Skip to main content

Ada Je Nih Part 3

Rantaian Manusia Terpanjang Menuju Puncak
Gunung Angsi
Aku sempat mendaftar program ni yang kemudiannya ditutup hanya untuk peserta dari Negeri Sembilan saja. Puh nasib baik lepas. Aku, Rai, Kalara dan Bang Tholib sempat mendaftar tapi yang dapat join hanyalah kami berdua. Aku dan Kalara.

Aku taknak ulas pasal kekicapan program ini. Dah ramai kot share. Yang aku nak ulas ialah rata-rata peserta sanggup meluangkan masa untuk program ini. 8000 orang weh join. Macam-macam perangai, macam-macam semangat dan macam-macam sikap. Ada dari Sabah Sarawak tau menyertai program ini hanya untuk menempatkan nama dalam World Guiness Book Of Record uols. Hahaha... Iols hanya melukut ditepi gantang jer. Join saja-saja je.

Aku dislotkan dalam group 21 iaitu antara group di hampir-hampir puncak. Niat nak berpegangan tangan di tangga Angsi  ya TANGGA ANGSI saja hancus. Cis.. terpaksalah iols mendaki gunung Angsi bersama ribuan orang tu. Hahaha...

Walaupun program dirangka last minit dan banyak lopong, tapi biasalah orang Malaysia sangat mementingkan makanan. Kami dijamu pelbagai jenis air, KFC snack plate, roti-rotian dan buah-buahan

Meh tonton gambar lah

hepi sebelum memulakan acara





















merenung nasib..kikiki
 








Checkpoint kami 179

Hi Kalara
 Namun sampai ke hari ini, ka mi belum mendapat sijil penyertaan. Marilah kita berhuhuhu bersama-sama.


Lata Medang Kuala Kubu Bharu
Ok ni aku pergi masa bulan tiga atau empat. Haha dah tak berapa ingat. Semua bermula dengan ajakan Rai dan masa nilah aku mula mengenali Kalara @ Abam Lara. Ekceli ni individu sama je cuma kenkadang ikut mood aku panggil Kalara, Abam Lara atau Lara.

Trip ni under Hikers Trekkers. Semua budak-budak muda yang sememangnya bernapas kuda. Hahaha. Aku memang tak mampu lah nak ikut dorang. Tapi trip Lata Medang ni memang awesame. Sebab air terjun dia best dan lepas kami masuk, Lata Medang dah tak dibenarkan masuk tanpa permit. Sebab ramai menyalahgunakan kebenaran yang diberi. Erk.. Aku malas nak ulas.

. Yang best masa ni kami jumpa Tasha Shila masa perjalanan pulang ke jalan yang benar.


Tempoh hari semasa perjalanan pulang, kami terserempak dengan ular kapak. Kaku sebentar kami disitu. Siap googgle cara nak menghalau ular. Meh aku kongsi ayat yang boleh dibaca ketika berjumpa binatang buas



Till Then





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...