Skip to main content

Hatyai Thailand - Dugaan Overland (Tiada Gambar)

Salam

Lupakan dulu entry Hongkong, Shenzhen, Guangzhou
Lupakan dulu entry South Korea
Nak cerita sikit dugaan overland kali ni.


7 Feb 2015
Anne, trip hadyai tu kan cover Thale lake tak? Kite nak p bulan 3 ni tapi tak sempat
~~whatApps pada Anne (ayat diubah sikit-sikit)

So bila Anne offer jomlah.. Apa lagi mulalah mencari info tentang Thale Lake. Jahat betul aku ni, Anne dan BFFnya pada mulanya nak cover Hadyai dan Songkhla je tapi aku masuk jarum ajak ke Patthalung.
Apa yang best disana? Nanti akan kuceritakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kami bercadang nak overland menaiki bas je sebab tiket flight super duper mahal
Sampai satu hari, aku rasakan perlu untuk beli tiket bas ke Hadyai sebab rasa macam ramai jer orang pergi Thailand masa Chinese New Year ni. Dan perkara ni kuutarakan pada Anne.

Memang betul semua tiket bas dan train habis. Yang tinggal hanya tiket bas coach VVIP RM 100.00
So, fikir punya fikir...bincang punya bincang menerusi telefon kami sepakat ambil tiket bas ke KL- Kangar RM 60.00 (11.30 malam 18 Februari 2015)

Sebelum beli tiket pelbagai soalan ku tanya
"Bang.. bas ni berapa seat?"
"1 + 2 seat dik. 2 + 2 sempitlah korang nanti"

"Bang, bas ni bas straight ke bas singgah-singgah?'
"Bas ni straight sampai Kangar"

"Bang, bas ni bukan bas tambahankan?"
"Bukan, bukan.."

So aku belilah tiket bas dikaunter Puduraya.

18 Feb 2015 (malam)
Bermula alkisah kami mengendong anak gajah.
Pukul 10 malam, aku ke kaunter untuk pengesahan tiket.
11.30 malam bas yang dinanti tidak kunjung tiba.
Aku call penjual tiket bas tu. Dan setiap kali itu juga jawapanya ialah jap...jap tengah setelkan masalah sikit.
Bergelimpangan penumpang tidur dilantai. Yerlah nak kemana lagikan?
Public transport dah tak beroperasi waktu begini. Rasanya nak je call adik suruh ambil dan kami boleh balik tidur tapi kami tak tahu jam berapa bas tiba.

Akhirnya bas yang di nanti tiba pukul 6.00 pagi.
Sempatlah aku tengok dorang main asing-asingkan tiket. Ha... tulah tamak..
Teori konspirasi aku ialah dorang jual tiket bas tapi tak update berapa terjual, berapa seat bas yang ada. Management out

DAN
Soalan aku tu jawapannya terbalik. 
Bas kami adalah bas tambahan iaitu bas sekolah
Bas kami 2 + 2 seater
Dan  bas kami bas singgah-singgah (TT) (TT)
~~rasa bersalah sangat beli tiket bas tu~~

Cuma dalam banyak-banyak perkara yang aku tabik ialah penumpang tidak marah-marah dan redho je tunggu bas dan penjual tiket bas tu tak lari..

19 Februari 2015
Setelah bas setel tapi kami terus diuji dengan jalan yang super duper jem. Hah ambik! Pukul 2 kami masih di Butterworth turunkan penumpang.
Pukul 5.40 petang barulah kami selamat tiba di Kangar
Pengsan

Mujur di Kangar, Shidi (thanks Shidi) kenalan aku semasa ke Korea mahu mengambil kami di stesen bas Kangar dan hantar kami ke Padang Besar. Dan berusaha cari transport ke Hadyai
Thanks Shidi jasamu dikenang. Tanpa Shidi mau kami tidur semalam lagi dekat Kangar/Arau/Padang Besar. Hihihi

Ke Hadyai, kami terpaksa ambil prebet sapu/kenderaan ke sana. Dengan kadar RM 130 selepas bermanis muka tak malu mintak diskaun. Berkali-kali juga kami dengar ayat "biasanya cuti-cuti macam ni abang mintak RM 180 tapi disebabkan kenang budi Pak Apa Ntah, abang ambil juga"
Aku tebalkan telinga jer dengar cakap dia.. hihihihi

Nak ambil prebet sapu ni korang kene pergi area masjid lama. Caranya di Padang Besar dari Kangar/Arau sebelum roundabout yang ada Maybank tu masuk kiri di jalan kecil. Dekat masjid lama tu ada kedai makan dan korang boleh jumpa sorang pakcik duduk dikerusi. Korang bolehlah tanya dia. Takde signboard yer.. Option ni bolehlah digunakan untuk sesiapa yang terpaksa juga nak ke Hadyai diwaktu tak de transport lain.

Abang prebet sapu tu guna jalan dalam dan bukannya jalan highway. Katanya jem. Aku yang duduk depan hanya berserah dalam pada masa yang sama berzikir agar dia tak jual kami. Hahaha.. Yerlah dok meredah kepekatan malam di jalan kampung mana ntah. Mujur jalannya cantik macam dihighway.

Alhamdulillah kami sampai di Hadyai dalam pukul 8.30 malam. Sampai je di Hadyai kami cari hotel. Dapatlah hotel 800 thb semalam. Dengan cuti public holiday macam ni tiada apa yang mampu diminta diskaun kecuali redho saja. Hahaha.. Nasib baik dapat hotel.

Aktiviti malam pula seperti biasa ialah makan dan melawat sahabat baikku di Thailand. Say hi to Seven Eleven. Hihihi

Oh ya.. urusan di imigresen Thailand sedikit kecoh ye. Arrival card yang tak sepatutnya diniagakan menjadi satu perniagaan. Tolong tulis RM1. Boleh jer tolak taknak dia tolong tuliskan tapi tak diberinya arrival card... Kepentingan arrival card? Korang google sendiri yer. So nak tak nak terpaksa bagi juga dia tolong tulis! Dush!!!!
Mereka di Thailand menghalalkan cara tu.

Dikaunter imigresen rata-rata blog kata kene selitkan RM 1 dalam passportkan? Aku tak ingat sebab apa tapi aku cuba nasib tak selitkan RM 1 dan aku terlepas. Aku sajalah yang terlepas tapi Anne dan Hawa kena juga bayar. Errk!

BERSAMBUNG

Comments

  1. Aduhai izza... bukan main lagi dugaan nak sampai Hatyai. Cepat sambung... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah PM. mode nak mengarang dah kelaut... huhu

      Delete
  2. macam macam dugaan nak sampai sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi macam-macamnya Mrs Smile. Cuma belum dipublishkan lagi.. Hehehe

      Delete
  3. Salam. Hee seronok ke siam walau dugaan ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal tiga lalat. Yerp Siam negara yang saya suka sebab dekat dgn Malaysia

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan