Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

Oh Dia Datang Lagi

Apa yang datang tu? Stay Tune.. Selamat membancuh kopi/nescafe untuk masuk waiting room dan menunggu kumbang-kumbang sampai ke destinasi... BUZZZZZZZZ!! Saya tak berapa teruja sangat tapi kalau ada yang menarik hati apa salahnya... Saya free masa (tahun 2013) 30 Ogos - 1 September 14 Sepetember - 16 September 1 November - 5 November 11 Disember - 15 Disember 21 Disember - 25 Disember Wah gigih menelaah kalendar memalam ni... Kalendar 2014 pun ditelaah bersama... waaaa

Wang Bekerja Untuk Kita.. Bukan Kita Bekerja Untuk Wang

Aku nak share satu status yang aku rasa menarik untuk dikongsi.. Penjelasan ni aku rasakan lebih jelas mengenai buku Poor Dad, Rich Dad by Robert Kiyosaki.. penulis buku bestseller bahagian kewangan.. DSR tu nama tuan punya FB.. Kiranya penasihat kewangan..  Soalan :: DSR sering menyatakan jangan bekerja untuk wang. Habis tu nak kerja untuk apa? Bukan ke kita kerja untuk dapat gaji? Takkan nak buat kerja free jer? Jawapan :: Saya tak cakap suruh buat kerja free. Maksud saya, kerja bersungguh-sungguh. Then dapat duit gaji jangan fikir nak belanja saja. Cepat-cepat tukarkan duit gaji yang kita dapat itu kepada asset yang memberikan cashflow kepada kita . Kita tak tahu sampai bila kita mampu bekerja keras atau berniaga. Ekonomi ni ada naik dan ada turun. Hidup kita juga ibarat pusingan roda. Kadang kita diatas dan kadang kita dibawah. Oleh itu perlu buat persiapan. Pastikan cashflow kita dapat menampung perbelanjaan bulanan kita. Inilah yang saya katakan ilmu duit. S

Amazing Thailand - Hadyai Pagi

Sebelum meninggalkan Krabi, kami sempat membeli belah makanan di 7 Eleven depan Adam Bungalow. Cuma ambil masa lebih sikit untuk memilih makanan berstatus halal. Sebenarnya 7 Eleven di Thailand lebih BEST!! hehe berbanding Malaysia cuma makanan berstatus halal agak kurang. Perjalanan menuju ke Hadyai mengambil masa seperti tempoh hari lebih kurang empat jam dan dalam van kami dipenuhi dengan mat dan minah saleh dari Great Britain, Israel dll. Dorang tak tidur tapi asyik bercerita. Paling amaze yang sorang tu suka melawat ke Malaysia dan paling best (aku pun tak pernah pegi) deme dah pegi tengok kelip-kelip kat Kuala Selangor weh dan tempat paling dia suka Cameron Highlands. Wah! Ok sampai jer ke Hadyai kami didropkan depan Odeon. Kami sudahpun booking Tune Hotel jadi dengan tabah kami membanting beg mencari lokasi Tune Hotel. Mungkin sudah nasib ataupun memang kami suka berjalan kami menawaf sekeliling bangunan disitu mencari destinasi kami tapi rupanya dari Odeon kami perlu pandan

Sunblock semasa berpeleseran ditepian pantai

PERHATIAN POST NI BUKANLAH IKLAN BERBAYAR, TAPI CUMA NAK SHARE PENGALAMAN JEK! Cer tengok gambar kat atas nu.. pakai kamera DSLR (Satu) 5 hari selepas aku balik dari Pulau Langkawi. Aktiviti utama yang merentungkan kulit ialah Island Hoping dan snoorkel Berdayang Senandung di Langkawi majlis perkahwinan ditempat yang sama..so pencahayaan sama, cuma pakai henpon saja (Dua) 4 hari selepas aku balik dari Krabi. Aktiviti utama yang merentungkan kulit ialah Island Hoping gak. Boleh baca kat  Berdayang Senandung di Krabi. Okeh untuk gambar 1, aku memang tak pakai apa-apa sunblock, foundation, bedak, atau semua yang bertulis ada SPF. Maksudnya aku redha, pasrah dan terpaksa membiarkan kulitku (padahal dah memang berwarna) menambahkan kegelapannya. Alasan utama ingatkan tak teruk sunburnnya di sana makanya peralatan yang bernama sunblock tidak kupandang. hehehe.. Gambar kedua dan ketiga, disebabkan perlu menjadi bridemaids untuk BFF ku Aznur Ain Adnan, aku rasa aku

Amazing Thailand - Krabi Hari Ketiga - Petang

Ok settle pasal urusan check in di Adam Bungalow, kami terus membersihkan diri dan ingin menakluk Ao Nang dengan berjalan kaki. Kami berjalan kira-kira 1km untuk ke pantai Ao Nang. Sebenarnya kami merancang untuk makan-makan bersama kenalan yang baru dikenali disana namun kemudiannya kami berubah fikiran. Kenalan tersebut menyarankan kami ke restoren lagi sekali tak tau apa namanya . Tepi pantai Ao Nang (dalam 10 minit perjalanan) Katanya sedap. Perjalanan yang dekat bertambah lama kerana kami kerap kali berhenti mengambil gambar dan menukar duit. Wah betullah dikatakan Krabi adalah heaven omputih. Sini sana terlihat kelibat mereka bahkan ada jalan/lorong (macam bukit bintang) dikhaskan untuk mereka. Jika melalui lorong seperti Krabi tu, boleh dikatakan setiap kedai ialah disko,pub atau cafe.   Malah kedai-kedai yang kebanyakannya (bukan semua) berstatus halal turut menjual minuman keras. Kedai yang kami terjah pun sama ramainya omputih ni. Kami perlu menunggu lebih

Next - Surobayo

Next destinasi aku selepas ini ialah Bromo. Wah terlalu awal nak perkatakan tentang trip ni. Tapi dah terujakan... gambar pacik gugel Aku mula mengenali Bromo lepas mengkaji mengenai Bukit Broga dan disitu aku terjumpa tentang info Bromo dan aku mula menyimpan cita-cita ingin ke sana. Pencarian aku berakhir bila aku terjumpa blogger yang mahu kesana dan aku akan ditemani lima orang blogger daripada seluruh pelusuk Malaysia. Aku cuma  berharap kesihatan aku mengizinkan aku menaklukinya.. Amin