Skip to main content

Land Of Persia Part 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita sambung lagi hari pertamaku di Shiraz. Ali membawaku ke Grand Bazaar Shiraz untuk shopping. Idaklah aku nak shopping beria-ria sebab aku memang bukan kaki shopping. Meh kita tengok apa yang ada di bazaar ni.
 
gambar shaking :'(
Aku tak berapa sure tentang musim buah mereka tapi, buah oren banyak bergantungan disetiap pokok oren mereka. Nampak sedap nyaman tapi maaaaaaaasaaamm ya hamad.. Macam mana aku tahu? Hahaha Ali petikkan aku beberapa biji oren. Merasalah aku sebiji dan aku bawa balik ke Malaysia sebiji. Buat pemberat beg. Hahaha




  Sekitar grand bazaar mereka.








Aku sangat suka mirror mirror nih. 




 Aku suspect dorang pengeluar jubin. Sebab banyak jubin disini. Fridge magnet mereka pun lain sikit. Diperbuat dari jubin dan sangat cantik. Of kos aku beli fridge magnet Masjid Al Mulk. Cantik weh.


membayangkan pop-pop yang budak-budak main masa raya


Ni salah satu pemberat beg aku. Sanggup aku pikul dari Iran ke Malaysia untuk maharani rasa.

Ni pun salah satu keluaran negara mereka. 

dried pomegranate aku rasalah.. 




gula
Lawatan aku hari ini diteruskan ke Masjid Shah Cheragh.
Aku kesini kerana blog Supermengmalaya. Tekesima, terpaku, terpegun dan segala ter masa aku blognya. Adakah aku akan 'ter'? Nanti aku share...

Ofkos pilih ke masjid ni sebab ia free dan walking distance je. Ok kita mula dengan gambar si kecik comel tang tara ni. Comel kan. Aku jumpa masa nak masuk ke masjid tapi doklah tunggu guide tak sampai-sampai. Snap gambar dia sekejab sebab maknya nak betulkan selendang dan suruh aku dukung si kecik ni.




Tunggu punya tunggu, rupanya traveller idola muncul. Suhana, Kd Konah dan Pertualangan Senja muncul. Bolehlah join masuk sama-sama. Tapi sebelum masuk kami disuruh baca surah Al-Fatihah. Garu kepala aku sekejab. Tunaikan jelah permintaan dorang. Negara demer kan. Lepas baca demer tanya, Sunni? Sengih jelah.


Setiap orang asing akan diberi beg plastik untuk bekas kasut dan perempuan perlu memakai chadur (selendang) demer. Untuk menghormati masjid yang juga tempat keramat dorang.



batu shiah
 Bila masuk ke dalam ni memang WOW, Terkesima, terpegun, terpaku dan macam-macam 'ter' aku disini. Jom layan ke'ter' aku. Setiap dinding dan syiling dihiasi dengan cermin/kaca yang disusun seperti mosaic. Mereka gigih menyusun setiap cermin/kaca tersebut. Apa yang guide terangkan iols tak berapa nak hadam sangat sebenarnya. Sebab sedang melayan 'ter' aku



Ekceli aku tak tahu macam-mana nak tangkap gambar. Sebab semua wow!

Guide kami ada membawa kami ke sebuah makam (maaf namanya aku lupa) tapi bila disini aku teringat kunjungan aku di Masjid Sunan Ampel Surabaya dan teringat scene Bajrangi Bhaijaan ketika mengunjungi Hazrat Hizamuddin.

Ramai pengunjung meratapi dimakam keramat tu dan memberi sejumlah wang ke makam tu. Ada juga aku lihat mengikat tali untuk membayar hajat. Aku hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah saja. 











makam keramat di dalam masjid ini

dapat tasbih sorang satu... memula konpius sekejab bila dorang tanya macam-macam pasal tasbih. Ingatkan nak jual tasbih rupanyaaaaaa..... 

rasanya kebanyakan masjid mereka semua rekaan macam ni. Pada pendapatan aku cukuplah satu-dua masjid korang masuk. Sebab kebanyakannya rekaan sama yang berbeza sejarah mereka




Usai di masjid ni, Ali bawa aku merasai beberapa jajanan Iran. Aiskrim Shiraz Fooladeh. Rasanya bayangkan seperti beras lembut disirami air sprite lemon. Hahaha nak try silakan. Lain lah dari jajanan Malaysia. 





Yang gambar dibawah ni pulak aku membayangkan nak makan cup corn. Rupanya bukan. Silalah buang selera Malaysia korang kalau ke luar negara. Rasa jajanan mereka, Ni kentang goreng ranggup dicampur pelbagai sosej dan rempah ratus dilimpahi dengan pelbagai keju dan sos. Rasa sedap jugak lah tapi cuma potong rasa sikit sebab ada rasa rempah ratus. 


Kemudiannya Ali bawa aku ke sini. Galeri lukisan dan pameran rasanya. Masuk kesini kena bayar tapi Ali ada card access so kami tidak dikenakan sebarang bayaran.  Disini,maaflah sel-sel otak dah menurun jadi aku tak berapa hadam apa yang ada disini. Melawat galeri ni terasa di dalam drama Korea pulak. Hahaha..  




Setelah penat berjalan seharian, aku dihantar Ali ke hotel penginapan yang sudah ditempah rakan baruku. Mereka menungguku disitu. Harap-harap perkenalan kami berjalan lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Kikikiki





Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...