Skip to main content

Larut di Bukit Larut, Perak

Aku kesini pada 29 September 2012. Ia sebagai mengubati kekeciwaan aku masa pegi tahun 25 Disember 2010 lepas..Kami kesana dari Kuala Lumpur pukul 7 pagi dan sampai pukul10 pagi.


Ini yang aku kopi dr wikipedia
Bukit Larut, formerly known as Maxwell Hill (but still often referred to by its latter name[citation needed]), is a hill resort located 10 km from Taiping, Perak, Malaysia. Founded in 1884, it is the oldest hill resort in Malaysia.[1][2] It is approximately 1250 m above sea level. Bukit Larut receives the highest rainfall in Malaysia because it is located in the wettest part of the country.[3]
Maxwell Hill was named after William George Maxwell, who was the British Assistant Resident in Perak.[4]
Not as developed as other hill resorts such as the Genting Highlands and Cameron Highlands, Bukit Larut retains a colonial atmosphere with its quaint bungalows and English gardens.
Access is available only by (government owned) resort authority's Land Rovers (private vehicles are not allowed without a permit),[5] although people are free to walk up the hill as many do for exercise (reaching the peak can take up to 3–5 hours).

Ok untuk ke Bukit Larut, Taiping kita perlu guna highway PLUS atau jalan lama hingga ke Taiping. Aku ambil Lebuhraya PLUS dan turun di Changkat Jering dan seterusnya ke Bukit Larut. Kami sampai kira-kira jam 10.30 pagi dan terus ke kaunter tiket untuk membeli tiket ke Bukit Larut.


Oh ya, jika ingin menikmati pemandangan Bukit Larut, kita perlu menaiki land rover (pacuan 4 roda) dan hanya land rover yang disediakan saja dibenarkan menaiki Bukit Larut kerana jalannya berliku-liku dan ada antara likunya sampai 180darjah dan jalannya hanya untuk sebuah kenderaan.. hehe.. Malah jalannya jika tidak kena cara pemanduan alamatnya gaung kiri kanan menunggu mangsanya. Tapi jangan risau kerana pemandu-pemandu yang membawa land rover ini semuanya terlatih. Kita bagaikan menaiki roller coaster tanpa tali keselamatan. Puh.. adrenalin rush lagi.. heheh



Perjalanan mengambil masa dalam  40 minit. Pemandangan disekeliling dipenuhi hutan dan mereka tidak akan berhenti ditepi jalan kerana jalan agak sempit dan perlu bergerak laju untuk mengelakkan enjin panas.

Dalam perjalanan tu kami (dalam land rover boleh memuatkan hampir 8 orang) kami berjumpa student berjungle trekking dan ada beberapa orang sedang exercise menaiki bukit larut dan kami juga berjumpa seorang penunggu orang gunung di situ (rasanyalah).. Maksud orang gunung ni bukan merujuk pada yang seram-seram tapi ala-ala penduduk gunung. Aku cakap sebab pakaian dia. Hehehe...

Oh ya aku ke Bukit Larut dengan mak,adik aku dan sikecil Mutaqqi. Owh aku sebenarnya salute dengan Mutaqqi sebab dia kuat semangat. Hehehe

Ok sampai di Puncak Bukit Larut pada ketinggian 1036 meter dari paras laut, kami diturunkan dari land rover dan kami diberi masa lebih kurang 1-2 jam untuk menikmati keindahan ciptaanNya.

pemandangan dari bukit larut

Cafe di Puncak Bukit Larut.. Cantik




berkelah di Bukit Larut. Wajib bawa makanan


Ok ni side positive Bukit Larut ne.
Side negative lak









Overall sebenarnya Bukit Larut cantik tapi ia terlalu misteri untuk diungkapkan dengan kata-kata. Tambahan pulak pengurusan (saya tak pasti siapa) kurang mengambil berat tentang pembaikpulih dan memelihara Bukit Larut. Kalau tidak ia mungkin menjadi salah satu pusat pelancongan yang tercantik di Malaysia.

Saya kesini ingin melihat bunga tulip.. tidak diusahakan lagi dan telah dibawa ke Cameron Highland
Ada beberapa rumah peranginan disana namun dibiarkan seperti gajah putih
Begitu juga dengan cafe di tempat perhentian Land rover ditutup

tapi walaupun kelihatan Bukit Larut tidak diselenggara dengan betul, tempat ini tetap menyediakan tandas awam, informasi yang berguna untuk pengunjungnya... :)

Diharap dimasa akan datang Bukit Larut ni diselenggara dengan baik..

Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...