Skip to main content

Kembara Poket Nipis Bersidang kembali :P

Wah gagah tak tajuk? Tajuk tak mencerminkan langsung kemana akan aku dan kawan-kawan tujui. Hihihi.
Biasalah saja highlight tajuk sebab kami semua berpoket nipis.

Err percutian kami kali ini sebenarnya tercetus bila melihat banyak cuti yang boleh diambil sempena cuti Deepavali, Awal Muharam dan cuti hujung minggu. Dan bila cuti ada, banyaklah pula idea tercetus dan ramai yang on, makanya menjadilah trip kami kali ni.

Tujuan kami kali ini ialah ke Penghujung Selatan Benua Asia, Singapore, Bintan dan Batam dengan menaiki keretapi ke JB Sentral. Wah cita-cita aku nak naik keretapi ke selatan Malaysia sudah tercapai. Mana tahu nanti boleh buat overland keluar negara pula....... errrkkkk

Aku sampai KL Sentral dalam pukul 8.30 malam. Ya Allah ramainya umat manusia disini. Aku dan kak Rin lepak-lepak dilantai untuk killing time (erk) berhampiran KFC sambil menunggu kedatangan ahli poket nipis yang lain.. Mula-mula rasa janggal juga lepak-lepak diatas lantai yang sejuk tu tapi ramai pulak yang join duduk sekali. Hehe rasa takde hal kot.

Hah, bila dah sampai ketua pembeli tiket .. Erk aku tak tahu sebenarnya cara nak naik keretapi so Razat perlu mengetuai kami.


Sebenarnya kami sepakat pilih gerabak yang ada katil dan berbilik tapi biasalah booking lambat dan masa public holiday pulak tu memang dapat gerabak yang ada katil saja. Takpelah nama pun poket nipis.


Kami sampai di JB Sentral dalam pukul 6.00 pagi dan ketua poket nipis hehehe.. Awa sudah tunggu. Tapi disebabkan misscomunication menyebabkan kami ambil jalan ke Woodlands. Hah naik turun tanggalah diawal-awal pagi ni.

 Info
-KTMB berkatil selesa bagi aku walaupun aku pilih katil atas
-Tiket boleh dibooking melalui online



Comments

  1. Okla kembara ni. Kategori nipis tak nipis sangat la. Haha. Kalau nipis gerabaknya hanya atas kusyen. Smp johor nant kematu montot tu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.. nak merasa berkatil dalam train.. tak pernah kaedahnya...

      Delete
  2. Mcmm best je trip ni bila nk sambung story :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. trip biasa2 jer JM. Eh JM kite ada email something. Tgk tau

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat memba...