Skip to main content

Passport Hilang

Passport hilang

Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah
cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report.
Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!!

Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta.

Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan Duta. aku tryla bukak google maps. Rupanya imigresen di Damansara dah ditutup! Nampak tak punyalah berabab tak ke imigresen situ. Aku call balik hotline dan diberi direction ke jalan yang benar. Kompleks Kementerian Dalam Negeri. Parking dan ke tingkat satu selepas eskulator dan belok kiri. akan nampak kaunter kehilangan passport. Sesuatu yang aku kagum disini ialah bangunannya besar, kaunter banyak dan orangnya tak sombong! thumbs ups

Aku ambil nombor dan menunggu giliran dipanggil. takdan aihh duduk dah dipanggil. aku menerangkan masalah aku. Mengikut apa yang kubaca aku dah boleh agak jawapan yang kuterima. yes! aku hanya boleh ambil passpoart 23/12 saja. So nak tak nak aku redha jerlah kan. Takkan nk menangis disitu.. Walaupun redha, aku tetap isi borang, chop pesuruhjaya sumpah dan buat beberapa salinan yang dikehendaki.

90% kata redha jerlah 10% kata tak salah mencubakan..

Aku kembali ke kaunter dan bertemu pegawai lain. Aku bagilah apa yang dikehendaki dan beberapa soalan ditanya dikaunter dan akumenunggu lagi.... rasanya tak sampai 1/2 jam aku dipanggil kembali.

pegawai bertugas cakap bla..bla.. fikiran aku jauh terbang. nampak kapal terbang jauh terbang meninggalkan aku.. tapi aku sedikit terkedu bila pegawai tu cakap ok td awak kasi borang pada ketua saya dan ketua kami setuju beri passport awak pada 18/12 pagi.
Subhanallah!!
Alhamdulillah!!
 
 
terharu pulak bila dengar kata-kata pegawai tu.


18/12 pagi
aku ambil menanti passport dgn penuh debaran. mana tak debor. surat tulis tarikh lain tapi mulut kata tarikh lain. siapa ko nak caya? haaaa jawab sendiri.
aku menanti passport dekat 1 jam dan barulah lega semua setel!.
Setel??

-Tak lagi sebab baju aku pack sikit jer.. 4 pasang baju untuk 10 hari trip. Ko hadoo? Dah lah trip sejuk-sejuk berasap mulut :P

Nak balik rumah memang tak sempatlah. So bertabah dengan apa yang ada
 -Duit tak tukar langsung. Pastu bertabahlah dengan rate MC yang terlebih 'owesome' di KL Sentral

-Peralatan lain tak dibeli sebab risau tak dapat pergi.  Nanti menangis celah katil
-Cek In Flight. Kan nak cek in flight kene ada nombor passport. Masa nak check in, tetiba problem muncul. Mujur ada penyelamat! 
-Bas ke KLIA2 dari KL Sentral bergerak macam siput. Ke aku yang salah bajet masa?
- Disebabkan terlalu banyak drama, arrival gate dan departure gate pun aku salah.
dan beberapa drama yang malas nak diulang.. hahahaha


-------------------------------------------------

Apa yang aku nak highlight disini ialah
prosedurnya kalau passport hilang

1) report polis 
2) ke imigeresen terdekat Kl-Jalan Duta Putrajaya-Putrajaya 
*negeri lain aku tak sure 
3) isi borang 
4) cop pesuruhjaya sumpah 
5) salinan IC dan salinan tiket flight 
6) surat ambil passport 
7) bayar rm200 
8) ambil passport 


Hotline 03-8000 8000

#pengalamankitamungkintaksama
#topikinicumasebagaipanduan
#sudahselesaibekpacking18/12

tips lain...
Walau sepandai mana kita, walau berinfo giler ilmu didada, jangan tunjuk pandai.
Sebab orang akan menyampah. Dari nak bagi terus tak bagi. Itulah yang selalu aku amalkan.. :P

 

Comments

  1. Salam 2016, Panjang procedure tapi Alhamdulillah passport dah dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam 2016. memang panjang procedure nya. tp semua under one roof di sana.. so tak perlu keluar bangunan untuk cari pesuruhjaya sumpah, photostat dan lain-lain.. balai polis pula sy tak perasan..

      Delete
    2. Cop pesuruhanjaya sumpah di situ juga ke?

      Delete
  2. Salam 2016, Panjang procedure tapi Alhamdulillah passport dah dapat.

    ReplyDelete
  3. SALAM NAK TNYE KALO HILANG PASPORT DA LAMA PASPORT DA XVALID MACAM MANA YE? KENA REPORT POLIS X?

    ReplyDelete
  4. kalau hilang atas sebab apa pun kene report polis walaupun dah tak valid.. sebab masa nak buat passport baru kene tunjuk passport lama dan dorang akan potong passport lama tu..
    tak pun awak cuba call 03-8000 8000 untuk keterangan lanjut.. dorang sangat membantu :)

    ReplyDelete
  5. Maaf saya tak tahu ni update tahun bila.. tapi kalau pasport expired pastu hilang just pergi ke imegresyn bawak ic diorang akan renew baru tuja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu anonymous..

      Just info pada semua :
      saya baru jap call td num 0380008000..pasport sy hilang n nak wat baru..passport hilang dan dah expired dah pun..diorg ckp skg dah x yah wat report lg dah..dtg je sana bawak ic..setel...

      Delete
    2. owh dh ada cara baru pula imigresen ni. lebih memudahkan.. alhamdulillah.. :)

      kwn2 lain kalau ada info bolehlah share yer.. thankss

      Delete
    3. Bayaran berapa kalau hilang tapi passport dh tamat tempoh. Still RM400 ke

      Delete
  6. Jumpa post ni krn nak cari info pasal penat dah cari passport yg dah mati. Terima kasih kpd yg share info! Semoga Allah balas. Aamiin.

    ReplyDelete
  7. Salam, nak tanya. Mcm mana kalau passport tu still valid, tapi hilang? Is it needed to follow the same procedure and pay rm200? Pleasee. Haha

    Bro dah buntu.

    ReplyDelete
  8. Ada sesiapa pernah hilang passport dan ada masalah kemasukkan ke luar negara?

    ReplyDelete
  9. Passport hilang boleh pergi mana2 imigresen atau kena jugak ke putrajaya & jalan duta jer?

    ReplyDelete
  10. Sebelum pasport hilang saya ada mohon visa nz dpt 2 tahun skrg saya dh dpt pasport baru saya kena mohon visa baru lagi ka atau x perlu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga