Skip to main content

Towerthon 2016 dan Skydeck KL Tower

Tahun ni sekali lagi aku menyertai aktiviti menyeksa diri. Mendaki anak tangga Menara Kuala Lumpur sebanyak 2058 dan berlari 1 km mendaki untuk ke menara. Semuanya demi impian mengapai sesuatu dalam hidup.. apa dia? Nantikan ia.. hiks
 

Sebenarnya aktiviti Towerthon ni bukanlah menyeksa diri tapi bagi aku ia lebih kepada mendidik mental dan fizikal aku supaya lebih bersabar dan tabah. Contohlah kan.. kalau ko hiking, ko boleh rehat lama sikit, tapi towerthon ko boleh rehat tapi sekejab. Kalau lama, ko akan rengsa dengan kekurangan udara dalam tu.. ko akan rengsa semua orang dah sampai puncak ko belum lagi, dan sebagainya.. 

So aku rasa keputusan mendaki towerthon ni keputusan yang ok bagi projek mega aku tahun ni.. huhuhu..

Seperti biasa, aku pancit berpisah tiada.. Cuma tahun ni, aku memang lambat banyak.. hihihi..
Baru tingkat 4 aku dah rasa fed up nak cari lif turun. Tapi aku teruskan juga dan boleh dikatakan setiap tingkat aku berhenti. Masa ditingkat 8, aku berehat melepaskan lelah tapi rehatku terganggu sedikit. Ada budak perempuan rebah di sebelahku. Aku cepat-cepat pangku budak tu dan bersama yang lain letakkan dia dipelantar berjaring sambil jerit dekat volenteer dibawah "ada orang pengsan"
Kami cepat-cepat bagi pertolongan cemas pada budak tu. Sedikit mendukacitakan aku towerthon ni tak sediakan kit kecemasan/paramedik.. Volunteer yang dipanggil naik ke atas berlenggang kangkung. Lepas tu turun balik nak ambil air 100 plus. Ditanya ada minyak angin.. takde! Sepatutnya event management sedar keadaan ini dan harus menyediakan kit kecemasan setiap floor yang ada ruang rehat. Ia penting juga sebab dalam tangga yang sesak tu tak de line telefon! macam mana nak hubungi volunteer lain? radio set/walkie talkie aku yakin bukan semua volenteer memegangnya.
Aku meneruskan kembali perjalananku selepas rakan budak tu sampai. Kutitipkan hihihi kipas dan ubat sapu otot untuk rakannya yang aku dapat dari peserta lain. Sori dik, akak tak boleh tunggu.
Aku sampai lepas sejam (maybe) di tingkat teratas. Lelahku lain macam kali ini.. Penat, letih dan seangkatan dengannya.

Bila dah sampai tingkat ke 22, jangan tertipu korang dah sampai. Korang perlu naik ke tingkat TH 03 barulah sampai ke finisher lane. Aku berhenti tangkap gambar dulu baru pergi scan bip. Ada sesetengah orang nakkan kemenangan, ada sesetengah orang masa adalah utama dan bagi aku pula ia lebih untuk training dan cuba mendidik mental agar lebih bersabar. Cakap je ko tu pancits Izza


 
Sekali lagi aku geram dengan perjalanan kali ini. Air tidak disediakan bersama medal. Hanya mampu berhuhuhu..


Macam biasa sesi nak turun pun crowded macam tahun lepas. Tak ada peningkatan. Cuma aku pelik kenapa air dari fire hose (tak tau term sebutan tu) menitik turun.. mebi suhu terlampau panas atau ada orang menghisap rokok.. huhu

Sesi lain aku tak mahu cerita panjang. Sama macam tahun lepas.

Cuma semasa aku turun ke bawah melalui ruang pejalan kaki, aku tak sure aku langgar apa tapi aku terjatuh, terpeleot kaki kiri dan luka. Seluarku koyak dipangkal lutut dan aku pulang berdengkot-dengkot dengan darah mengalir deras... huhu sekali lagi.. Tulah padahnya suka merungut dalam hati. Hahaha

Pejal menaiki towerthon tiada namun aku masih mengalami sakit terpeleot dan sakit kesan luka semalam.. huhu

Comments

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...