Skip to main content

Mood ke LAUT



Sudah seminggu aku berpuasa FB sebabnya malas nak menengok status orang2 yang terlalu bangga diri. Bukan jeles bukan benci tapi malas.....
Malas membaca sidia salahkan sidia..
Sisitu dok la menayang apa yang sepatutnya jadi hak milik peribadi...

Sejak aku berpuasa, aku sesekali mengjengah jab (kira batal tak puasa aku?) hehehe...
Aku ada baca status

kau buat kerja kau, aku buat kerja aku. Jangan nak sibuk hal orang!!

dan ramai lak dalam tu jadi firestone... liking2 status tu.. tapi yang tahu mendiamkan diri jerlah kot...
hehe.. mood malas nak layan..
kalau aku layan gerenti jadi isu besar. Manakan tidak, keje 2 jam pastu nak balik, keje sampai kul 12 pastu nak balik, keje 4 hari 1hari MC, pastu berderet la pulak cuti. Tak kisah lagi kalau 2 jam buat kerja tapi dua jam tu khas untuk whatApss n SMS orang. Yerlah orang bisnes...  MC untuk bisnes (alasan anak sakit kene pergi hospital, anak tak de orang jaga) dan cuti untuk bisnes.. What The ....


Owh berbalik dengan status diatas, sebenarnya dia dimarahi oleh Ketua Jabatan ke2. dan dalam dia dimarahi tu dia terus letak telefon. Sangat kurang ajar..
Aku lak tak masuk campur cuma memendam rasa saja... hahaha

Aku yang menanggung, yang memendam rasa... Rasa menanggung kerja orang, merasa sakit hati kerja tak buat, terpaksa buat tak tahu apa yang berlaku... Isk bole STRESS tau... 

Cuma yang aku tau, dunia tu bulat... What Goes Around Comes Around.. jangan nanti apa yang diucapkan benar-benar terjadi kerana sesesungguhnya kata-kata seorang ibu itu tinggi khasiatnya..

Comments

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...