Skip to main content

Menjengah ke Cameron Highlands 2

Itukah gunung yang kami daki semalam
 Pagi ni masing-masing lambat bangun. Keletihan beb. Semua sakit-sakit badan penangan Irau gitu. Hahaha. Cadangan nak bertolak awal pagi memang hancus. Jadi agenda kami hari ini ialah melawat Ladang Teh Sungai Palas. Oh ya kami tak turun ikut Tapah sebaliknya masih ikut Simpang Pulai. So hanya ladang teh ini saja yang boleh kami lawati.

Oppss sebelum tu aktiviti membeli belah mana boleh lupa kalau kesini. Aku dah beli banyak barang kelmarin jadi aku beli barang yang ringan-ringan je. Tak mampu aku nak mengangkut hasil rampasan shopping sebab kereta kami parking agak jauh. Sambil tunggu mereka membeli dan membelah aku sempat beli ketip kuku. Dah macam ntah apa-apa dah kuku aku ni. Menata rias kuku dihentian bas gitu. Memang tak senonoh. Lepas semua dah berkumpul, kami pun ke ladang teh Sungai Palas.

Selepas parking kereta, masing-masing dengan kaki berdengkot-dengkot mulalah naik ke muzium teh dan restoren Sungai Palas. Errr malas rasanya nak menaip. Meh tengok gambar.








Selepas tu kami pun turun ke Simpang Pulai.
Opps ada pula nak jadi petai hunter. So mulalah kami menyinggah setiap gerai yang ada petai. Aku macam biasa nampak terus bayar dan ambil. Hahaha motip sangat tak tahu nak pilih petai. Anne dan Fathi memang petai hunter terbaik dari ladang. Setiap papan petai mereka teliti dan akhirnya pencarian mereka berakhir disebuah kedai tepi jalan.

Kemudian selesai turunkan Laila, kami berempat balik ke Kuala Lumpur dengan kepenatan yang luar biasa. Esoknya aku gagah bekerja dan terus mintak half day sebab nak ke klinik kesihatan untuk minta antibiotik. Risau kot jatuh dalam kolam lumpur yang tak tahu apa yang ada dalam sana.(TT) (TT)

Alhamdulillah, aku tak demam cuma sakit kaki sedikit. Badan pun tak ada calar balar atau lebam.

Comments

  1. Bila tgk ladang teh sungei palas ni terus rasa sedih coz 2 kali ke cameron thun ni 2 kali jgk tidak berpeluang sampai d sana. Last week pegi sampai pekan brinchang je jamned yakamats pastu enjin kereta dh panas dan berbau hsngit terus batalkan niat huhuh
    Psst: header dan pic profile dh bertukar lah...ooo x bersni nk komen ke? X pe komen je kat blog Jm tu, im open minded n komen apa aje :-) baru tahu izza ada singgah kat sana :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM sana mmg jem kalau hujung minggu. Tapi kalau pergi hari biasa maybe takde hal.. =)
      Sebenarnya header tu tersilap tukar, takde masa nak cari header lain so biakan kosong jer.. Pic profile sebab suka cartoon daddy long legs :)

      Delete
  2. izza, saya yang dok CH ni pun baru sekali naik sungai palas... bercinta nak naik situ.. tapi dah dok atas tu view memang cantik...sejuk je

    JM dah dua kali datang tahun ni? kali ke3 boleh la hello...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Cheq Sue biasalah kalau depan mata kita akan pandang sebelah mata.. Tapi bila dah jauh kita akan rindu dengannya. Beruntung Cheq Sue duduk sana. Sebab sana SEJUK!! sini sejak fenomena EL NINO ni rasa macam nak cari water heater yang boleh keluarkan air sejuk.. Huhuhu ade ker?

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga

Passport Hilang

Passport hilang Next travel hari jumaat (18/12/2015) tp baru semalam (15/12/2015) aku mencari passport. tapi malangnya passport tak dijumpai... arghhh sudah cari info dlm internet nampaknya tak berapa membantu kecuali bab buat polis report. Disebabkan aku perlu fly pd 18/12, aku kena bt passport secepat mungkin. Sesudah bosan mencari tempat harta karun kusimpan passport aku try pula godek-godek laman web imigresen Malaysia. Namun jawapan mendukacitakan katanya 5 hari bekerja. Arghhh parah!! Hari ni (15/12/2015) aku keluar seawal 7.00 pagi dan aku bermula dengan report police dulu. Kemudian aku buat keputusan nak ke tempat kerja sebentar dan akan ke imigresen Wangsa Maju. On the way ke tempat kerja aku try juga call hotline imigresen. Malangnya jawapan diberikan mendukacitakan. kaunter melayan kehilangan passport hanya di Putrajaya dan Jalan Duta. Dalam kes aku ni, aku ke Imigeresen Jalan Duta. Disebabkan aku terlupa 'short term memory lost' jalan ke imigresen Jalan