Skip to main content

Bukit Tinggi - 3rd Day

Hari ni kami nak free and easy. Nak bersusah-susah bersenang senang kemudian.. Hehe leh la jimat duit supir dan penjimatan tu boleh dilaburkan pada kain-kain.

Pagi kami bermula dengan menaiki angkutan ke Lubang Jepang. Lubang Jepang ni merupakan salah satu tinggalan zaman Jepun. Ia baru dijumpai pada ....... (err tak ingat). Lubang Jepang ni berbeza dengan Chu Chi Tunnel, Vietnam. Nanti akanku buat posting mengenai perbezaannya...














Tour guide kami di Lubang Jepang. Rasanya tak salah membayarnya untuk mendapatkan penerangannya. Kalau masuk kedalam Lubang Jepang, kita akan terpinga-pinga kerana tiada info atau tulisan menerangkan tentang Lubang Jepang




Disebabkan tangganya tinggi, kami terpaksa keluar di tempat lain.Risau makcik penat. Walaupun keluar ditempat lain tapi sangat berbaloi-baloi.....


Nah inilah pintu keluar kami. Ia berkunci dan hanya diberikan pada guide.. Cantik... Dan disungai itulah mayat-mayat penggali Lubang Jepang dialirkan...

Keluar dipintu ini menyebabkan kami perlu kembali ke Lubang Jepang dengan menaiki angkutan. Agak sukar mendapatkan angkutan dikawasan ini. 

Kembalinya kami ke Lubang Jepang, kami ke Ngarai Sianok (bersebelahan dengan Lubang Jepang)..
Pemandangan Ngarai Sianok ini boleh disamakan dengan pemandangan di Black Canyon Amerika.

hah baru jelas...

Sekitar Ngarai Sianok









Usai disini kami meneruskan perjalanan ke Jam Gadang. Menurut pak Hendry Jam Gadang merupakan titik pertemuan antara uda dan dara kerana masa tu tiada henpon. Jadi mereka berjanji bertemu di Jam Gadang untuk bermadu kasih. Owh lupa ya.. Pak Hendry ini belum berkahwin. Mereka yang aku katakan tadi ialah pasangan yang sedang bercinta. Malam sebelum itu, aku dan Laila berjalan kesini dan kami berjumpa dengan pasangan omputih sedang membuat pertunjukan api disini sambil meminta sumbangan. Guess what i'm thinking.........

Di Jam Gadang kami membuang duit masa untuk melepak-lepak. Sebelum itu kami makan di Restoren Nasi Padang Simpang Raya. Marveles, sedap.... Persekitaran Jam Gadang seperti Dataran Merdeka. Ramainya orang disini dengan gaya tersendiri.





Nak bergambar? boleh aja.. Hulurin duitnya dulu...Heheheh






Di Pasar Ateh -Tempat kami membuang masa dan wang...




Kami pulang ke hotel dengan menaiki bendi



Comments

Popular posts from this blog

Lombok? Hati-hati ya - Part pengenalan

Sedikit tentang Lombok   Oh ya trip kali ni cuma kami berdua saja walaupun plannya berlima pada mulanya ingin turut serta. Semuanya kerana tiket yg super duper mahal nak @#&%&..dan masalah-masalah yang dihadapi oleh kawan-kawan. Kami berdua terpaksa proceed juga sebab sayang nak burnkan tiket yang telah kami beli. Tiket pergi saja RM260 via Lion Air  dan tiket balik RM198 via Airasia. Haish sejak Lombok populer, harganya mencanak naik. Bertabahlah... Sebenarnya ramai nak join tapi bila tengok harga tiket flight, semua tarik diri. Plan kami bertukar 100%. Nasib baik kami memang dah buat siap-siap back up plan. Hahahah gelak jahat.... Tapi awal-awal kena say bye-bye pada Rinjani. Kami kesini hampir seminggu dan tidak mampu menjelajah keseluruh pelusuk Lombok. Kekangan masa.  Sebelum korang ke Lombok mari kenali Lombok sedikit. Aku ada kesimpulan aku sendiri. -Lombok juga dikenali dengan pulau seribu masjid dan boleh dikatakan 100 perat...

Doa buat Malaysia

gambar gogel Tahun 2014 banyak terlalu banyak meninggalkan luka, sedih dan pedih untuk Malaysia. Aku pun terkesan dengan kesedihan ini. Antara yang aku ingat dan merasa terkesan (TT) -Cuaca kering dan panas melanda Semenanjung Malaysia -Catuan air -Jerebu berlaku di Semenanjung Malaysia -Kapal terbang Boeing milik Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang -5 remaja meninggal dunia di Future Music Festival Asia disebabkan pengambilan dadah berlebihan -JAKIM telah menggantung sijil halal setelah dua produk coklat Cadbury disyaki mengandungi DNA khinzir.  -Sultan Azlan Shah (Sultan Perak) mangkat pada usia 86 -Gaza berdarah lagi.  -Seorang remaja kurang upaya berusia 15 tahun diabaikan oleh ibunya dan masa ditemui kelaparan. Allahhuakbar -Pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh dan terhempas di timur Ukraine berdekatan sempadan Russia -Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Johor dan Selango...

Pengalaman seciput 2018

Tahun 2019 bakal melabuhkan tirainya. tapi nak juga up sikit seciput pengalaman lain saya tahun 2018. Pencapaian tahun lepas (2018) untuk travel jelah tau. -Berjaya bawa motor di luar negara. Ekceli saya tidak tahu pandu motor yea. Tapi semangat mencuba tu penting. Saya berjaya bawa motor di Phuket. Bila jumpa roundabout mulalah berpusing tiga kali sebelum dapat masuk ke lorong yang betul. Err jangan ikut perangai saya.  hi Patong -Join run di luar negara. Phuket jer pun. Menarik tau run ni. Sebab ia lebih kurang sama dengan larian Sultan Nazrin. -Berjaya bawa kereta belah kiri di Europe. Ni pun kiranya pengalaman pertama. Dan ia manual. Ya manual. Hukhukhuk.. Ia kerana ahli mak jemah lain (2 orang lagi) tak berkeyakinan nak drive side kiri di Europe. Idea datang dari seorang kawan dan kami realisasikannya. Paling susah saya rasa bawa di Amsterdam. Sebab kena alert pejalan kaki, basikal dan motosikal.  -Saja up share tiket m...