Bangun tidur kami bergegas ke kaunter tiket kereta api ke Lopburi (28 baht-RM2.80). Kalau nak tahu station Hua Lamphong ni ibarat penghubung train ke semua lokasi di Thailand tau macam KL Sentral tapi ia lagi besar platformnya.. Seperti biasa kena tahulah laluan dia dan masa dia jika mahu perjalanan smooth n clear. Aku nampak persamaan stesen Hua Lamphong dan stesen Jakarta Kota di Indonesia Disebabkan angin sejuk mencengkam kulit diawal pagi, maka aktiviti membuter adalah keutamaan walaupun seat keras dan berpaksikan 90 darjah. Lena jugalah tidur sampailah satu tempat bila pelajar-pelajar sekolah naik. Rasanya aku bangun sekejab untuk melihat sunrise lepas tu lelap balik. Itulah yang aku tahu dalam tempoh 4 jam tu. Hihihi.. Sedar-sedar dah sampai ke Lopburi. Lopburi ni merupakan stesen paling last tau. Lepas tu kereta api ni pusing balik ke Hua Lamphong. Okey kalau naik kereta api, jangan anggap yang kereta api macam STAR LRT, Putra LRT, ETS atau monorail. Takdenya ...
Comments
Post a Comment