mematuhi peraturan – peraturan tersebut di atas.
Arahan Pengurusan,
ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD
Mungkin kerana mahram dikuatkuasakan kerana
Pasti ada banyak hikmah dari peraturan mahram ini. Sebelum ini pernah berlaku di tanah suci, seorang jemaah wanita tiba-tiba sakit dan dimasukkan ke Hospital Arab Saudi. Terpaksa lelaki yang ditumpang mahram menemaninya ke Hospital kerana statusnya sebagai mahram dalam visa Umrah yang dikeluarkan. Walhal lelaki ini langsung tidak mengenali jemaah wanita berkenaan. Hanya diperkenalkan di airport bahawasanya ada beberapa wanita yang menumpang mahramnya. Tambah tragis apabila jemaah wanita berkenaan meninggal dunia di Hospital Arab Saudi. Maka sekali lagi jemaah lelaki ini terbabit sama dalam urusan daftar mati pesakit dan pengkebumian. Kasihan kepada lelaki tua ini yang masanya banyak dihabiskan atas urusan yang bukan kena mengena dengan dirinya.
Aku ada dengar antara sebab mahram dikuatkuasakan kerana ramai pengarah shooting filem/drama di Kota Mekah dan ia mungkin disalah gunakan..
Ada sesetengahnya mengatakan kerana mungkin lebih baik bersama mahram kerana lebih terjamin keselamatannya.
Aku cuma mampu berdoa agar peraturan baru ini dipermudahkan.
Amin.. amin ya rabbal allamin...
Izza, peraturan ni baru berkuatkuasa tahun ni.
ReplyDeleteia mungkin bukan isu yang besar bagi sesetengah orang, tapi bagi kita yang masih 'solo' ni mungkin menjadi satu masalah yang berat.
xpe izza, doa banyak2 moga Allah permudahkan semua urusan. Niat yang baik dan usaha pasti Allah akan permudahkan. Ada hikmah disebaliknya tu... ^_^
tulah PM.. mungkin ada hikmah disebaliknya.. Jika dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan insya Allah saya sampai disana... AMIN
Delete