Skip to main content

Berjimba di Mabul - Boleh Bah Kalau Kau (part 1)

Hujung bulan 4 lepas tibalah masa yang kami nanti-nantikan. Yerp betul, bagi aku dan Laila, biarlah percutian lain dinafikan (erk) tapi yang Mabul ni mesti, perlu, dan wajib pergi. Oleh kerana inilah percutian lama yang kami idam-idamkan (sejak tahun 2013 tau kami hunting tiket murah) jadi kami perlu study lebih sedikit untuk memastikan perbelanjaan dikurangkan atau dapat ditipiskan. Hehehe.. Biasalah Mabul, Mataking, Perhentian dan seangkatan dengannya semua percutian yang lebih mahal dan jauh dari kemampuan kami. Jadi kami membahagikan tugas. Laila mencari sesiapa yang berkeinginan menjoinkan diri di Mabul dan aku cuba mencari info semurah mungkin. Hampir pening juga kepala sebab tengok chalet/resort/lodge yang $$ banyak kosong-kosong dibelakangnya. Alhamdulillah berhasil bertemu dengan beberapa pakej yang menarik yang bertepatan dengan kehendak kami. Nanti aku ceritakan.

Perjalanan kami bermula. Seperti biasa kalau takde drama, bukanlah percutian aku dengan BFF Laila. Awal pagi hari lagi aku dikejutkan dengan WhatApps Laila mengatakan yang sorang tak dapat join sebab begnya dicuri ketika bersembahyang. Aku? Just suruh Laila bersabar dan bertenang. Yerlah benda nak jadikan takkan nak meraung. Lagipun nak ke negeri bawah bayu perlu menggunakan passport atau kad pengenalan. Memang tak sempatlah nak buat barukan.. Tenang..tenang. Ekceli dalam hati rasa habislah kami perlu tanggung bahagian si A.

Tiba di airport, aku ternampak A. Hatiku kuat mengatakan memang begnya dicuri. Kalau tidak takkan dia sanggup nak muncul disitu. Kami berbincang. Hal berkaitan dengan duit, kami boleh dulukan duit kami tapi macam mana dengan IC???? Memasing sepakat punggah beg si A dan jumpa IC tebuk (IC lama) dan si A mencuba nasib di imigresen LCCT. Arggggh lepas. Alhamdulillah...
 
Maka berangkatlah rombongan mak jemah berlapan ke Tawau dengan perjalanan selama 3 jam menaiki belon Air Asia. Bangun, tidur dan bangun semula masih tak sampai-sampai. Perjalanan lama kurasakan dan Mabul dah memanggil-manggil dah tu.

Touch down je Tawau, handphoneku buat hal. Terpaksa pakai handphone 3310 untuk menelefon van yang sudah ditempah awal.. Dan perjalanan kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Semporna. Dan kami diberitakan yang jalan-jalan di Semporna jem ya amat. Sebab ada perayaan Regatta Lepa. Apa tu Regatta Lepa? Nanti aku ceritakan dalam entry seterusnya...





p/s: Disebabkan tahu perangai Si A yang selalu menghilangkan barang, jadi aku berbesar hati menyimpan slip kedatangannya ke Sabah. Ha nanti tak balik ke Semenanjung Malaysia pula.


Comments

  1. Nasib baik boleh guna lg ic d tebuk tu tp skrg ni Jpn dh x kembalikan ic lama so setiap hanya pegang 1 ic shj. Alhamdulillah nasib baik ic tebuk tu ada kan. Jm pun byk dgr beg hilang waktu solat Jm pun pernah kena tp pencuri tu ambil duit je

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...