Puas ronda-ronda pekan Jogjakarta waktu petang dan membawa ke malam. Sememangnya Jogjakarta merupakan tempat yang selamat untuk berkunjung. Oh ya, kami round-round disini tak guna supir ya.. Dari Taman Sari kami ke tempat tumpuan (diMalaysia macam Dataran Merdeka) masyarakat Jogja yang berhampiran dengan Pejabat Pos, Benteng Vernderburg dan Jalan Malioboro.
Lama menunggu namun lampu belum menampakkan cahayanya. Kepalaku sudah semakin berat dan selesema makin menjadi-jadi,aku minta diri balik ke bilik. Aku memang ingin berehat biarlah bergelap sebab tak larat sangat rasanya.... Telan dua biji panadol dan minum air aku terus membuter sampai kul 4.00 pagi kerana mendengar azan subuh. Tak tahu pula aku bila masanya elektrik ada semula..
Tapi masa kami tiba Benteng Verndeburg dah tutup dan kami meneruskan langkah ke deretan kedai dan gerai sepanjang Jalan Malioboro.
Sebenarnya aku merancang nak mencari beberapa souvenir tapi disebabkan keadaan diri dah macam nak tumbang, aku tak dapat berfikir untuk membeli belah. Anne dan PM pun tidak beli apa-apa kecuali buah salak. Cuaca pula sudah hujan renyai-renyai jadi kami ambil keputusan untuk pulang ke hostel dulu.
Dengan berpakaian teletubbies hujan kami meredah hujan dan kegelapan malam tanya mempedulikan pandangan orang lain terhadap kami. Kalau diMalaysia, mati balik hidup takku sanggup pakai poncho. Tapi ini pengalaman kedua aku dinegara orang berponcho sakan. Sebelum ini di Vietnam. Sebelum sampai ke hostel sempat pula aku membeli kartu simkad dan air cola. Teruk aku dimarahi Anne kerana asyik minum cola saja. Sori Anne.
Sampai dihostel pula blackout. Jadi kami melepakkan diri di ruang tamu sambil menghapdate status diri dengan keluarga terchinta dan menghapdate segala belanjawan hari itu.
Comments
Post a Comment