Skip to main content

Netflix?

Ya dengan melanggan Netflix aku dapat mengikuti filem-filem yang selama ini aku banyak tertinggal. Hehe
Aku bukanlah penonton drama tegar, filem tegar malah bukanlah pengikit setia KD Drama. Sepanjang musim covid ni lah barulah berpeluang nak menonton filem-filem lama-lama. Antara filem yang jadi pilihan aku untuk direviewkan ialah Sang Pemimpi


Sang Pemimpi (2009) merupakan kesinabungan filem Laskar Pelangi. Filem ini menceritakan mengenai Ikal dan saudara sepupunya, Arai, serta sahabatnya, Jimbron, pada usia remaja, dan mengisahkan mengenai anak remaja yang mencari identiti diri pada usia 17 tahun.
Watak Ikal seorang yang pendiam yang banyak berfikir tapi lebih suka menjadi pengikut. Arai seorang anak yatim piatu yang diambil ayah Ikal disebuah pulau. Ia bersifat menjadi ketua dan tahu arah tujunya. Dan Jimbron pula mempunyai minat yang tinggi terhadap kuda. Mereka belajar di SMA yang sama dan sementara itu bekerja demi mengejar cita-cita mereka iaitu ke Eropah untuk sambung belajar. Ketiganya berusaha untuk mengatasi masalah-masalah yang mereka hadapi.

Saya suka quote ni. Ia diucapkan semasa cikgu Mustar memjuk Ikal yang merajuk tidak mahu kesekolah di jeti kapal. Ia sampai untuk saya. Sebab saya gemar bermimpi tapi dalam masa yang sama cuba meraihnya.  
Kalau mahu bermimpi yang tinggi, bermimpilah. Tapi kamu harus yakin mimpi itu dan temukan jalan terbaik untuk meraihnya.
Lokasi filem ini di Belitung. Aku sudah lama bermimpi nak kesana. Bukan sebab nak tempat pengambaran dan bukan sebab lautnya. Tapi ingin mendengar cara percakapan mereka yang lain dari bahasa Indonesia sebenar. Anehkan? Harapnya Covid19 ni cepat menjauh. Aku ada tiket kesana. Harap-harap dipermudahkan.



Ini adalah kisah tentang mencari pasangan jiwa seseorang. Kisah tentang mencari cinta pertama dan cinta terakhir. Cerita tentang presiden ketiga Indonesia dan isterinya. Kisah tentang Habibie dan Ainun. Rudy Habibie adalah seorang jenius dalam pesawat udara dan dia mempunyai impian besar. Dia mengabdikan hidupnya ke Indonesia dengan membina pesawat dalam menyatukan Indonesia.
Sementara itu, Ainun adalah seorang doktor muda dan pandai yang mempunyai kerjaya yang indah di hadapannya. Pada tahun 1962, dua orang rakan dari sekolah menengah yang sama sebelum ini, bertemu lagi di Bandung. Habibie terus jatuh cinta dengan Ainun yang mmanis seperti gula. Tetapi Ainun bukan sahaja jatuh cinta, dia mempunyai kepercayaan dan keyakinan dalam visi dan impiannya. Mereka berkahwin dan berpindah ke Jerman. Mempunyai mimpi dengan niat untuk menjadi kenyataan tidak pernah mudah. Mereka berdua tahu itu. Cinta mereka semakin kuat dalam perjalanan merealisasikan impian mereka. Iklim sejuk di Jerman, pengorbanan, kesakitan, kesepian dan godaan kekayaan dan kekuasaan ketika mereka kembali ke Indonesia menanam kehidupan mereka sebagai satu. Kepada Habibie, Ainun adalah segalanya. Dia adalah epal matanya. Kepada Ainun, Habibie bermaksud segala-galanya. Dia adalah cintakan hidupnya. Walau bagaimanapun, semua cerita mempunyai pengakhiran, setiap mimpi mempunyai batasannya. Dan pada satu ketika, pasangan jiwa sedar; adakah cinta mereka akan terus kekal?
sumber wikipedia https://ms.wikipedia.org/wiki/Habibie_%26_Ainun
Bagi saya, saya terkesan dengan watak jiwa besar Habibie. Kalaulah ramai orang sebegitu. Bestnya. Ingin melihat bangsanya maju, tidak terpengaruh dengan wang ringgit dan wanita. Tapi susah jika sorang saja berusaha untuk melihat bangsanya maju. Mereka perlukan kerjasama. Seperti sekarang, kita bekerjasama membasmi COVID19, insya Allah virus ni akan pergi. Jika sorang saja tidak berjaya.



Cerita lain yang saya tonton tidak kurang hebatnya. Tapi yang agak-agak membosankan saya terus skip jer. Banyak pula KD Drama dalam netflix ni. Hmmm

Comments

Popular posts from this blog

Jom belajar matawang Thailand (Baht) dan airport Don Mueang, Bangkok

Oleh kerana aku dah terjatuh chenta dengan Thailand/ Siam ala negara yang digelar Land of Smile tu. Meh sini aku nak cerita serba sikit pasal matawang Thailand dan airport Don Mueang, Bangkok.Aku nak cerita pasal airport Don Mueang je tau dan bolehlah tolong korang sikit-sikit apa yang aku tahu. Kira kalau korang nak terjah di Bangkok bolehlah sangat tapi sile baca sampai habis yer.. Tapi airport Suvarnabhumi korang jangan tanya yer sebab aku belum lagi merasa mungkin satu hari nanti bolehlah aku share pengalaman disana. Alasan merepeatlah tu. Hiks

Bahasa. Ha ini masalah utama disini sebab kebanyakan mereka tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. So korang boleh bantai cakap Melayu saja dan dorang akan balas dalam bahasa Thai. Tapi tak mengapa sebab mereka ni sangat membantu jadi kalau maksudnya jauh mereka akan tunjuk perbuatan penat, kalau lapar tunjuk perbuatan sapu perut. Hah macam tulah. Hiks.. Kalau nak senang, bawak gambar rujukan dalam kamera korang. Insya Allah sangat membant…

Keajaiban Kecil

Maaf dah lama tak update blog. Blog semakin lama semakin dilupai. Semacam dah tak relevan sejak adanya Instagram. Banyak post aku tertangguh. Maafkan aku.

Disini aku ingin share salah satu keajaiban kecil yang berlaku pada diriku. Tahun 2017, hampir dua tiga bulan aku menjalani hidup suram. Ya suram akibat satu fitnah. Apa fitnahnya? Biarlah jadi rahsia aku dan rakan yang mengetahuinya. Bangun pagi je aku menangis mengenangkan wujud sehari lagi hari yang perlu aku lalui dengan fitnah itu.

Orang sekeliling mengeji, aku pura-pura buat bodoh tapi sakitnya Allah yang tahu. Orang sekeliling melarikan diri, aku tetap dengan diri aku sehingga hatiku menjadi kering. Meratapi fitnah yang tidak pernah kubuat. Aku dikambing hitamkan atas kesalahan yang tak pernah aku buat.

Aku hanya mampu berdoa, aku mengisi masa lapangku dengan bacaan Al-Quran yang sering aku tinggalkan dan aku mengisi malamku dengan solat sunat hajat, taubat dan isthikarah agar dipermudahkan semua. Aku hiasi bibirku dengan zik…

Land Of Persia Part 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita sambung lagi hari pertamaku di Shiraz. Ali membawaku ke Grand Bazaar Shiraz untuk shopping. Idaklah aku nak shopping beria-ria sebab aku memang bukan kaki shopping. Meh kita tengok apa yang ada di bazaar ni.
Aku tak berapa sure tentang musim buah mereka tapi, buah oren banyak bergantungan disetiap pokok oren mereka. Nampak sedap nyaman tapi maaaaaaaasaaamm ya hamad.. Macam mana aku tahu? Hahaha Ali petikkan aku beberapa biji oren. Merasalah aku sebiji dan aku bawa balik ke Malaysia sebiji. Buat pemberat beg. Hahaha



  Sekitar grand bazaar mereka.












 Aku suspect dorang pengeluar jubin. Sebab banyak jubin disini. Fridge magnet mereka pun lain sikit. Diperbuat dari jubin dan sangat cantik. Of kos aku beli fridge magnet Masjid Al Mulk. Cantik weh.