Skip to main content

Posts

Bangkok - Gunakan semua yang ada di Bangkok Part1

Assalamualaikum dan salam sejahtera Ok hari ni kami bercita-cita menakluk Maeklong Market dan Floating Market. Inilah salah satu punca aku menyertai perjalanan kali ini hostel kami Perjalanan kami hari ini sangat panjang sampai tak terduga dek akal. Hahaha. Sampai satu tahap aku cadangkan ambillah van supaya senang tapi ada sebab kenapa kami pilih jalan susah. Ya kami akan ke Maeklong Market yang jauhnya 80 km dari bandar Bangkok. Kalau ikutkan apalah sangatkan 80km tu kalau naik kereta tapi kan kami pilih public transport jadi bertabahlah baca kisahku. Ahaks.. Perjalanan kami pagi itu bermula dengan sarapan pagi. Pesan Nani dan Anne, makan puas-puas sebab perjalanan panjang hari ni. Seperti biasa nasi segera (Nasegera) jadi juadah kami, mushroom soup dan coklat. Dan kemudian kami melangkah ke Stesen Surasak (10 minit perjalanan) dari hostel kami. Sampai-sampai distesen, aku sempat melirik pada kertas yang ditampal tapi sengaja di'ignore' sebab aku mana faham ...

Mabul 2014

Penat tak hilang lagi, sunburn tak hilang jugak (TT) tapi saya  Nak velanja video voley?? Meh tengok video kami dekat Mabul Ni dekat Paradise 1...

Sangkhalaburi Ke Mana Kita? - Masih berbolak balik

Hingga ke jam 11, email jawapan dari embassy Malaysia tidak kami perolehi. Hati risau nak meneruskan langkah ke Bangkok tapi Maeklong marketlah antara sebab utama aku ikut trip ni. Ikutkan hati mahu saja redah sampai sudah tapi keselamatan adalah utama. Akhirnya Nani nekad telefon embassy Malaysia. Namun jawapan yang diperolehi mendukacitakan. Mereka sarankan kami tangguhkan dulu ke Bangkok atau ubah plan. Keadaan huru-hara!!! Bangkok bergolak. Kami tidak puas hati dengan jawapan tu dan akhirnya Nani call hostel yang kami booking. Jawapan yang kami terima 360 darjah berpusing. Bangkok aman saja. Tiada rally atau demo. Kami berbincang. Aku lebih mahu ke Bangkok atau Ayuthya, Anne sama ada Bangkok atau stay semalam di Sangkhalaburi, Nani dan Nik pula ikut saja. Akhirnya kami........ Meh layan gambar dulu....  Nilah pengangkutan kami ke terminal van. Aku sempat snap gambar dorang.. Dari Sangkhalaburi kami ke Kanchanaburi. Dalam van, aku pening-pening dan lo...

Sangkhalaburi Hari kedua petang - Hati berbolak balik

Habis jer buat aktiviti air kami balik ke bilik. Owh lupa pula nak bagitahu sebenarnya masa kami sampai di guesthouse ni, kami jumpa uncle lonely tu.. Ala yang naik van sama-sama dengan kami tempoh hari. Sempat la berhai hai pagi tadi sebelum berpisah. Petangnya kami jumpa sekali lagi dengan uncle lonely tu. hihih.. Suka-suka jer bagi nama. Bersembang lebih kurang dengan uncle tu siap buat date dan nak berdinner bagai dengan uncle tu. Hahaha..  P guesthouse Uncle Alain. Erk dia tak tiru picprofile sesiapa tapi ni gambar tangkap curi-curi   Sunset di P Gueshouse  Ha! Kiteorang berjanji nak berdinner bagai dengan uncle Alain tapi macam mana nak ke pekan? Uncle naik motor. Kami berempat memang taklah nak naik dengan dia. Nak sewa basikal tak ada pula perkhidmatan sewa basikal. Akhirnya kami decide jalan kaki meredah suasana malam yang sejuk dan anjing-anjing banyak berkeliaran. Mula-mula nak patah balik je sebab anjing asyik follow kite orang. Aku...

Ke Mana Kita?

Wishlist? Harap-harap tercapai

Sangkhlaburi - Tempat yang lain dari yang lain (Hari kedua)

Sambungan hari kedua di Sangkhalaburi Sori post ni banyak gambar. Sila bertabah Awal pagi kami gagah meredah cuaca sejuk (16 darjah celcius) ke Broken Bridge semalam. Nak tengok sunrise pula dan berjalan sekitar Mon Village. Meh tengok gambar... =) Awal pagi semua bersedia nak menembak Kabus yang tebal dan sejuk. Kami tidak bersedia dengan cuaca sejuk ni. Memang tak sangka baju sejuk diperlukan... Bertabahlah... Rumah air disekitar Broken Bridge.. Sebab apa ia patah, korang boleh gogel yer... Suasana disini sudah lebih kepada budaya Myanmar. Tengok aunty bawah ni. Orang Myammar memang suka tepek bedak Thanaka (macam bedak sejuk) tak kira dimana-mana mereka berada termasuklah di Malaysia.. Tapi kulit mereka memang cantik... Bedak thanaka... Nora Danish merupakan insan yang bertanggungjawab memperkenalkan bedak ni di Malaysia... Best tau pakai bedak ni sebenarnya. Aku suka pakai yang warna cream tu.. Ini Mon Village...