Skip to main content

Mana datang duit nak travel



Okeh aku kerap diajukan soalan mane datangnya duit nak travel. Nak pengakuan ikhlas ker pengakuan palsu? Hehe..

Terus terang aku katakan aku pernah terlanjur membuat pinjaman peribadi (personal loan) untuk trip pertama aku. Aku betul-betul rasa bersalah dengan diri aku sebab wat PL untuk berjalan. Ironinya PL tu aku kene tanggung sampai sekarang. Nasib baik aku tak buat terlalu banyak. Kalau tidak menyesal tak sudah. Membuat PL ni juga secara tak langsung membuatkan aku terperangkap dalam Rat Race - sila gugel untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Ada juga suara-suara sumbang mengatakan aku berjalan dengan menghabiskan wang arwah ayahku. Masya Allah sampai begitu sekali kata-kata mereka. Kata-kata tu aku telan saja kerana aku malas nak membalas apa yang dorang kata. Penat mulut diamlah mereka. Yerlah aku tahu dengan gaji aku yang berpangkat N17 ni mana lah boleh berjimba-jimba keterlaluan..hehe

Jujurnya selepas menyesal wat PL,
-Aku ada buat part time. Err biarlah rahsia apa part time ku itu yang penting halal disisi agama.
-Aku juga ada side income aku sendiri.. err biarlah aku dan keluargaku saja tahu. Bak kata penulis Poor Dad Rich Dad, Robert T. Kiyosaki..wang bekerja untuk kita, bukan kita bekerja untuk wang. 
-Aku dan kakakku juga menjana side income kami. Ia juga rahsia kami. Tapi yang penting halal.


Dengan wang itulah aku kumpul sedikit demi sedikit untuk berjalan..

Aku berjimat cermat tau...dengan cara:
-Aku bukanlah seorang yang shopaholics. Nak membeli setiap masa. Kenkadang nafsu membeli tu aku tahan sampai kenkadang tengok jer benda tu... tak nak beli...

-Aku bukanlah kaki feshen,kaki mekap, kaki kucing, kaki gadget, kaki movie atau kaki-kaki lain. Aku cuma kaki berjalan jer. Berjalan pun jenis bajet.

-Ada beberapa perkara yang aku cut terus sekarang ni sebab aku sedar pangkat N17 aku.. contoh line telefon, sekarang aku pakai prepaid jer..hehe, dedulu aku ade sign in beberapa club so aku terminate terus club-club tuh, kad plastik (credit card) lak aku haaaaramkan dalam idup aku buat masa ni (tak pernah ada) dan dedulu suka minum-minum kat starbucks la, dome la, san fransisco la pun aku cut gak...beli 3 in 1 jer :,(

so tak timbul mana cerita yang aku belanja guna PL, guna wang peninggalan arwah abah lah atau sewaktu dengannya..

aku cuma berjalan untuk melihat keadaan negara itu. Jika di negara sedang membangun lain halnya.. begitu juga dengan negara membangun. Biasanya aku ke negara sedang membangun dan secara tak langsung aku bersyukur dengan negara sendiri.......Luas perjalanan luas pengalaman...

Comments

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...