Skip to main content

Posts

Selamat Hari Raya Korban.. Semoga ibadah kita diterimaNya dimana kita berada dan semoga kita menjadi golongan yang dapat menunaikan Haji sebelum menutup mata

Mood ke LAUT

Sudah seminggu aku berpuasa FB sebabnya malas nak menengok status orang2 yang terlalu bangga diri. Bukan jeles bukan benci tapi malas..... Malas membaca sidia salahkan sidia.. Sisitu dok la menayang apa yang sepatutnya jadi hak milik peribadi... Sejak aku berpuasa, aku sesekali mengjengah jab (kira batal tak puasa aku?) hehehe... Aku ada baca status kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Jangan nak sibuk hal orang!! dan ramai lak dalam tu jadi firestone... liking2 status tu.. tapi yang tahu mendiamkan diri jerlah kot... hehe.. mood malas nak layan.. kalau aku layan gerenti jadi isu besar. Manakan tidak, keje 2 jam pastu nak balik, keje sampai kul 12 pastu nak balik, keje 4 hari 1hari MC, pastu berderet la pulak cuti. Tak kisah lagi kalau 2 jam buat kerja tapi dua jam tu khas untuk whatApss n SMS orang. Yerlah orang bisnes...  MC untuk bisnes (alasan anak sakit kene pergi hospital, anak tak de orang jaga) dan cuti untuk bisnes.. What The .... Owh berbalik dengan ...

Teaser

Cuti hujung minggu ni ingin berjimba-jimba disini atau disini.. tapi tak tahu yang mana kita akan pegi.. so stay tuned!!

Bukit Tinggi - 1st Day

Maapkan kemalasan aku.. Yerlah cerita bulan 5 tapi bulan 11 baru nak hapdate.. aje malas Iza ni.. Sebenarnya aku membeli 4 tiket ke Padang bernilah RM 159/return tapi apabila hampir tiba tarikh yang dinanti dua rakanku menarik diri kerana menghadiri majlis perkahwinan adik mereka. Sebenarnya inilah masalah jika beli tix awal dari Air Asia.. Tapi aku tidak menyalahkan mereka kerana bagiku family come first. Malah aku penah menarik diri apabila makku jatuh sakit (jantung) padahal sehari sebelum kami berlepas ke Bandung Indonesia. Dek kerana tidak mahu menanggung lebihan perbelanjaan yang agak tinggi (sbb balance boleh ku buat membeli belah) .. hehe.. aku mencari dan mencari seorang atau dua orang peneman.. dan alhamdulillah aku berjumpa dengannya. Miza dan ibunya penyelamat kami walaupun harga tiket yang dibelinya hampir RM400.. Sebenarnya sebelum berlepas ke sana, aku tidak tidur malam kerana risaukan kawan saya dari Kelantan. Bus masih di Gua Musang pada pukul 3 sedangkan waktu c...

Gunung Kidul, Yogyakarta

Hasil aku mencari kawan-kawan travel, aku terjoin sorang blogger yang mahu ke gunung kidul.. Aku mulanya menyangkakan caving di gunung kidul seperti caving di Gua Tempurung saja namun ia lebih mencabar hasil bacaanku di laman sesawang travel Indonesia. Tapi ia takkan melemahkan semangatku... errrrrr Takpe kita cuba dan lihat ya..

Gambar-gambar Langkawi

Sila muntah ijo tengok gambar yang banyak tak banyak ni.. Padang Matsirat... Di Langkawi sudah Aku lak wat aktiviti sendiri di sini sebab malas nak menyopink Esoknya ni lak aktiviti aku.. Island Hopping Pulau Dayang Bunting Eagle feeding Pulau Beras Basah Gunung Raya yang kukatakan dalam post sebelum ni

Langkawi-2nd day

Hari kedua sayatidak mahu terbuang seperti semalam. Saya memasak spagetthi daging dan selepas sarapan, saya,mak,izat,makcikku dan sepupuku bergegas ke Porto Malai di pantai Cenang untuk aktiviti Island Hopping. Island hopping ni berharga RM35/pax dimana kita akan dibawa ke Pulau Dayang bunting, Pulau Beras Basah dan Eagle Feeding. Island Hopping ni memang dalam agenda aku sementelah aku tidak puas dengan aktiviti di Pulau Dayang Bunting sebelum ini, manakala sepupuku ada agendanya sendiri disini. Jikalau ada yang terbaca keramat air di pulau ini mesti dapat mengagak apakah agendanya.. Kami beruntung mendapat jurubot yang mesra alam dan tidak berkira masa disini. Kesimpulannya aku puas dengan aktiviti di pulau dayang bunting ini. Aku dapat meluangkan masa menjelajah keindahan alam Pulau Dayang Bunting ini dan berenang-renang di Tasik Dayang Bunting yang indah teramat. Cerita banyak boring lak korang baca.. jom layan gambar.. Pulau dayang Bunting Pulau Beras Basah Eagle Feeding ...