Skip to main content

Salam Lebaran 1435H

 Mula-mula nak bagi ucapan pakai kad ni... Tapi nampak aksi orang menendang sambil pegang payung.. Hish tak jadilah.. Kikiki..
Gigih tak bawak baju kurung untuk berphotoshoot? Kikiki


Pilih gambar ni pulak. Adoi ramai la pula umat disana... Cancel
Scroll ke bawah lagi yer....




Haaaa... Amik yang nilah.. Hehehe Aku di Eifel Tower, Paris... Waaa ada tulisan cek Ciner. Nantikan post aku yang lain nanti......kalau rajin


Ok!
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang membaca blog yang tak seberapa ni. 
Terima kasih sebab sempat singgah. 
Seperti biasa mood menulis atau letakkan gambar dah kelaut. Hehehe
Mohon ampun segala salah silap saya sepanjang saya berbelog ni. 
Dan paling penting, bawa kereta hati-hati dan selamat sampai ditempat yang dituju.
 

p/s : Persiapan raya tahun ni macam biasa saja. Takde havoc, takde shopholics atau diva. Simple, sempoi dan yang penting masa post ni diupdate aku tak sempat buat kuih lagi. Hehehe.. Esok (Sabtu) pulun habis-habisan.

Sama seperti tahun-tahun lepas, aku bertindak sebagai penjaga opis. Ye betul raya ke empat aku sudah kembali bekerja. Kedekut cuti kekdahnya. Hihihi..

Comments

  1. Penjaga opis ya?? Welcome to the club, izza hehehee...

    Selamat hari raya, maaf zahir & batin...hati2 di jalan ya izza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerp sy dan awak hampir setiap tahun jadi penjaga opis.
      Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
      Err kalau ada plan bercuti di cuti sekolah sudi-sudikanlah ajak saya =)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...