Skip to main content

Blog travel ke blog pertanian

Saya sudah bertukar minat mungkin. Saya lebih fokus pada projek pertanian saya diatas tanah sekangkang kera. Memandangkan tidak ramai share tentang info-info pertanian baiklah saya share 0.1 persen info yang saya ada. ia juga jadi info untuk saya untuk hari-hari kemudian.

Meh share sikit kenapa pertanian. Tak popular kot. 
Minat kepada pertanian tercetus bila Malaysia banjir besar 2014. Percutian di Korea tak boleh buat saya bergembira risaukan pokok-pokok durian ratusan tahun terendam dek air banjir. Rumah sewa pun habis, rumah kampung habis. Habis ditenggelami air.

Banjir surut saya segera periksa pokok-pokok durian tapi malangnya semua bagaikan sakit. Daun berguguran, dan ada saja dahan tumbang setiap hari. Bagaikan menanti rebah. Risaukan pokok rebah menimpa rumah tinggalan arwah ayah, saya dengan berat hati membenarkan pokok-pokok durian ditebang. Sobs. Pelbagai kecaman diterima masa tu. Saya redha. Hohoho

Kalau nak tengok keadaan pokok durian tu leh zoom sikit gambar dibawah. Ada rangka durian dibelakang-belakang tu



Tengok habis kosong semua tanah yang ada pelbagai buah-buahan. Durian,nangka, cempedak, jambu, langsat, rambai habis........
yang tinggal hanyalah pokok mempelam, manggis, rambutan, macang, limau kasturi dan sawit. 


Tapi saya dan emak (penguat semangat) bukanlah orang yang menangisi setiap dugaan. Kami cuba bangkit dengan cara kami. Untung saya memiliki mak yang bersemangat. 

Kami tanam pisang untuk menghiasi tanah yang kosong tu. Hampir 500 anak pokok pisang ditanam. Tapiiiii dua minggu balik ke kampung, dek kerana kekurangan info kebun kami dilanggar BABI. Semua tanaman disondolnya. Babi punya babi. Opss

Tapi kami tak mengalah wooit. Kami beli plastik buat pagar. Segulung dalam RM 80 tak silap. Kami beli lebih 5 gulung tak silap. Kami bergading tenaga dan opkos ada penggunaan tenaga lelaki. Orang Indonesia penyewa rumah kami. 
Buat pagar bodo-bodo jer. Nanti saya share gambar pagarnya. 



Ok nanti sambung balik

Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks

Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat membant…

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku.

Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu.

Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat.

Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku dengan zik…

Land Of Persia Part 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita sambung lagi hari pertamaku di Shiraz. Ali membawaku ke Grand Bazaar Shiraz untuk shopping. Idaklah aku nak shopping beria-ria sebab aku memang bukan kaki shopping. Meh kita tengok apa yang ada di bazaar ni.
Aku tak berapa sure tentang musim buah mereka tapi, buah oren banyak bergantungan disetiap pokok oren mereka. Nampak sedap nyaman tapi maaaaaaaasaaamm ya hamad.. Macam mana aku tahu? Hahaha Ali petikkan aku beberapa biji oren. Merasalah aku sebiji dan aku bawa balik ke Malaysia sebiji. Buat pemberat beg. Hahaha



  Sekitar grand bazaar mereka.












 Aku suspect dorang pengeluar jubin. Sebab banyak jubin disini. Fridge magnet mereka pun lain sikit. Diperbuat dari jubin dan sangat cantik. Of kos aku beli fridge magnet Masjid Al Mulk. Cantik weh.