Skip to main content

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku.

Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu.

Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat.

Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku dengan zikir La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin. Hariku berjalan seperti biasa, pekerjaanku juga kujalankan seperti biasa biarpun ada tekad nak ambil cuti tanpa gaji tapi aku seolah-olah mahu menyimpannya. Yang aku tahu setiap masa bibirku la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin


Tapi tidak sampai sebulan setengah, peristiwa itu berlaku satu demi satu rahsia terbongkar. Doa orang teraniaya tiada hijabnya. Ia terus terangkat kelangit.
 
Orang yang jadi duri dalam daging telah kuketahuinya, orang yang menyebabkan aku difitnah telah aku ketahuinya malah orang yang memfitnah aku juga sudah tahu siapa. Alhamdulillah....  Tanpa perlu aku memaksa, tanpa tindakan keras atau sebagainya. Aku cuma membaca la ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz-zalimin



Hatiku jadi sekering-keringnya pada pembuat fitnah, pembuat cerita dan orang yang percaya buta-buta dengan fitnah itu. Korang tidak mampu aku maafkan walaupun sejuta kali kemaafan diutuskan.. Biarlah korang malu sendiri, biarlah hati korang berkata-kata dan biarlah bibir ku terus bisu untuk bercakap dengan korang, Biarlah aku menjadi angin lalu dihadapan korang. Biarlah aku terus berhati kering dengan korang supaya tidak senang-senang korang membuat fitnah lagi, tidak membuat sebarang syak wasangka lagi dan tidak menganggap orang semuanya jahat.

Peristiwa itu betul-betul menginsafkan aku. Tidak semua orang menyukai kita, tidak semua orang berhati seperti kita, tidak semua orang senang dengan kesenangan kita dan tidak semua hati manusia sama. Betullah kata pepatah "Rambut Sama Hitam Hati Lain-Lain"

Kawan-kawan mungkin dengan hanya membaca sebaris ayat itu, insya Allah korang akan bertemu dengan penyelesaiannya. Yang selebihnya serahkan pada Qada dan Qadar.

Comments

  1. Adehh! Berat penderitaan yg izza lalui..ingat allah sentiasa mendengar doa dan rintuhan hambanys danslhamdulillah selesai sudah dan terjawab sudah siapa yg buat onak duri tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...