Skip to main content

Posts

Ade Je Nih

Yes aku masih kekal bernyawa di bumi dan masih meneruskan aktiviti lagho aku iaitu jenjalan. Tapi taklah segempak orang lain setiap bulan travel merata benua. Benua yang aku terokai lebih pada negara jiran jer. Kikiki itu pun sudah syukur alhamdulillah. Tapi tahun ini aku lebih kepada aktiviti outdoor. Mula menjebakkan diri sebab nak training Kinabalu (aku dah booking dan bayar semua) tapi takdir tak menentukan saya memijakkan kaki kesana. Mungkin ada hikmahnya. #nangisbucukatil Aktiviti Hiking Bukit Kutu + Camping Pertak (2h1m) Bukit Kutu ni terletak di Kuala Kubu Bharu dan perlu permit untuk mendakinya. Aku rasa ia sepatutnya dipanggil Gunung Kutu sebab jarak dan ketinggianya. Disini ada chimney dan rumah penjajah British (rumah ni aku tak pergi). Puncaknya di batu dan korang perlu meniti sedikit tangga untuk sampai ke puncak. Tapi janganlah lama-lama sebab ramai lagi tunggu giliran nak bergambar. Aku sukakan treknya yang berapa pacak dan banyak landai...

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku. Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu. Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat. Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku denga...

Open Trip Ke Surabaya

Assalamualaikum/ Hi korang. Ada sesiapa ada wishlist nak ke Bromo/Ranu Kombolo n Ijen tapi sampai sekarang still wishlist. Jom realisasikan wishlist korang tu. Kita share cost transport + jeep dan sebagainya ke Ranu Kombolo, Bromo dan Ijen Date: 26/8/2017-3/9/2017 Flight Surabaya (Return)  Main plan ke sampai Ranu Kumbolo (boleh tengok cerita 5cm), Bromo dan Ijen dan Pulau Madura Dalam trip ni ada hiking, sightseeing, air terjun, sunrise, sunset, cuci mata dan sebagainya. kalau berminat boleh email saya... yang pasti korang akan dapat kawan baru, pengalaman baru, trip bromo/ijen maybe biasa-biasa je tapi ada add on yang menarik tau.. Nak tau? Jom la join kami izza_dude06@yahoo.com

Fitnah sedang tidur, jangan kejutkan dia

nanti iols masukkan gambar pemandu pelancong hari ni sy tiba-tiba rajin nak update blog.  hmm..  saya nak sentuh sikit pasal kelahiran ramai pemandu pelancong tak bertauliah.  yerp saya pun dulu ada juga buat sikit-sikit. ok kita kenali dulu pemandu pelancong tidak bertauliah,  teman travel/teman backpack,  ejan tour 1)pemandu pelancong tak bertauliah ni bagi pendapatan saya ialah dia ambil sedikit keuntungan dari bawa pelancong untuk duit poket sendiri.  cas dikenakan biasanya agak murah berbanding no. 3 2)teman travel/backpack lain tau.  itu teman yang sanggup travel bersama anda  tanpa melibatkan sebarang keuntungan. sendiri buat itinerary dan sendiri plan.  maksudnya susah senang bersama-sama.  3) tour ejen ni sama seperti no 1 cuma ia bertauliah,  ada lesen dan ada contact yang bagus.  kire percutian korang agak proper lah.  kelemahan dorang ni 1. disebabkan dorang ni tak bertauliah. so apa2 kemungkinan adalah ...

Rayani Oh Rayani part 2

Sedikit update dari FB Rayani Air Pelanggan yang budiman, Kami pohon kemaafan kerana masih tidak mampu untuk membuat pembayaran balik (refund) ke atas tiket penerbangan walaupun telah mencuba sedaya upaya. Penarikan balik lesen-lesen ASL dan ASP kami dibuat ketika kami sedang memuktamadkan pelaburan ke dalam syarikat penerbangan ini. Dengan penarikan balik lesen-lesen ini, tiada pelabur yang mahu bekerjasama dengan kami. Dengan penarikan balik lesen-lesen tersebut, pihak pelabur yang telah memberikan komitmen memasukkan dana pada 30 Jun 2016 bagi menyelesaikan refund telah menarik diri di luar jangkaan kami. Walau bagaimanapun, kami sedang berusaha keras untuk pihak DCA dan MAVCOM memberikan peluang kedua untuk kami beroperasi. Dengan peluang kedua ini, pelabur akan mengambilalih pemilikan syarikat dengan tim pengurusan baharu yang lebih baik. Kami tidak boleh menjanjikan tarikh ianya dapat dilaksanakan, namun yang pasti keutamaan kami adalah obligasi kami terhad...

Rayani oh Rayani

Sungguh aku pun terjebak bila ada tiket murah dari Rayani. Aku nak juga merasa naik belon dari Rayani. Sebelum ni cuma pernah naik Mas dan Airasia jek (TT) (TT). So aku pun beli beberapa tiket ke beberapa destinasi dengan sumbangan pinjaman credit card kenkawan. Aku tak de card credit. So hanya mengharapkan belas ihsan kenkawan yang baik hati untuk menggunakan CC mereka. Ingin merasa penerbangan Patuh Syariah mereka. Ingin merasa makanan free mereka, ingin melihat pramugara dan pramugari yang cantik dan bersopan, ingin melihat sedikit perubahan yang diperkatakan mereka. Walaupun masih baru, aku kira tidak sampai tiga bulan beroperasi, aku sudah ada tiket ke Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching dan Kota Bharu. Nampak tak, tamak sungguh memburu tiket murah. Aku dan penumpang yang lain yakin dengan Rayani Air. Yakin dengan motonya Patuh Syariah. Namun tiket hanyalah tiket saja. Tidak menandakan anda layak terbang! Bermula dengan delay, cermin pecah, juruterbang mogok dan sebagainya dan...

Pine Tree Hill 1 May 2016

Minggu ni aku meluangkan sedikit masa tuk hiking. Niat yang dah lama dipendam tercapai bila Along (jiran) aku mengajak aku kesini under trip Siput Trekkers. Aku on aje sebab nak try trail dia. Tapi dalam masa yang sama kupu-kupu berterbangan juga mengenangkan trail nya yang dikatakan hazabedah..  Aku kesini (Bukit Fraser) bersama Along, Anne dan kawan Along. Jumlah keseluruhan peserta untuk trip ini adalah 30 orang termasuk guide dan sweeper. Guide diketuai oleh Yam dan sweeper diketuai oleh Firdaus.  Permulaan track aku berjalan bersama Anne dan kemudian aku berjalan sendirian. Aku berjalan mengikut nota kekura yang dijumpai. Sebenarnya nota itu banyak membantu peserta seperti aku yang pancit tapi degil nak menjelajah Pine Tree.  Aku turun aku naik dan turun balik. Kemudian aku jumpa geng Nisa dipertengahan dan join dorang. Kenkadang aku tinggalkan mereka dibelakang kenkadang mereka potong aku. Mujur treknya tak  seteruk Irau yang bersel...