Skip to main content

Jakarta - Pagi sebelum pulang ke Malaysia

Entry last untuk percutian aku ke bumi Indonesia.

Aku tiba di Pasar Senen, Jakarta dalam pukul 4 pagi waktu Indonesia. Sebenarnya dimalamnya aku agak risau dengan keadaan Jakarta yang dikatakan banjir. BFF aku yang memberi perkhabaran sebegitu rupa menerusi whatApps.

Sebelum aku terlupa sebenarnya aku membeli kartu/simkad SIMPATI dan ada kelebihan berinternet. Errmm walaupun orang sering melihat Indonesia mundur tapi aku tidak rasa begitu pada pandangan aku. Bayangkan disetiap tempat (aku sering buka internetku) semua tempat ada coverage internet. Malah semasa menaiki bas damri (airport transport) dan di stasiun Jogja ada WiFi dan tentunya free. :)

Ok berbalik pada Jakarta.Sampai saja distasiun tempat pertama yang kami (aku dan PM) singgah adalah tandas untuk menukar apa yang patut kemudian menunaikan solat Subuh distasiun. Seperti biasa bila tiba dimuka pintu kami diserbu oleh ramai prebet sapu/taxi/ojek dan sebagainya. Kami menolak dengan baik kerana ingin meneruskan perjalanan dengan menaiki kereta api yang lain. Kaki kami melangkah dan terus melangkah. PM mengambil kesempatan untuk bertanya bagaimana ingin ke Kota Tua menggunakan kereta api dengan sekeluarga warga Indonesia yang sedang menunggu sesuatu. Malangnya kereta api tidak ke sana. Kami disarankan menaiki ojek/taxi atau berjalan kaki ke sana. Dan masa itu juga datangnya penyewa ojek. Ojek ni motor sewa yang kita menjadi penumpang. Kiranya kalau travel beramai-ramai tak sesuai pakai ojek.

Penyewa ojek itu menawarkan harga 25,000 rp untuk ke Kota Tua. Kami bersetuju. Sebelum berpisah ibu dan bapak itu sempat berpesan agar kami berhati-hati. Dup dap, dup dap jantung ini mendengarnya. Kami meredah keheningan pagi dengan menaiki ojek dan belakang kami sarat dengan backpack 10L yang padat berisi pelbagai barang. Kami tiba di Kota Tua lebih kurang 10 minit selepas itu.
 
Ojek/Motor


Tiba di Kota Tua diawal pagi mungkin pilihan yang kurang cerdik tapi kami buntu mahu ke mana lagi. Itu sajalah yang terlintas di fikiran ini. Ini kerana semua museum masih ditutup. Hajat memasuki pelbagai museum disana seperti Museum Fatahillah, Museum Bahari, ke pelabuhan terpaksa kami lupakan kerana masih terlalu awal untuk ia dibuka. Nak menunggunya? Aku tak sanggup dan rasanya PM pun tak sanggup. Aku peminat sejarah tapi dengan beban yang berat dibelakangku lebih 10kg (TT), minat itu terpaksa dilupakan...

Museum Fatahillah

Sekitar Kota Tua





Kami jalan-jalan dan ambil gambar sekitar Kota Tua dan kadang kala aku terpisah dengan PM. Tetiba PM datang kepadaku. Katanya dia rasa sungguh terharu kerana bapak yang kami temui distasiun tadi sanggup datang ke Kota Tua untuk melihat keadaan kami sama ada selamat atau tidak. Nah ini membuktikan bahawa warga Indonesia bukan semuanya jahat. Ini terbukti dari perjalanan aku sendiri. Tapi langkah berjaga-jaga tetap perlu diamalkan.

Melihat ramai gedelandangan mula keluar dari sekitar bangunan tua disekeliling Kota Tua, kami tinggalkan Kota Tua dan menuju ke stasiun Jakartakota untuk mencari loker. Malangnya tiada dan kami sepakat ke Mangga 2 yang dikhabarkan hanya 800 meter melalui signboard dengan berjalan kaki. Isk... bukan 800 meter tapi rasanya dekat 2km kami berjalan tidak ketemu yang kami cari. Akhirnya kami sepakat menahan angkutan (2500 Rp) tapi malangnya Mangga 2 masih belum dibuka. Haha silap percaturan lagi. Malas nak menunggu jam 10 pagi kami ambil angkutan ke stasiun bas transjakarta. Huhu rupanya dekat dengan stasiun Jakartakota.




Disini aku melihat satu sistem perjalanan bas yang sangat menarik bagiku. Setiap stasiun dijaga oleh penjaga kaunter, beraircond campur free air,tidak membenarkan lebihan penumpang dan paling penting jalannya khas untuk bas saja.   

Destinasi utama kami ialah stasiun Gambir 1, dari stasiun Kota kami perlu turun transit di st Harmoni dan seterusnya Gambir 1. Tetiba lak ade adegan yang tidak berapa best bila di stasiun Harmoni kami terpisah. Aku dah naik bas tapi PM tertinggal. Tunggu punya tunggu takde bayang PM langsung Call pun tak berangkat. Bateri HP kong pula tu. Waaa apa yang mesti aku buat?? Tunggu PM? pergi memfoto kat Monas atau amik jer bas Damri pergi Airport. Gerentilah tunggu PM. Lega rasanya bila dengar suara PM memanggil namaku.

Stasiun Gambir (ada perkhidmatan train, basway, dan transport ke airport) bersebelahan Monas, jadi kami singgah kejab dan tangkap beberapa gambar untuk dijadikan kenangan. Aku mengambil kesempatan nak beli t-shirt Jakarta. Sob...sob.. tercapai juga hajatku yang kecil ni. Di Jogjakan aku tak berbelanja langsung.
Monas
Dalam pukul 9.00 pagi, kami ambil damri bus untuk ke airport. Mujur jalannya tidak macet walaupun hari Natal. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Melalui tiket Damri, aku jadi konpius sama ada turun di terminal 1A, 1B, 2, atau terminal 3. Banyaknya terminal. Hahaha.. Masa tu badan dah penat, otak dah jadi sangat malas nak berfikir so turunlah kami kat Terminal 2 yang untuk international. Haha perasan lak international padahal balik Malaysia jer. Sebenarnya sebelum turun bas aku ada tanya pada pemandu bas dan dia kata ya disini. Dengan confidentnya turun bas dan perkara yang utama kami buat adalah cari toilet dulu, bersihkan diri dan salin baju. Lepas tu cari makan. Solat Jamak jab di surau. Lepak-lepak pastu lepak lagi sambil tunggu masa check in. Benarnya masa ni saya macam pelik kenapa langsung takde kelibat orang Malaysia melintas dan tak nampak langsung nama Airasia melintas di board. Hati dah pelik tapi diamkan dulu sebab tak mahu tergesa-gesa. Rupanya PM pun berfikir sama macam saya. Jadi kami ambil keputusan tanya kat mana nak check in. Err sepatutnya masa ni kalau ikut board tu kami dah kena check in. Tanya punya tanya memang sah,sohih dan pasti, kami tersalah terminal!! Patutla terminalnya pelik tak nampak kedai Donut Jco pun.. Aduh hari konpius sedunia kami ni. Hahaha..  Mungkin badan dan otak sudah terlalu letih.

Kami terus ambil shuttle bas ke terminal 3. Puh kaunter Tiger Airways dah lengang. Tapi nasib baik boleh check in lagi. Harus sujud syukur ni sampai Malaysia sebab banyak kejadian tidak diingini berlaku hari ni. Tapi inilah dinamakan pengalaman :)
Alhamdulillah kami sampai dalam pukul 9 malam.



Info
-Aku sangat menyukai sistem busway Indonesia
-Aku sangat menyukai  musholla di Terminal 2 kerana Imamnya melaungkan azan dan menunaikan sembahyang berjemaah. Paling kusukai ialah tempat berwuduknya dilengkapi palang untuk meletakkan kaki untuk memudahkan kita membasuh kaki untuk berwuduk.
-Aku sempat belajar Solat Menghormati Waktu dengan PM. Sesungguhnya Islam itu mudah :)
-Aku merasa menaiki pelbagai kenderaan awam di Jogja dan Jakarta. Bas, bas mini, ojek, kereta api, angkutan dan sebagainya

Comments

  1. hihi... gigihnya 4.11am posted entry.

    sememangnya hari tu hari conpius sedunia. haha.

    papepun jangan serik ye nak berbackpacking together2 lagi izza. :)

    ReplyDelete
  2. wow siap tgk masa tu.. rasanya timing tu salah.. hehe
    betul hari conpius sedunia hari tu...
    PM takkan serik jenjalan ngan awak.. eh kan kite ade dating bulan 5 ni.. jangan lupa :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...